Mr Annoying Vs Miss Beku

By Mademoiselle_Hawa

62.3K 2.7K 165

[COMPLETED✔] QAISARA ALYSHA - Seorang gadis yang pendiam, tak banyak bercakap, tidak suka bergaul dengan ora... More

Memperkenalkan Karya Baru
Bab 1 | Aku
Bab 2 | Pertemuan
Bab 3 | Bistro
Bab 4 | Kampung
Bab 5 | Mamat Annoying
Bab 6 | Qash Anaqi
Bab 7 | Dengki
Bab 8 | Sedondon
Bab 9 | Photoshoot
Bab 10 | Butterfly
Bab 11 | Cemburu
Bab 12 | Picnic
Bab 13 | Aquaphobia
Bab 14 | Kareoke
Bab 15 | Pulang
Bab 16 | Hadiah
Bab 17 | Mimpi
Bab 18 | Pengsan
Bab 19 | Panic Attack
Bab 20 | Surprise
Bab 22 | Balik Kampung
Bab 23 | Takbir Raya
Bab 24 | Tetamu
Bab 25 | Rombongan
Bab 26 | Lamaran
Bab 27 | Ugut
Bab 28 | Keputusan
Bab 29 | Baju nikah
Bab 30 | Persiapan
Bab 31 | One Step Closer
Bab 32 | Dua Hati Bersatu
Bab 33 | Bidadari
Bab 34 | Winter Wonderland
Bab 35 | Keluarga
Bab 36 | Honeymoon
Bab 37 | Gayat
Bab 38 | Japanese Village
Bab 39 | Doa
Bab 40 | Penat
Bab 41 | Rahsia
Bab 42 | Pergi
Bab 43 | Tertekan
Bab 44 | Ego
Bab 45 | Penyesalan
Bab 46 | Pulang
Bab 47 | Patah
Bab 48 | Sedar
Bab 49 | Pinky Promise
Bab 50 | Kampung
Bab 51 | Sakit
Bab 52 | Maruah
Bab 53 | Hutan
Bab 54 | Cekak
Bab 55 | Pergi
Bab 56 | Termakbul
Bab 57 | Klinik
Bab 58 | Zuriat
Bab 59 | Mengidam
Bab 60 | New Life
Bab 61 | Happiness
Bab 62 | The End
Coffee Time with Hawa

Bab 21 | Tarawih

867 53 1
By Mademoiselle_Hawa

      DALAM sibuk mengharungi perjalanan hidup, sedar tak sedar, sudah menjelang bulan Ramadhan. Dan hanya tinggal lebih kurang satu minggu sahaja lagi untuk umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Dan sekarang, aku sedang sibuk memasak makanan untuk berbuka nanti. Fiya juga ringan tulang membantu aku.

    "Jarang tahu aku nak nampak kau rajin macam ni."

     Aku yang sedang sibuk mengacau ayam masak merah di dalam periuk itu pantas mengerling ke arah Fiya.

    "Nak kata aku malas lah ni?"

    Aku dengar Fiya berdecit.

    "Eh tak ada lah malas sangat. Cuma, jarang lah kau nak masuk dapur, masak sedap-sedap ni. Biasa beli dekat kedai je."

    Aku memutarkan bebola mata ke atas.

    Ya, sejujurnya aku ni malas sikit nak masuk dapur. Nak kata aku tak pandai masak, tak ada lah tak pandai langsung. Boleh je masak sikit-sikit. Cuma itulah, macam yang aku cakap tadi. Malas.

    Aku jadi malas bila nak kena sepahkan dapur. Yang nak kena kemas nanti aku jugak.

    Ya, nak kata aku perempuan malas cakap jelah. Dah tak kisah dah.

    Hmm, aku tak tahu lah macam mana kalau Maktok ada dalam rumah ni. Mahu cair tahi telinga aku ni bila dengar dia membebel.

    "Okay, dah siap!" ujarku sedikit teruja.

    Aku menceduk ayam masak merah ke dalam mangkuk dan mangkuk itu diletakkan di atas meja makan.

    "Wah, sedapnya bau! Ni yang buat aku rasa nak makan sekarang ni!" kata Fiya dengan teruja.

    Aku menggeleng kepala perlahan.

   "Ha dah, tak payah nak mengada. Belum azan lagi. Tu, tolong ceduk kan nasi tomato tu dalam mangkuk." arahku.

    Ya, hari ni menu masakan lain sikit. Bila mood rajin dah datang, itu lah dia. Tak main dah nasi putih ni. Kita buat nasi tomato pulak.

    Fiya tanpa membantah segera bergerak ke arah rice cooker. Nasi tomato diceduk ke dalam mangkuk.

     Setelah semua siap dihidang di atas meja, aku dan Fiya sama-sama duduk di meja makan menunggu azan berkumandang.

    Lauk yang aku masak hari ni simple je. Ayam masak merah, wajib bila makan dengan nasi tomato. Telur rebus masak kurma. Dan sayur kacang buncis goreng campur telur. Kan aku dah cakap, simple je.

    "Allahuakhbar allahuakhbar..."

    Kedengaran azan maghrib berkumandang dari masjid berhampiran. Aku mula mengetuai membaca doa makan.

    Gelas berisi air sejuk kosong aku capai. Diteguk perlahan air sejuk itu. Ah leganya!

    Alhamdulillah, hari ini aku berjaya puasa penuh lagi tanpa gangguan gastrik dan 'kawan baik'. Tak, bukan Fiya. Faham-faham sahaja lah.

    Sebiji buah kurma aku capai. Di gigit sedikit demi sedikit. Manis!

    Fiya aku lihat sudah bersedia untuk menceduk lauk selepas meneguk segelas air.

    Piring kecil yang berisi buah kurma aku tolak ke arahnya. Fiya jadi terpinga-pinga.

    "Kan elok kalau makan buah kurma dulu." kataku.

    Fiya tersengih kemudian dia mencapai sebiji buah kurma.

   "Aku lupa lah Qai. Excited sangat nak makan masakan air tangan Qaisara Alysha ni."

    Aku hanya abaikan kata-kata Fiya. Aku mula menceduk nasi tomato dan lauk.

    Fiya juga turut melakukan perkara yang sama selepas habis menjamah buah kurma. Suapan pertama Fiya aku perhatikan.

   "Ya Allah Qai! Sedap gila kau masak!" puji Fiya dengan nada teruja.

    Aku tersenyum senget.

   "See the leg lah..."

   Fiya tayang raut wajah menyampah.

    Kemudian kami diam menikmati hidangan di atas meja.

    "Hah, Qai."

    Aku mendongak memandang Fiya.

   "Apa?"

   "Bila kita nak balik kampung?" soalnya.

    Aku diam seketika.

   "Raya hari apa?"

   "Jumaat." balas Fiya.

    Jeda.

   "Hari selasa? Kau okay?" cadangku.

    Fiya menjongket bahu.

   "Aku tak kisah. Aku ikut je. Kau pun tahu kan, aku bukan ada sesiapa dah. Dengan family kau je lah tempat aku tumpang kasih." balas Fiya.

    Tiba-tiba aku terasa sayu. Aku faham perasaan Fiya. Tak punya keluarga. Saudara terdekat pun entah ke mana. Adik beradik tak ada. Sama macam aku.

   "Tak ada istilah tumpang-tumpang ni Fiya. Ni bukan teksi nak tumpang. Kau dengan aku dah macam adik beradik. Tak payah nak cakap macam tu."

    Fiya tersenyum kecil.

   "Terima kasih Qai sebab sudi jadi kawan aku." ucap Fiya ikhlas.

    Aku mengukir senyuman nipis seraya mengangguk.

   "Sebelum kita gerak ke kampung, kita ziarah kubur ibu dengan walid kau dulu." kataku.

    Fiya mengangguk.

    Kemudian masing-masing diam menikmati hidangan di atas meja.

    "Oh Qai." panggil Fiya.

    "Hmm."

    "Kejap lagi pergi tarawih tak?" soalnya.

    Aku tidak menjawab, sebaliknya mengangguk.

   "Kenapa?"

   "Nak ikut." pinta Fiya.

   "Hmm." balasku ringkas.

    Selesai berbuka, aku dan Fiya mula bersiap untuk ke masjid. Tetapi sebelum itu, aku dan Fiya menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.










     SEUSAI solat tarawih berjemaah di masjid, aku dan Fiya mula menapak keluar dari tempat solat bahagian perempuan.

    Kedudukan tudung bawal yang tersarung di kepala aku betulkan. Baju kurung juga aku betulkan. Risau lah, mana tahu kain terselak ke apa.

   "You know what Qai?"

   Aku mengerling sekilas ke arah Fiya di sebelah.

   "What?"

   "Kau nampak cantik sangat bila bertudung dan berbaju kurung." puji Fiya.

    Aku hanya tersenyum nipis.

   "Insya-allah, one day aku akan bertudung. Kau doakan aku tau."

  "Insya-allah aamiin! Aku sentiasa doakan kau Qai." balas Fiya.

   Aku membalas dengan senyuman nipis.

   Aku dan Fiya menuju ke tangga masjid. Aku mencari kelibat selipar kesayangan aku. Mana ni? Orang kebas ke?

    Mata aku meneliti setiap jenis kasut dan selipar, apabila ternampak selipar milik aku, aku menghembuskan nafas lega.

    Alhamdulillah, ada lagi selipar aku. Ingatkan dah dibawak lari orang.

   "Assalamualaikum."

    Terhinjut sedikit bahu aku mendengar suara garau tersebut. Aku terus berpaling mencari tuan empunya suara.

   Erk.

   Okay, macam mana dia boleh sesat dekat sini?

   "Waalaikumussalam..."

   Fiya juga turut terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

   "Eh Qash? Solat dekat sini jugak? Bukan jauh ke dari rumah awak?" soal Fiya.

    Qash yang hanya santai berbaju kurta berwarna kelabu itu tersenyum manis.

    "Saya berbuka dekat area sini tadi dengan kawan-kawan. Dah alang-alang tu, singgah solat dekat sini terus lah." terangnya.

    Aku dan Fiya angguk mengerti.

   Aku perasan Qash sekejap-sekejap menjeling ke arah aku.

   Dah kenapa?

   Mata tu nak kena korek ke macam mana?

   "Aku hampir tak kenal kau tadi. Ingatkan bidadari mana tadi." tiba-tiba Qash bersuara.

    Terjongket kening aku. Fiya aku lihat sudah tersengih-sengih.

   "Kau cakap dengan aku ke?" soalku.

   "Tak lah. Aku cakap dengan pokok."

   "Oh..."

    Aku malas nak berlama-lama, pantas aku sarungkan selipar. Begitu juga dengan Fiya dan Qash.

   "Lepas ni, awak nak balik terus ke?" soal Fiya.

    Qash mengangguk.

    "Awak?"

    "Sama lah. Nak sambung makan. Tak puas makan tadi. Sedap sangat Qai masak." balas Fiya.

    Spontan Qash memandang aku.

   "Seriously?"

    Aku tayang muka tak ada perasaan. Ini Qai lah... Jangan pandang aku sebelah mata okay!

   "Hmm, kau nak balik tu singgah lah rumah aku. Aku bekalkan dekat kau sikit. Aku ada masak lebih." kataku senada.

    Qash aku lihat mula tersenyum lebar.

   "Okay."

   "Jom balik Fiya." ajakku.

    "Eh kejap. Korang datang dengan apa?" soal Qash.

    "Jalan kaki." balasku pendek.

    Qash diam seketika.

   "Jom lah aku hantarkan." pelawanya.

    Aku memandang Fiya.

   "Aku okay je." jawab Fiya sambil tersengih.

    Hmm Fiya ni apa je tak okay? Pantang ada lelaki kacak sikit, semua on!

    "Hmm boleh lah." jawabku memberi kata putus.

    Kemudian kami sama-sama menuju ke kereta milik Qash.









     SETIBANYA di hadapan pagar rumah aku, aku dan Fiya mula menapak keluar dari perut kereta.

    "Kau tunggu sekejap, aku pergi bungkuskan makanan untuk kau." kataku.

    Qash yang sedang bersandar di kereta hanya mengangguk berserta dengan senyuman.

    Aku mula menapak ke dapur. Sebaik sahaja tiba di dapur, aku lihat Fiya sudah duduk di meja makan sambil menjamah makanan.

    Aku menggeleng kepala aku. Dia ni, makan sahaja tahu!

    "Makan je lah kau tahu." sindir aku.

    Aku membuka pintu kabinet. Bekas berbentuk segi empat aku capai.

    "Biarlah! Asalkan perut aku kenyang!" balas Fiya selamba.

    Aku memutarkan bebola mata.

   "Suka hati kau lah. Nanti dah gemuk, jangan kata aku tak kasi warning." ujarku.

    Bekas berbentuk segi empat itu sudah penuh diisi nasi tomato. Plastik bungkus lauk pula aku capai. Aku menceduk lauk pauk ke dalam plastik tersebut.

     Memang aku akan sediakan plastik untuk membungkus lauk di rumah. Senang, memudahkan kerja!

    "Qai, kau jangan nak bagi spoil mood aku eh... Aku nak makan dengan aman. Dah! Pergi lah dekat bakal suami kau tu." halau Fiya.

    "Tengkorak engkau bakal suami." bidasku geram.

     Setelah siap, aku menjinjing beg kertas yang berisi nasi dan lauk menuju ke luar dari rumah.

    Qash aku lihat masih di situ. Di tangannya terdapat telefon pintar miliknya.

    Aku mula menapak menghampiri Qash.

   "Maaf lambat." ujarku.

    Qash yang tersedar dengan kehadiran aku pantas berdiri dengan betul.

    "No, it's okay." balasnya dengan senyuman.

    Aku menghulurkan beg kertas itu kepada Qash.

   "Nah, makan lah nanti. Aku tak berapa pandai masak, harap sedap lah."

    Senyuman masih tidak lekang dari bibir Qash. Dia menyambut huluran beg kertas tersebut.

    "Terima kasih Qaisara." ucapnya.

    Aku hanya mengangguk.

    Kemudian suasana mula sepi. Masing-masing terasa janggal.

    Aku sedari tadi hanya menunduk sambil tangan aku memintal hujung tudung bawal. Ya, aku masih lengkap bertudung dan berbaju kurung.

    "Kau nampak cantik dengan baju kurung dan bertudung." puji Qash.

     Aku cuba menahan diri dari senyum. Kepala aku masih menekur tanah.

     Ah! Jantung, jangan nak buat perangai...

    Tahu tak aku terasa nak lompat bintang sekarang ni dengar dia puji aku?

    Eee apa kena dengan aku ni?

    Aku berdehem kecil.

   "Hmm... Terima kasih."

    Qash aku lihat mengukir senyuman kecil.

    Allahuakhbar... Dia senyum macam tu pun dah kacak. Aku nak kena masuk dalam peti ais balik ni. Hati dah nak cair!

    "Kau..."

    Spontan aku dan Qash berpandangan sesama sendiri. Kemudian ketawa kecil menghiasi suasana sunyi antara kami.

    Lahh! Boleh pulak nak cakap sekali.

   "Kau cakap lah dulu." pinta Qash.

    Aku pantas menggeleng.

   "Tak apa, kau cakap dulu."

    Qash diam seketika sebelum bersuara.

    "So... Kau raya dekat mana?" soal Qash.

    "Dekat rumah Maktok lah. Mana lagi? Itu je keluarga yang aku ada sekarang." balasku.

    Qash mengangguk faham.

    "Balik hari apa?"

     "Selasa."

      Jeda.

     "Kau?" soalku kembali.

    Qash menjongket bahu.

    "Raya sini lah kot."

     Aku angguk mengerti.

    "Kau... Balik kampung dengan Fiya lah?"

    "Hmm." balasku ringkas.

    Suasana mula sepi. Janggal.

    Entah kenapa malam ni aku terasa janggal. Sebelum ni okay je. Rasa macam berdebar... Kenapa?

    Aku dengar Qash berdehem kecil.

   "Okay lah. Aku balik dulu. Thanks untuk makanan ni. Balik kampung nanti... Kirim salam aku pada Maktok." pamit Qash.

    Aku mengangguk.

    Qash mula membuka pintu kereta. Sebelum dia masuk ke dalam kereta, dia berpaling je arah aku.

    "Good night butterfly. Jangan lupa mimpi aku nanti." ujarnya seraya tersenyum nakal.

     Aku memutarkan bebola mata. Dah mula dah perangai buaya dia...

    "Jangan nak berangan lah. Dah, aku masuk dulu."

     Baru ingin mengorak langkah, Qash menahan.

    "Nak apa lagi?"

    "Cakap lah good night balik..." pintanya dengan wajah comel.

    Comel ke?

    Hmm... Boleh lah.

    Aku mendengus perlahan.

   "Night."

    "Tu je?" soalnya.

    "Habis tu?"

    "Tak ada ke ucapan sweet dreams ke, suruh mimpi kau ke?"

    Aku tayang wajah beku.

   "Kau ingat aku macam kau ke?"

    Qash menjongketkan bahu.

   "Mana lah tahu kita ni ada persamaan."

   "Tapi tak apa. Kalau kau tak suruh aku mimpi kau pun, aku memang selalu mimpi kau pun." tambahnya.

    Berkerut dahi aku memandangnya.

    "Kau ada masalah otak eh? Salah makan ubat ke?"

    "What? I'm telling the truth." ujarnya selamba.

    Aku menjelingnya menyampah.

   "Malas layan kau!"

    Aku terus berpaling dan berjalan masuk ke dalam.

    "Haih... Siapa bilang gadis melayu tak menawan.... Tak menarik hati, tiada memikat..." Qash menyanyi kecil sambil tersenyum.

    "Diamlah!" marahku.

    Monyet betul. Dia boleh menyanyi malam-malam buta ni?

    Qash terkekeh-kekeh ketawa geli hati.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Nah new part! Sorry lambat!

Jangan lupa vote!

Update : 16 August 2021

Continue Reading

You'll Also Like

3.6M 291K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
2M 111K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
176K 8.4K 20
One year after Harry defeated Voldemort at the Battle of Hogwarts, he still has no idea what to do with his life. He's been living at No. 12 Grimmaul...
40.8M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...