𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋: 𝐌𝐀 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓 ✔︎

By byayfth_

32.4K 1.5K 20

1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tet... More

• BAB 1 •
• BAB 2 •
• BAB 3 •
• BAB 4 •
• BAB 5 •
• BAB 6 •
• BAB 7 •
• BAB 8 •
• BAB 9 •
• BAB 10 •
• BAB 11 •
• BAB 12 •
• BAB 13 •
• BAB 14 •
• BAB 15 •
• BAB 16 •
• BAB 17 •
• BAB 18 •
• BAB 19 •
• BAB 20 •
• BAB 21 •
• BAB 22 •
• BAB 23 •
• BAB 24 •
• BAB 25 •
• BAB 26 •
• BAB 27 •
• BAB 28 •
• BAB 29 •
• BAB 30 •
• BAB 31 •
• BAB 33 •
• BAB 34 •
• BAB 35 •
• BAB 36 •
• BAB 37 •
• BAB 38 •
• BAB 39 •
• BAB 40 •

• BAB 32 •

740 33 0
By byayfth_

        " MASUK "

     Seyraa tidak banyak bercakap dia masuk ke dalam rumah teres dua tingkat berwarna coklat itu . Dia memuji di dalam hati betapa cantiknya bentuk rekaan di dalam rumah itu . Susunan di luar rumah pun cantik .

      Seyraa duduk di atas sofa yang empuk tu .

      " Hey , tadi cakap lapar "

      " Ya eh ? " Seyraa teringat bekal yang ibu bagi sebelum mereka bertolak tadi . Dia mengambil plastik yang berisi bekal tersebut dan dibawa ke dapur .

     Danish masih mengangkat barang barang dari kereta dibawa masuk ke dalam rumah . Dia menggeleng kepala . Penatnya.  Seyraa pun satu , kenapa tak tolong dia dulu .

      Geramnya . Bag yang terakhir dihempas dengan kuat . Seyraa menuju ke ruang tamu . Danish sedang berbaring di atas sofa .

     " Jom la makan ! " Seyraa menggoyang bahu Danish . 

     " Taknak ! Kau makanlah sorang " Balas Danish . Dia berpusing membelakangi Seyraa .

     " Alaa , jom lah . Aku dah sedia dah semua . Nak aku suap ke ? " Seyraa ingin bergurau .

     " Taknak ! Kau faham tak , aku penat lah . Drive jauh jauh lepastu kena angkat bag pulak . Pergilah makan sorang , aku tak lapar "

     Tetapi dimarah pulak . Seyraa terasa . Dia bangun menuju dapur . Semua lauk yang dah dituang ke dalam mangkuk disimpan ke dalam peti ais . Takda mood nak makan .

     Kenapa dia nak marah aku pulak . Bukan ke dia dah janji dengan ayah yang dia nak jaga aku ? Tah tah , ayah silap pilih .

     Kalau dia nak marah marah aku , apa motif dia nak kahwin dengan aku ? Seyraa mengangkat semua bag masuk ke dalam bilik . Bilik yang paling kena itu dia pilih . Kemudian mengemas semua pakaian , dimasukkan ke dalam almari .

               ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

     " SORRY . . . " Danish duduk disebelah Seyraa yang sedang menonton tv . Tangannya bermain main dengan rambut panjang Seyraa . Dua hari jugak mereka bermasam muka , akhirnya Danish terpaksa turunkan ego terlebih dahulu .

     Perempuan kan , semua nak menang dekat diorang . Nasib sayang je .

     Seyraa buat buat tak dengar . Keropok dimasukkan ke dalam mulut tanpa henti .

    " Nak aiskrim tak ? " Tanya Danish .

    " nak coklat " Balas Seyraa .

    " Aiskrim coklat ? " Tanya Danish lagi .

    " Bukan aiskrim but coklat . " Balas Seyraa . Matanya masih memandang ke arah tv . Danish sebenarnya tak berapa suka makan coklat , kalau beli coklat nanti dia tak makan sangat . Kalau aiskrim okay lagi .

     " Boleh ke ? Kalau tak boleh takpe " Kata Seyraa .

     " Mestilah boleh , apa saja untuk isteri abang ni " Kata Danish pula .

     'abang' ? Seyraa mencemik . Kemudian dia senyum dengan gembira .

     " Lupakan jela hal sebelum ni . Kita kan pasangan paling sweet . Kita kenalah berbaik kan ? Kau pun janganlah ego sangat . " Kata Seyraa sambil memegang kedua tangan Danish .

     " Elleh kau . Acah je , kau menangis kan ? Sorry tau kalau aku buat kau terasa . Aku takde niat pun nak marah kau apalagi nak jerkah kau . " Balas Danish dengan perasaan kesal .

     "Mana ada nangis . Aku menangis sebab potong bawang lah semalam . " Balas Seyraa

     Danish ketawa . Selepas itu dia mengajak Seyraa masuk ke dalam bilik untuk bersiap .

    " Nak pergi mana ? " Tanya Seyraa hairan.

   " Pergi beli aiskrim lah "

   " Alaa nak coklat "

   " Ia , kita beli dua dua sayang "

              ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

     " KAU dah check betul betul ? " Tanya Kamal . Terlepas cuti mereka bila ada kes kebakaran pulak . Hal series ni sebab kebakaran berlaku di asrama pelatih .

     Dia tak pasti sama ada nak libatkan Danish atau tidak sebab budak lelaki tu sekarang mesti tengah rancang nak honeymoon dengan isteri dia . Baru minggu lepas kahwin .

     " Dah . Tapi tulah , meremang bulu roma aku . Takde sorang pun yang terselamat dalam kebakaran tu . Semua hangus ! " Balas Fahmi .

     Dia menggeleng kepala . Teruknya kes ni . Mesti tak tidur malam , nak kena check sorang sorang mayat rentung punya hal . Siapalah yang kejam sangat cari nahas ni . Takde hati perut ke ?

     " Bila kita nak pergi sana ? " Tanya Kamal .

     " Kalau ikut jadual , petang ni lah bos " balas Fahmi . Dia menggaru kepala . Kopi ais yang dihirup daripada tadi pun tak menyenangkan .

     Kamal menghempas kertas laporan ke atas meja . Tunggulah beberapa hari , dia terpaksa bagitahu Danish jugak tentang kes ni . Apa apa pun , harap habis cepatlah kes ni . Tetapi tulah , kes kebakaran bukan senang nak handle.

     Kamal pun menggaru kepala yang tak gatal . Kalau dia dapat pembunuh tu dengan tangan dia , siaplah .

     Selepas zohor , mereka bertolak menuju ke tempat kebakaran .

    Kamal dan Fahmi saling berpandangan . Tabiat yang sama dilakukan , asrama pelatih terbakar teruk . Mayat mayat sudah pun diangkat oleh ahli forensik . Sekarang kerja mereka menyiasat kes ni .

     Kamal rela buat kerja ahli forensik daripada siasat benda yang tahun bila boleh tahu kebenarannya . Dua pembantu mereka dibelakang bermacam-macam reaksi wajah apabila melihat kejadian tersebut .

    Menyedihkan , tentu ahli keluarga mangsa sangat sedih . Mereka mencatat apa apa kesan yang didapati , mengambil gambar dan membuat kajian . Sample yang dijumpai akan dibawa ke makmal forensik. 

     Kamal menyentuh bahu Fahmi .

    " Kita tak boleh teruskan macam ni . Terpaksa ajak Danish join kes ni " Kata Kamal . Rasa bersalah jugak , tapi mereka  tak boleh buat tanpa budak lelaki tu .

               ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

    SELEPAS Danish jawab satu panggilan dua hari lepas , lelaki tu jadi tak tentu arah dan pendiam . Dia ada jugak tanya tapi suami dia tu jawab takda apa .

    Makan okay je , apa semua okay . Tapi bila datang waktu malam , tak okay . Danish  nak anak ke ?  Maybe sedih setiap malam sebab tak dapat buat projek dengan dia ?

     Tak kut , kalau dia nak mesti dia dah ajak . Dia kan lelaki , lelaki nafsu kuat . Herh , malas fikir pasal tu .

     Seyraa merangkak ke arah Danish yang sedang bermain game .

    " Kau okay tak ? " Tanya Seyraa .

    " Okay je , kenapa ? " Tanya Danish semula .

    Seyraa mengangguk . Dia mengetuk bantal untuk tidur . Danish menarik bahu Seyraa agar duduk dekat dengan dia . Seyraa jadi gelabah . Malam ni ke ?

    " Erm , lusa aku dah start kerja . Kau okay ke duduk sorang sorang dekat rumah ? " Tanya Danish .

     " Seriesly ? Erm , minggu depan aku dah kena panggil masuk universiti jugak " Kata Seyraa . Dia mengambil laptopnya di atas meja kecil sebelah katil lalu menunjuk kepada Danish .

    " Minggu depan ? "

    Seyraa mengangguk sambil menutup laptop . Danish menongkat kepala memandang Seyraa sambil tersenyum .

    " So . . . "

    " So ? "

    " Sebelum sayang masuk universiti , kasi abang baby dulu "

              ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

     SEYRAA masih mencari di mana buku nota yang Danish selalu guna waktu bekerja . Tak silap dalam tu Danish ada tulis perancangannya selepas berkahwin . Mana tahu boleh tahu bila Danish plan nak ajak dia buat projek .

     Nasib malam semalam sempat dia buat alasan kukuh . Harap harap dia tak tergolong isteri derhaka akibat dia menolak kehendak suami .

     " Hah ? " Seyraa memandang sekeliling sebelum membuka buku tersebut .

     " Series lah ? "

  

     

     

Continue Reading

You'll Also Like

887K 6.8K 12
QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia tidak akan bahagia bersama Adam kerana Ad...
492K 25.4K 68
COMPLETED ' follow me first before u read ' - GADIS KECIL KEPUNYAAN MAFIA - - Ayrα Ivy - Seorang gadis yang comel dan berbadan kecil. Walaupun umurn...
1.3M 45.9K 69
MY FIRST BABY! START : 19 Disember 2018 END : 15 Mei 2020 STATUS : COMPLETE GENRE : ROMANCE AZRA SARI IRIS X ADAM HADRIAN "Boleh saya duduk dekat si...