UNKNOWN

Bởi eznadnad01

5.8K 168 29

"Kau suka aku?" "Suka" "Aku pegang kata-kata kau" Xem Thêm

Sinopsis
Pandangan pertama
Dari Hara
Dari Ardi
Menjauh (I:Become insane)
Menjauh (II:Counting)
Menjauh (III:exposure)
Menjauh (IV:Lost)
3 Hari Lagi
Pengakhiran Ardi
S : KETUA
JEJAK (flashback)

1 : PENGARAH

188 5 1
Bởi eznadnad01

"Ok,saya akan lakukan ujian berbentuk hipnotif pada kamu tapi syaratnya cukup mudah,Kamu hanya perlu jujur dan beritahu semampu yang boleh,mengerti?"

*Angguk.

"Saya minta,Pejamkan mata,lepaskan segala serabut dunia,tinggalkan dunia kelam kamu seketika,bayangkan kamu boleh kembali ke masa lalu,berhentilah dimasa yang kamu rasakan ianya titik perubahan besar dihidup kamu,apa yang kamu lihat di detik itu?."

"A....aku nampak diriku yang lalu,hidup senang dikelilingi kawan-kawan,Kami suka bergurau dan bermain,kami semua waktu itu ketawa dan seronok bercerita, Aku tak pernah rasa sesenang itu"

"Kamu masih ingat apa-apa tentang detik itu?,misalnya bercerita tentang apa?,Ada apa yang membuat kamu ketawa sebahagia itu?atau apa saja yang kamu ingat waktu itu "


"................"

"Kamu tak ingat?"

"................"

"Kalau begitu,Kita teruskan lagi ya?,apa yang kamu nampak lagi"

"................"



"Bertenang,jangan gugup,Ada kejadian buruk yang menganggu kamu ya?Apa yang kamu lihat lagi detik itu?"


"Aku nampak seorang lelaki"


"Lelaki itu kawan-kawan kamu?"


"Dia duduk jauh dari aku,tapi matanya lekat pada aku"


"Kenapa dia jauh dari kamu?Apa yg dia lakukan disitu?"


".................."


"Kenapa Kamu menangis?"


"..................."


"Bertenang,tarik nafas perlahan."


"Dia melihatku dari jauh"


"Siapa?lelaki itu?"


"Dia melihatku,mukanya......Aku tak pernah nampak sosok terluka seperti tu"


"Apa yang dia lakukan disitu?"


"Hanya diam menatap,dia tak bercakap apapun"


"Apa yang kamu rasakan setelah lihat dia?Dia musuh kamu?Atau kamu benci dia?"


"......................"


"Kamu ok?"


"......................"


"Tak apa,kamu boleh lepaskan tangis hingga kamu puas"



"Aku tak sepatutnya kenal dia".

.

.

.

Pangkat Ternama

Kadang manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapatkan gelaran ini, mereka sanggup melakukan hal kotor atau bahkan menghancurkan sesama sendiri hanya untuk dapatkan gelaran yang dikagumi semua manusia.

Hanya dengan gelaran ini,kau akan dipandang tinggi.

Semua akan tunduk pada arahanmu, akan ikut telunjukmu.Taksub pertahankanmu

Hanya dengan pegang ini saja,kau tahu kau boleh musnahkan siapapun yang kau mahu dengan mudah.Kau ada kuasa.

Waktu itu,Hari yang mengisi cerahnya hingga senja bertukar malap pada malamnya,mengisi kegelapan yang kian hening,mendungnya awan sedang- sedang tika berlaku satu pangkat baru yang bakal berjaya dipegang,dan turunnya darah sebagai ganti.
.

.
Korea selatan,

Sehari sebelumnya,
Pukul 2.00 Pagi.

Tak jauh dari bangunan apartment kos rendah,ada kereta hitam jenama Lamborghini terparking di satu sudut yang jauh di ceruk dekat hutan.

Di dalamnya ada seorang namja yang memerhati skrin di dashboard sambil mengunggah chewing gumnya,sesekali mata gelapnya melirik,bila Airpod yang dipasangkan ditelinga langsung tak mengeluarkan suara arahan dibalik sana.

Tangannya bergerak mengeluarkan sesuatu dari komper hitam dan telinga tajamnya sempat menangkap percakapan disana yang seakan berbalah tentang sesuatu sebelum berkomunikasi dengannya.

"Jeffrey apa kau yakin mahu bergerak solo kalini?silap melangkah kau akan termasuk dalam jerat bahaya,Ketua Stephan juga tak beri arahan tentang ini.."terang suara dari airpodnya.

"Aku tak bodoh bergerak ke sana tanpa persediaan"kata Jaehyun sambil tangan nya liat mengisi beberapa peluru di revolvernya."Cukup kau awasi litar cctv agar tak terlihat kelibatku,masanya 30 minit dari sekarang" arahnya lagi.

"Errr..baiklah"

Setelah itu Jaehyun menarik pelatuk pistolnya,memastikan pistol dalam keadaan berfungsi dan bersedia dengan baik,dia melangkah keluar dan membuang chewing gum ke sebarang arah sebelum menyarungkan penutup hoodienya di kepala hingga tertutup separuh mukanya.
.

.

.

Di satu tempat lain pula,namja yang baru berkomunikasi dengan Jaehyun tadi, sedang memasang tatapan maut sambil matanya lekat memandang skrin anak buahnya yang berusaha menceroboh sistem pengawasan di kawasan itu.

"Ayuhlah,audition idol itu bakal berlangsung minggu depan,Kalian benar-benar menjengkelkan!"bentaknya sambil mengacak rambutnya frustasi. Disaat dia bakal berdepan hari penting dihidupnya,dia sudah diarah menjalan kan satu misi sulit yang bakal melibatkan nyawa.

"Tapi Tuan Cai,Kita tak boleh sekat sistem pengawasan secara serentak, hanya berkala saja,bagaimana Tuan?"

"Kau lakukan saja,tapi pastikan kelibat Jaehyun tak tertangkap walau satu sisi rakaman faham?"

"Baiklah"katanya sebelum mengutak- atik keyboardnya,disana pun melakukan hal yang sama tapi kalini dia cuba memerhati gerak geri seseorang lewat skrin.

"Lakukan kerja kalini dengan benar!Jika kasus ni terpalit namaku nanti,kalian semua akan aku tembak satu persatu!" Ancam Xukun menyebabkan ahli Dragoba dibawahnya laju membuat kerja.

Ya,Jaehyun tak pulang berseorangan ke Korea semula,kalini dia turut bawa beberapa orang kepercayaannya untuk melaksanakan tugas disini,ada antara mereka Dragoba asal China,Korea,Jepun dan America.

Cai Xukun antara Dragoba Jaehyun. Namja yang mempunyai rahang tajam, kelahiran China yang umurnya sebaya Jaehyun juga punya posisi yang sama di Dragoba sebagai orang kanan Stephan Lee pun begitu di Korea dia harus bekerja di bawah Jaehyun.Tentulah peranannya di Dragoba lebih kepada pengodam sistem maklumat.

Xukun antara ahli yang paling teruja bila dibenarkan datang ke Korea kerana dia memang berniat untuk menjadi idol di sini tapi tampaknya lain pula yang jadi sekarang ni,Jaehyun malah mengheret nya dalam kes sulit.

Bukankah sudah diceritakan lebih awal?Ahli Dragoba boleh hidup bebas seperti orang biasa diluar.Dan misi namja itu adalah untuk jadi idol di Korea,bahkan bahasa koreanya juga bagus.

"Kau nampak tak rilex sekali?"Ada seorang namja datang menghampirinya sambil memegang minuman.

Berbanding Xukun,namja bernama Hendery itu lebih santai,dia sedikit membungkuk untuk melihat ahli lain yang berkutat dengan komputer,sambil menyedut minumannya.

Hendery Nam.Namja tampan yang terkenal aneh dan sulit difahami,posisi Hendery lebih kepada hal perisikan dan pencerobohan, berbanding yang lain,dia sudah ada 2 bulan awal di Korea,misi kalini pun melibatkan kejayaannya juga dalam mendapatkan maklumat pengusaha Han yang sulit.

"Ini dah 2 pagi?kenapa tak tidur lagi?Misi kau dah tamat kan?"Kata Xukun tanpa memandangnya.

"Belum mengantuk meh"

Xukun mendecih,matanya sudah memerah menahan kantuk dan namja ini pula sewenangnya masih berjaga lagi. Dia benar-benar aneh!

"Ketua Stephan tak beri kita arahan sebegini tapi Jaehyun dah berani mati melangkah.."Xukun sudah mula sesi membebelnya..

"Jaehyun mahu tumpaskan Pengusaha Han malam ni juga,kau tahu esoknya dia akan ditabalkan sebagai pengarah baru?kalau tertangkap malam ni,aku tak tahu bagaimana nasib kita semua, namaku akan disekat dari audition"katanya sambil tangan liat mengklik beberapa sistem yang tertera diskrin bawahannya dengan tetikus.

"Rilex la kita punya kabel kuat,masuk tanpa audition pun tak dak hal meh, tau-tau dah julang kau sebagai juara juga boleh kalau kau mahu"ucap Hendery terkesan main-main dan berbaur ejek.

"Apa gunanya aku curi waktu kerja keras bertahun-tahun kalau akhirnya aku juara hanya kerana punya kabel di belakang?"

"Kenapa tak arahkan saja misi ni pada namja Hong kong tu?bukankah dia anak buah kesayangan Tuan Jaehyun?"Ucapan Hendery tentunya membuatkan namja sebal itu menguling kedua matanya menyampah.

"Yang Berhormat,tukang jalanan itu tak mahu terlibat kalau kes melibatkan nyawa,dia kan manusia yang tersangat lah polos,aku tak tahu kenapa dia boleh terlepas ikut kita ke Korea juga"

"Kesini pun sebagai tukang jalanan?apa dia tak mahu bekerja di Siwon Group?"

"Memang itu yang dia mahu,kekal sederhana kononnya"

"Tuan Cai,sistem dah digodam sepenuh nya dan pergerakan Tuan Jaehyun dah diawasi dari sini" sahut ahli bawahan nya.

Xukun segera menyambungkan airpod nya kembali,Hendery pula turut sama memerhati sambil menyambung sedutan minumannya
.

.

.
Langkah kaki Jaehyun menyelusuri setiap koridor,mungkin kos rendah jadi tiada pengawalan bodyguard disini tapi diganti dengan sistem pengawalan cctv bagi setiap tingkat.Oleh itu dia berhati- hati bergerak ke arah destinasinya di tingkat 6.

"Rumah Yuan tingkat 6,unit B,Aras 2 menghadap belah barat"

Jaehyun meneruskan langkahnya sesuai informasi.Jalan koridor sunyi mungkin masih pagi,kerna itu Jaehyun bertindak waktu begini

"No rumah 161 di hujung sekali"

"Dapat,jumpaku di tempat biasa"

"Mengerti"

Pintu rumah diketuk beberapa kali, agak lama sebelum terdengar suara berat khas bangun tidur dari dalam,tak lama pintu dibuka,muncul sosok namja paruh baya yang masih mamai diulit mimpi sebelum dia terpegun dengan tetamunya yang tak diundang.

"Jeffrey?"

"Ikut aku"
.

.

.

Dan disinilah mereka berdua sekarang, Jaehyun membawanya ke satu tempat lapang yang namja paruh baya itu juga tak tahu dimana,yang ada hanya mereka berdua,duduk menghadap satu sama lain sambil masing-masing punya reaksi tersendiri.

Yang satu melihatnya tenang seraya melepaskan hoodienya,kini terpampang jelas postur tubuh athletis yang terbalut dengan baju hitam lengan panjang yang ketat.

Dan yang satu lagi gugup separuh mati. Dia mengenali Jaehyun sebagai Jeffrey lagi sebelum namja itu berangkat ke China 10 tahun lalu, setahunya dia adalah anak buah Stephan Lee.Yuan antara beberapa orang yang mengenali mereka dari bayangan gelap lagi kerna misi mereka juga begitu.

"Aku tak punya waktu jadi cukup kalau kau beri kerjasama"kata Jaehyun dengan nada tak bersahabat,aura yang Jaehyun keluarkan sekarang ni lebih gelap dari keheningan malam di sekeliling mereka.

"Kenapa?"tanya namja berumur lewat 40 tahun itu.Song Yuan.

"Aku mahu Pengarah Han"Kata-kata Jaehyun buatkan namja didepannya itu melotot tak percaya.

"Pengarah Han,untuk apa?"

"Kau bantu aku,bawa dia pada aku" katanya dengan nada datar dan mutlak.

"Aku...tak boleh..."

Jaehyun menghela nafasnya tenang tanpa tatapan manik arangnya beranjak dari sosok itu.Perlahan-lahan dia keluarkan pistol yang terselip di belakangnya dan meletakkan barang mematikan itu itu didepan Yuan.

"Ini pistol..."ucap Jaehyun dengan nada kelamnya,walau saat itu muka makhluk di depannya mula berubah pucat.

Jaehyun keluarkan lagi satu tapi ianya berbentuk pita rakaman pula."ini rakaman gelap pemerdagangan manusia Han Group,kau mahu yang mana satu?"

"Macam mana kau...."Yuan tak mampu menyambung kata-kata, reaksinya luar biasa terkejut saat ini.Bagaimana pita rakaman yang merekodkan aktiviti mereka tentang penyeludupan haram boleh jatuh ke tangan Jaehyun?bahkan tak semua orang-orang Han tahu.

"Aku beri kau dua pilihan..."kata namja tampan itu dengan suara dalam yang terkesan intimidtasi,penuh gelap.

"Kalau kau sendiri bunuh Pengarah Han,dan akhiri semuanya sekarang, nama kau takkan terpalit dalam kes ini,rahsia kau aku akan pegang sampai bila-bila,anak isteri kau takkan tahu apa yang suami dan ayah mereka lakukan di luar kota,tapi.."Jaehyun menjeda kata- katanya sebelum mata arangnya berkilat bahaya.

"Kalau kau tak mahu beri kerjasama denganku,pita rakaman ini akan aku sebar di seluruh dunia,mereka akan buru dan bunuh kau atas kelalian bocor kan maklumat gelap Han group,keluarga kau sendiri akan dapat banyak cemuhan masyarakat dan malu yang besar seumur hidup atas perbuatan kau,hidup mereka akan dihantui bayangan gelap mereka.." ucap Jaehyun dengan tenang.Tanpa melepaskan pandangan pada Song Yuan, Jaehyun kembali menyambung...

"Jika sangkaanku sedikit meleset,dengan kata mereka tak buru kau,aku sendiri yang akan buru kau,kau tetap tak punya pilihan"

Yuan terkejut hingga tersandar ke belakang,dia tak tahu apa silapnya. Sekarang semua rahsia gelap mereka ada ditangan Jaehyun.

Tambahan di pita rakaman itu ada logo khas yang hanya kasus gelap Han group saja boleh mengaksesnya,kenapa sekarang boleh jatuh pada Jaehyun? Namja itu benar-benar menjeratnya.

Yuan diam membatu,wajahnya jelas menunjukkan semua rasa yang ia ada sekarang.

"Kau ada isteri dan anak,apa perasaan mereka ya kalau tahu suami dan ayah yang disangka mencari rezeki di luar rupanya buat hal kotor begini.." Jaehyun semakin menekannya dalam diam.

"Anak perempuanku...dia..."

"Keluarga kau akan selamat"

"Aku tak punya pilihan Jeffrey...."

"Jadi lakukanlah,rahsia kau akan terkubur"

Yuan menatapnya lama,dengan lambat gerakannya Yuan mula keluarkan telefon dan mendail nombor seseorang.

"Ya.."suara disana menyahut,Yuan buka kelantangan jelas hingga Jaehyun juga boleh mendengar perbualan Han disana.

"Ini aku Yuan"kata Yuan cuba menahan ketar,sesekali matanya melirik Jaehyun yang mendengar dengan teliti bibit bicara mereka.

"Boleh kau datang ke tempat biasa"

"Kenapa?"

"Ada kes baharu yang aku sempat bocorkan,ini tentang Syarikat Kris Empire Group,ada info penting yang sempat aku dapat"bohongnya untuk menyumpan pengarah itu.

"Baiklah aku akan kesana"Dengan mudah Pengarah terkenal itu memberi persetujuan,mungkin terlalu percaya.

"Tapi jangan bawa walau satu pengawal sebab ini maklumat peribadi,hanya kita berdua saja"

"Baiklah aku akan bergerak sekarang"
Setelah itu panggilan dimatikan,dia memandang Jaehyun takut.

"Aku dah lakukannya"

"Bagus,kau tahu apa yang aku mahu"
.

.
Waktu sebelum sepulangnya mereka dari Korea,Stephan Lee akan umumkan yang dia akan pulang semula ke China bagi membangunkan perusahaan yang semakin sengit di sana..

Sang Ketua meminta untuk mengambil alih syarikatnya dalam jangka masa tertentu,dan tentulah ianya akan jatuh ke tangan orang kanan terpentingnya.

Jung Jaehyun.

Jaehyun antara orang yang dicalonkan Stephan Lee,sebagai ketua bagi pengurusan Hotel lima bintang terbesar Siwon Group,Hotel De'Luxury namun Jaehyun menolak,bahkan mengetuai projek terbesar pelaburan antarabangsa di bawah Siwon juga Jaehyun menolak dengan baik...

Dia tak mahu pegang itu..

Dia hanya mahu jadi Pengarah bagi Syarikat Siwon Group.

"Berikan aku jawatan itu,aku akan pastikan syarikat Tuan adalah paling terpengaruh sebagai yang pertama"

Itu janji Jung Jaehyun.

Kerna apa?tiada siapa tahu isi hatinya..

Dor!!

Dor!!

Dor!!

Dor!!

4 das tembakan dilepaskan Yuan sebaik sahaja Pengusaha Han datang menyapa nya,Pengarah terkenal itu terkena tembakan di kepala dan anggota badan bertubi-tubi hingga rebah tersungkur, Serta-merta darah keluar dengan banyaknya membasahi tanah.

Di sana Jaehyun menyaksikan salah satu musuh kecilnya yang sudah tewas,mudah bukan?

"Sekarang giliran kau"Arah Jaehyun yang tentunya menyebabkan Yuan alih melihatnya.

Jaehyun membuat isyarat agar Yuan segera melakukannya,dia tiada masa untuk berlengah lagi.

Pistol di letakkan di bawah leher,jari bersiap sedia untuk menariknya.

"Kau tahu apa yang kau buat?mereka akan cari kau Jeffrey,kau takkan selamat"kata Yuan sebagai penutup yang terakhir.

Jaehyun menyimpulkan senyuman sinis sambil matanya mengkilat menatap lawan yang bakal menghabisi dirinya sendiri.

Dor!!

Yuan pun rebah setelah menembak dirinya sendiri,darah berpercikan di merata tempat,bahkan Jaehyun juga terkena percikan darah hingga sedikit mengotori wajahnya di bahagian mata sudut bibir.

Tugas kecilnya selesai

Dia lihat dua mayat yang terkujur kaku itu seraya berucap sendiri..

"Esok ada dua perkara penting, pertama,pengusaha Syarikat Han Group akan digulung tikar kerna kasus yang terpalit dan yang kedua Syarikat Siwon Group akan diraikan sebagai Ternama ke3 Terbesar"katanya mengingati sambil mendongak menghirup udara kabut pagi walau tercampur bau hanyir darah yang sangat banyak,tak membuatnya merasa mual malah terasa candu masuk ke indera baunya

"Barulah aku rasa bangga untuk dinaikkan sebagai pengarah baru"

Lagi sekali.

Jaehyun melakukan hal di luar jangkauan ahlinya yang lain..lagi..

.

.

.

UNKNOWN
.

.

.

1:PENGARAH

.

.

.

Pagi itu,namja dengan baju kemeja putih,tangan panjang dengan tali leher dan blazer hitam yang ia lepas dan sangkut di lengan mempercepatkan langkahnya ke arah Syarikat gergasi Siwon Group saat dia menyedari masanya sudah suntuk,sesekali dia melirik jam tangan yang dipakai, takut-takut dia sudah terlambat dari masanya.

"Eh,si handsome nampak kalut harini, Oppa tak apa-apa kah?"tegur karyawan wanita bernama Nayeon saat si tampan sampai di bahagian utama ruangan menunggu dengan nafas tercungap.

"Apa si kepala besar tu dah datang?" Tanya si tampan yang masih meninggal kan sisa semput kerna penat berlari.Dia menyarung kad nama pekerja hingga jelas tertera tulisan namanya disitu. Manager Kim Taehyung.

"Oh,belum Tuan,kepala besar tu masih dalam perjalanan"Balas Nayeon laju dan bersemangat.Mana taknya,Lelaki pujaan ramai wanita itu kini berdiri didepan mata walaupun disugahi keadaan si namja yang kepenatan layaknya dikejar setan.

Semua faham yang manusia berkepala besar dan botak berkilat itu milik Ketua Mike,Pengurus Pemasaran tapi lagaknya seperti Ketua Besar yang tersangatlah over dan perfectionist,dari jauh juga kalian boleh menebak dirinya lewat kepala yang besar seakan biji kelapa dengan kilauan menggoda saking lincin.

"Syukurlah,saya ingat dia dah datang, motor saya pancit tepi jalan,ambil masa untuk tunggu grab,sebab itu saya fikir saya dah lambat"Katanya sebelum dia melonggarkan sedikit tali leher dan membuka 3 butang di atas yang menjerat leher jenjangnya. Membiarkan udara masuk lewat dirinya yang berpeluh tanpa sedar mengundang rona merah dipipi chubby gadis yang memandang.

Nampak seksi~

"Nak saya kibaskan untuk Oppa kah?" Goda Nayeon spontan.Peluang didepan mata jangan dilepaskan.

"Eh,tak apa"Tolaknya sesopan mungkin.

"Alah malu-malu pula Tuan ni..."

"Semua dah bersedia untuk sambut Pengarah Siwon dan anak lelakinya?" Taehyung laju ubah topik.

"Sudah!yang perempuan semua berebut tandas untuk bercermin sekarang ni, katanya anak lelaki Pengarah Siwon sangat tampan orangnya,saya juga tak sabar!"

"Nayeon tak ikut bercermin sekali?"

"Tak perlu,saya sudah cantik sejak azali, saya pasti anak lelakinya akan cair"Dan mereka berdua sama-sama menghabur tawa,anggaplah jenaka pagi hari.
.

.

.

"Saya mahu kamu beri kerjasama kepada Tuan Siwon dan anak lelakinya,sila jaga tatasusuila dan perkemaskan pakaian anda,blazer tolong disematkan dengan kemas,mohon beri kerjasamanya.."

Tak terasa lenguh pun leteran Ketua Mike tika ini yang bercakap mengalah kan Pengetua. Kadang mereka fikir takkah dia berniat untuk berhenti setelah berpuluh minit lamanya? mahu saja mereka menutup mulut dan mengheretnya pergi hanya saja jawatannya sebagai tertua yang hormat di sini.

Semua karyawan masing-masing membuat barisan.Di barisan hadapan sabar memasang telinga tapi lain pula dibarisan belakang,beberapa orang mula bergosip sendiri tanpa menghiraukan bebelan Ketua Mike di depan.

"Apa kalian dengar tentang hebohan internet?penemuan mayat pengarah Han yang mati ditembak"Kata pekerja Bahagian Pengiklanan dan Promosi,Lee Haechan,karyawan yang terkenal kaki gosip dan membawang,mana yang terdekat dengannya mula memasang telinga.

'Betulkah??"tanya Taehyung tak percaya di belakang.

"Ya aku ada lihat berita pagi tadi,dia dibunuh oleh salah satu orang kepercayaannya sendiri.kasihan,tapi suspek juga dah bunuh diri lepas itu,polis jumpa mayat mereka dalam pukul 6 pagi"

"Bukan dia baru saja dianugerahkan Pengarah berkaliber dan Syarikatnya antara Ternama ke-3?wah..sayang sekali..."

"Apa kalian rasa,syarikat kita akan ungguli tangga ke 3 pula ya?bukankah kita dibawahnya sebelum ni?"

"Ish..pengarahnya baru saja mati,sibuk pula fikir tentang ini"Sangkal Taehyung. Tak pantas rasanya berbicara soal ini disaat yang lain sibuk berucap takziah pada keluarga si mati.

"Yah Kim Taehyung,kenapa berdiri di barisan belakang?!"Suara Ketua Mike kuat menggema Dewan hingga para karyawan terpaksa meringis tak suka.

"Kamu Manager,jadi tempatmu di depan, hanya karyawan biasa saja di belakang" Arah Ketua Mike.

Taehyung hanya tersengih janggal sebelum mengangguk akur dan berlari anak di depan,meninggalkan karyawan - karyawan belakang yang menatap Ketua Mike dengan pandangan berapi

"Nak saja aku terajang mulut si tua itu" gumam Haechan di belakang.

Mereka semua berkumpul dan berbaris rapi bila tetamu yang dinantikan sudah sampai.

Ketua Mike di depan menyambut mesra orang terpenting di Syarikat ini,Choi Siwon,Pengusaha asal Siwon Group, dibelakangnya ada seorang namja tampan yang cukup mencuri tumpuan karyawan lain.Bagaimana lelaki bertubuh karisma dan sangat tampan itu memiliki aura intimidtasi di saat bersamaan.

Yang lain membongkok hormat pada Pengarah utama dan anak lelakinya Jung Jaehyun sebagai penghormatan sulung mereka.Choi Siwon mengangguk sebagai balasan dengan senyuman khas dan di belakangnya,namja tampan itu diam memerhati satu per satu para karyawan dengan tatapan arangnya.Seterusnya Ketua Mike mengiringi orang-orang penting itu melewati karyawan lain untuk ke ruangan Dewan.

Karyawan wanita sudah semestinya memerah malu bilamana anak lelaki Siwon sempat melirik mereka walau hanya sekilas pandang,karyawan lelaki juga tak terlepas teruja dengan aura bakal pengarah itu.

Berbalik pula dengan bakal pengarah, Pandangannya lekat pada Taehyung yang turut bertembung mata dengan nya,Jaehyun melihatnya seakan manik hitam itu tak mahu melepaskan pandangan darinya dalam masa singkat,sebelum memutuskan kontak mata sebaik berjalan ke depan.

Taehyung sempat melihat dirinya sendiri setelah perasan dirinya dilirik lama,apa dia berpakaian pelik ya harini?

Para Manager penting termasuk Taehyung mengikuti mereka dari belakang dan disusuli yang lain hingga Pengusaha itu sampai di ruangan utama lalu membuka kalimat ucapan terima kasih dan seterusnya dia mula berucap.

"Mulai sekarang,Pengarah baru Siwon Group akan jatuh di tangan anak lelaki saya,Jung Jaehyun"ucapan rasmi Choi Siwon mendapat penghormatan dan tepukan dari yang lain.

Jaehyun menunduk hormat dengan singkat."Mohon bantuannya"

Dan setelah ucapan penutup semua boleh bersurai dan balik melakukan tugas masing-masing,Pengarah Siwon sempat berbincang tentang beberapa hal sebelum pamit pergi.

Ketua Mike pula sibuk beramah dan menjelaskan hal syarikat pada Jaehyun sebelum menjemput ke ruang pejabat. Jaehyun mendengar dengan baik walau saat ini matanya menangkap sosok namja yang berjalan pergi ke arah tempat kerjanya semula.
.

.

.
Di kafeteria Siwon Group,Taehyung duduk berseorangan di meja hujung sekali,dia lebih memilih duduk di pojokan tepi tingkap gergasi berbentuk cermin lutsinar yang menghubungkan luar dan dalam dengan kedudukan meja yang disediakan bagi 2 orang saja rasa nya lebih santai dan privasi.

Dia melirik phonenya.Melihat satu Artikel di ruang viral.

Pukul 6.00 pagi tadi,polis menjumpai mayat Pengusaha Han Group dan pengawalnya mati ditembak,suspek dipercayai pegawal bawahannya bunuh diri selepas itu,kejadian dijangka pukul 3.30 pagi,Punca kematian disifatkan motif dendam.

"Gila"gumamnya sebelum mulakan suapan pertama.Dia scroll lagi paparan media yang menunjukkan gambar mayat pengusaha terkenal dan pembantunya yang sudah diblurkan untuk tatapan umum.

"Seorang saja?"

Kunyahan terhenti seketika sebelum ia mendongak melihat sosok tampan dengan suara dalam yang memegang satu minuman coke di tangan,dia___

Pengarah baru mereka.

"Tuan Pengarah"cepat-cepat Taehyung mahu berdiri tapi Jaehyun tangkas mencegahnya.

"Boleh saya duduk?"

"Boleh-boleh,silakan"pelawa Taehyung laju.

"Apa saya bermimpi ya?Pengarah utama sudi makan semeja dengan karyawan biasa macam saya"kata Taehyung tak percaya.

"Apa salahnya semeja"

"Saya tak perkenalkan diri secara formal lagi,Nama saya Kim Taehyung,Manager hahagian Teknologi dan Maklumat,saya sedia untuk berkhidmat pada Tuan Jaehyun"Tanpa ditanya atau disuruh Taehyung sudah menjelaskan diri dengan penuh hormat.

Jaehyun hanya mengangguk tanda balas.

"Selain waktu kerja,tak payah bersikap formal"Jaehyun duduk berhadapan dengan Taehyung,dia buka penutup minuman tin jenama coke dengan sekali tarikan hingga terhasil bunyi dari minuman bergas itu.

"Baik,Tuan tak makan?"tanya Taehyung spontan bila dia lihat tiada apa-apa makanan yang pengarahnya bawa.

"Jaga badan"

Taehyung hanya meng-o-kan saja, dia perhatikan Jaehyun,namja itu super cerdas dan postur tubuhnya sungguh athletis,apa masih perlu jaga badan?

Jaehyun sedar Taehyung memerhati kannya..."ya?"

"Err tak ada apa"Taehyung cepat janggal, dia mula berubah topik.

"Apa Tuan lihat laporan media harini?Tentang kematian pengusaha Han group?apa nak jadi dengan manusia sekarang ni,memang kejam bukan?" kata Taehyung, dia tunjuk pula gambar dua mayat mereka yang sudah dicensor di telefonnya pada Jaehyun.

"Kasihan"balas Jaehyun perlahan tanpa menaruh sebarang reaksi heboh dan terkejut seperti kebiasaan orang yang pertama kali mendengarnya.

"Kasihan kan?macam mana lah perasaan keluarga mereka,sudahlah yang bunuh adalah orang terdekatnya sendiri"kata Taehyung sebelum dia menaruh phone nya di sisi,makanan yang tergendala kembali di kunyah.

"Jangan percaya orang disekitar"balas Jaehyun.

Kemudian,Jaehyun hanya diam sambil matanya memerhati setiap perbuatan Taehyung,semakin lama, Taehyung mula sedar akan hal itu.

"Apa saya nampak tak kemas harini?, Tuan tak berhenti melihat saya dari tadi"

"Tak,kau tampan saja"kata Jaehyun tanpa reaksi.

"Haha terima kasih,Tuan pun apa kurang nya"Puji Taehyung kembali.

Dan mereka kembali larut dalam keadaan,Taehyung kembali menyunggah makanannya dan Jaehyun yang masih tak melepaskan padangan padanya.

"Dah khawin?"Tiba-tiba soalan privasi terluntur dibibir pengarah hingga Taehyung hampir tersedak makanannya.

"Aaa..apa dia Tuan pengarah?"

"Taehyung dah khawin?"

"Saya dah ada kekasih Tuan,minggu depan bertunang,kalau mahu ikutkan perancangan,Kami akan khawin bulan depan" Taehyung menjawab sopan sambil tersenyum malu.

Jaehyun hanya mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata Taehyung.Wajah pengarah tampan itu tenang tanpa ekspresi apapun dan itu buatkan Taehyung berfikir dalam hati,apa Pengarahnya tak percaya pada kata-katanya?

"Saya ada satu gambar kami,kalau Tuan tak keberatan untuk lihat"Pelawa Taehyung tak semena,mungkin untuk beramah lebih lagi.

Setelah mendapat anggukan,Taehyung keluarkan sekeping gambar berukuran kecil dari dalam walletnya,tanpa ragu dia hulurkan pada Jaehyun.

"Ini gambar first date kami"

Jaehyun melihat gambar pasangan itu dengan teliti,tak terasa bahawa sudah lama ia melihat tanpa berkedip mata sedikitpun dan itu mengundang perasaan ingin tahu Taehyung,hendak menebak fikiran si Pengarah Muda,tiada sikitpun reaksi yang diberikan.Tapi kenapa mata gelap itu..melihat kepingan gambar begitu lama?

"Sama padan dengan kau"katanya sebaris,gambar kecil pun bertukar tangan kembali,Taehyung mengambil semula gambar itu dengan senyuman cerahnya.Ia rasa tersentuh dan lega bila dapat pujian dari Pengarah sendiri.

"Terima kasih Tuan"balas Taehyung sebelum dia menyimpan gambar kecil itu kemas-kemas ke dalam wallet, hati-hati menyelitnya semula dengan senyuman yang masih mekar di bibir.

"Ya"balas Jaehyun,dia kembali meneguk cokenya perlahan sambil binar matanya yang hitam pekat memerhati tingkah Taehyung yang menggemaskan.
.

.

.

.
"Dunia ni kecil sekali...ya...?"

Tbc.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

27.4K 776 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
3.1K 141 8
Sikap lemah lembut, sopan santun Alissa Raiyana membuatkan Blake Trevor jatuh hati dengannya sehingga sanggup membuat kerja gila hanya untuk memiliki...
41.1K 3.1K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.1K 418 11
sebuah permintaan vernon yang mengarut . ⌕ vernon chwe shortstory fanfiction completed :: 20Apr 2021 @kmmtysh- , 2nd fanfiction