C | BEBAN √

By Encikpresident

105K 18.5K 1.4K

Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-gala... More

BEBAN √
BEBAN 01
BEBAN 02
BEBAN 03
BEBAN 04
BEBAN 05
BEBAN 06
BEBAN 07
BEBAN 08
BEBAN 09
BEBAN 10
BEBAN 12
BEBAN 13
BEBAN 14
BEBAN 15
BEBAN 16
BEBAN 17
BEBAN 18
BEBAN 19
BEBAN 20
BEBAN 21
BEBAN 22
BEBAN 23
BEBAN 24
BEBAN 25
BEBAN 26
BEBAN 27
BEBAN 28
BEBAN 29
BEBAN 30

BEBAN 11

3K 600 60
By Encikpresident

"Yana, kau okey ?" soal Adam tiba-tiba setelah menyedari wajah cantik itu, kelihatan tidak bermaya.

Aryana mengangguk menandakan bahawa dia baik-baik sahaja.

"Mmm..."

"Kau nampak penat. Kan aku dah kata, kau tak perlu—"

"Arahan, paksaan dan kerelaan. Antara dua arahan dan kerelaan itu, tiada yang berpihak pada aku." pintas Aryana memotong segala butir bicara lelaki ini.

Dahi Adam berlipat seakan kurang memahami maksud tersirat yang cuba di sampaikan oleh gadis ini. Apa maksudnya ?

"Kau sedang memaksudkan seseorang ?"

"Bukan hanya seorang. Tapi semua. Semua orang hidup, dengan tiga APK, arahan, paksaan atau kerelaan. Bermaksud,  jika kau mendapat arahan, lalu kau membuatnya dengan kerelaan sendiri. Jika kau di beri arahan, lalu kau membuatnya dengan paksaan. Maka, kau akan rasa seperti di buat patung hidup yang tidak mempunyai perasaan."

Diam.

Adam cuba mencerna apa yang Aryana kata kan. Dia sedang membuat karangan BM ke mengenai APK ?

Aryana terkaku seketika setelah sedar apa yang dia kata kan kepada lelaki ini. Pen di tangan di genggam erat.

"Kejap..."

"Ada lagi ?"

"Kenapa aku terangkan dengan kau ?" Aryana angkat wajah memandang wajah lelaki ini yang menunduk sedikit memandang buku latihannya.

Mereka berdua belajar di ruang keluarga milik keluarga Adam. Jadi, tidak perlu di risaukan andai berlaku sesuatu yang buruk oleh angkara syaitan si penggoda manusia.

Adam mengangkat bahu tanda dia juga tidak tahu mengapa Aryana berkata demikian.

"Entah. Kau sedang meluah ?" soalnya dan sambung menulis jawapan.

Aryana menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah dengan perkataan itu. Meluah ? Sorry to say, tak ada dalam kamus hidup Aryana Adela tentang meluah ini.

"Tak. Aku tak tahu kenapa aku cakap macam ini."

"Mungkin kau tak tahu, tapi Tuhan tahu apa yang kau rasa kan. Mungkin, aku terpilih menjadi pendengar kau, walaupun aku tak tahu siapa yang kau maksudkan."

"Tch. Kenapa kau terlalu berharap kau terpilih untuk menjadi pendengar aku ?"

"Aku tak berharap untuk sesuatu yang tak pasti. Aku hanya kata kan benda yang mungkin betul atau mungkin tidak. Berharap untuk menjadi pendengar kau, bukan harapan aku. Kau silap."

Aryana merengus halus lalu sambung menulis jawapan di buku latihannya ini tanpa membalas hujahan yang datangnya dari lelaki ini.

Baik dia sambung belajar, daripada bertekak dengan Adam Ashara yang tidak akan membuah apa-apa hasil.

[ Be strong! ]

"Dah belajar ke apa turun ke sini ?" sembur Puan Ashya kepada anaknya setelah Aryana melabuhkan punggung di sofa sebelah Aryain yang enak menonton movie sambil berbaring itu.

"Baru je Yana selesai belajar ibu." tuturnya dan matanya ikut Aryain menonton movie.

Puan Ashya menjeling anaknya seakan jawapan anaknya itu, menipu. Majalah di tangan di betulkan.

"Ehem. Jangan tipu ibu Yana, syurga kau di bawah kaki ibu... Ibu tak akan redha dengan penipuan kamu."

Aryana mengeluh. Memang ibu dia tidak mahu dia menonton tv ke macam mana ?

"Yana tak tipu. Buat apa Yana nak tipu ibu ? Bukan dapat apa-apa pun."

"Hah melawan! Boleh tak kau jangan melawan! Aku cakap sikit, kau melawan! Tegur sikit, melawan! Kau nak jadi apa sebenarnya ni ?! Melawan sahaja!" geram Puan Ashya di buatnya dengan perangai anaknya yang jenis melawan setiap apa yang dia kata kan.

Aryana mengigit bibir bawahnya. Kolam matanya memanas. Dia pasti, matanya sudah mempunyai cecair.

"Kau tu, anak aku! Jangan melawan! Aku tak ajar kau jadi anak pelawan arahan ibu dia! Kau tahu kan, ajaran itu ?! Kau bukannya tinggal di gua!"

Aryana tersenyum lalu menunduk memandang tangannya yang sudah bertaut itu.

"Yana tahu ibu. Yana tahu..."

"Kalau tahu, kau pergi naik sekarang! Buka buku! Bagi penuh ilmu di otak cetek, cenggeng kamu tu!"

Aryain yang tidak tahan mendengar semburan kemarahan ibunya segera membetulkan duduk. Aryana yang mahu bangun, sempat di capai lengan kakak kembarnya ini untuk menahannya daripada pergi.

Puan Ashya hanya memandang kedua anaknya ini silih ganti.

Aryain memandang ibunya dengan tatapan redup. "Ibu, ibu tak boleh buat Yana macam ni. Bagi lah, Yana rehat dulu."

"In, kamu nak jadi biadap macam kakak kamu yang otak cetek ni ? Lepas tangan dia, dan biar Yana pergi belajar. Kamu, jangan pandai-pandai menyibuk. Tengok sahaja movie kamu."

Aryain merengus tidak suka. "Malas lah. Baik In ikut Yana belajar macam yang ibu suruh."

"IN! Kamu kan dah belajar! Teman ibu sini!" marah Puan Ashya kepada anak lelakinya yang sudah mendaki anak tangga bersama Aryana.

"Tak guna! Dasar budak akal cetek!"











Continue Reading

You'll Also Like

1.3K 204 36
Dia hadir memberi rasa nyaman, Menetap sementara memberi senyum indah, Lalu takdir memutuskan kamu hanya sebatas singgah. -Malam, 8 Disember 2021-
4K 757 48
﷽ ┌ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝑃𝑢𝑖𝑠𝑖 𝑏𝑦 @haniswrite ┘ sebuah himpunan puisi yang menghimpunkan suara-suara yang tidak pernah didengar, mendakap segala sunyi y...
2.2K 156 11
Bagaimana rasanya masih menjadi pemenang tunggal sebagai manusia yang kutulis diantara deretan kata?