[ C ] DENDAM CINTA ✓

By ivylunaaa

103K 6.8K 2.5K

- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "T... More

꧁ I N T R O D U C T I O N ꧂
DC | 01 - KAWAN
DC | 02 - KENYATAAN TAK DIDUGA
DC | 03 - PERJUMPAAN
DC | 04 - KEPUTUSAN
DC | 05 - MUKTAMAD
DC | 06 - HARI PERKAHWINAN
DC | 07 - STOR
DC | 08 - MALAM PERTAMA
DC | 09 - SEPUPU
DC | 10 - MIMPI
DC | 11 - BERANGKAT
DC | 12 - KEJUTAN
DC | 13 - HONEYMOON
DC | 14 - HILANG
DC | 15 - PULANG
DC | 16 - KEJUTAN : HIZLAN
DC | 17 - TOPENG
DC | 18 - KANTOI
DC | 19 - KELUAR
DC | 20 - HAMPIR
DC | 21 - JUMPA
DC | 22 - HOUSE TOUR
DC | 23 - AISHAH
DC | 24 - GAMBAR
DC | 25 - SIAPA DIA ?
DC | 26 - MAYAT
DC | 27 - KEJAM
DC | 28 - HAMPIR LEMAS
DC | 29 - LUKA
DC | 30 - TANGIS
DC | 31 - TERKEJUT
DC | 32 - PERTENGKARAN
DC | 33 - BERUBAH
DC | 34 - TIDAK SEMPAT
DC | 35 - AGRESIF
DC | 36 - RAHSIA SEBENAR
DC | 37 - BERPISAH
DC | 38 - PENAT
DC | 39 - ORANG BARU
DC | 40 - KES SEBENAR
DC | 41 - BERPAKAT
DC | 42 - BERJUMPA
DC | 43 - PUTUS
DC |44 - BERDUA
DC | 45 - BERKORBAN
DC | 46 - CEMBURU
DC | 48 - TERSENTUH HATI
DC | 49 - TERSEKAT
DC | 50 - TITIPAN AKHIR
DC | 51 - TAKDIR
DC | 52 - HATI PERASAAN
DC | 53 - PERGI
DC | 54 - PERMINTAAN MAMA
DC | 55 - LAMARAN
DC | 56 - BAHAGIA YANG KU INGINKAN
DC | 57 - AKU RELAKAN
AUTHOR'S NOTE ©

DC | 47 - MASIH ADA HARAPAN

1.7K 122 96
By ivylunaaa

"MEGAT...", panggil Adelia dengan lembut.

"Ya"

"Awak betul betul bencikan saya ke ?"

Megat tersentak mendengarkan soalan itu. Dengan tiba-tiba dia terasa berat untuk membuka mulut.

"Dan...betul ke awak dah cancel semua yang berkaitan dengan majlis perkahwinan tu ?", soal Adelia lagi cuba memberanikan diri.

Megat memandang Adelia sekilas. Datang rasa simpati pula dalam dirinya. Hati masih mencintai tapi apakan daya, ancaman dari Zarith terlalu berat untuk diterima.

Dua hari yang lalu...

"Kau Megat kan ? Lelaki yang Adelia suka...", terasa meluat untuk dia mengungkapkan ayat itu.

Megat mengangguk.

"Kau dengar sini eh, Adelia tu milik aku. Takde siapa yang boleh rampas dia dari aku. Dan kau...aku nak kau jauhkan diri dari dia. Jangan pernah rapat dan stop berjumpa dengan dia. And also aku dapat tahu yang dia bekerja dengan kau kan ?",

Dengan mulut yang sedikit terbuka, sekali lagi Megat mengangguk dalam kebingungan.

"Pecat dia"

Terbuntang mata Megat. Pecat ?

"Eh encik. Encik ni siapa nak suruh saya pecat Adelia sesuka hati ? ", kata Megat sambil membetulkan tali lehernya.

"Aku kata pecat pecat je la", tekan Zarith.

"Kalau saya taknak ?", Megat sengaja menguji.

"Aku bunuh ibu kau"

Zuppp !

Bunuh ? Ibu ? Wajah Megat berubah serta-merta.

"Encik, tolong jangan bunuh ibu saya. Dia tak bersalah", rayu Megat.

"Aku tak kira dia bersalah ke tak. Selagi kau rapat dengan Adelia, selagi tu hidup ibu kau tak aman", ugut Zarith kemudian berlalu pergi setelah memberi amaran.

Megat masih kaku di situ. Adelia atau ibu ? Yang mana harus dipilih ?

"Arghhh", fikirannya berserabut.

...

"Megat, saya tanya awak ni", suara Adelia menyedarkan Megat kembali dari teringat ugutan daripada Zarith.

"Sorry sorry", kata Megat. Adelia mengeluh ringan di tempat duduk sebelah.

"Saya...saya minta maaf Del"

"Kenapa ?", laju Adelia bertanya.

"Saya terpaksa tipu awak"

"Tipu ? Tipu apa ?"

Megat diam dan berfikir sejenak. Patutkah dia memberitahu Adelia soal Zarith yang mengugutnya ? Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus kembali.

"Sebenarnya saya tersekat...", kata Megat cuba meluahkan apa yang sedang dirasai.

Adelia mengunci mulut dan memberi ruang untuk Megat berbicara.

"Saya terpaksa jauhkan diri dari awak...sebab ada orang yang ancam saya. Dia kata kalau saya rapat dengan awak, dia akan bunuh ibu saya. Saya minta maaf sebab saya lebih pilih ibu. Tapi itu tak bermaksud saya tak sayang awak", terang Megat penuh emosi.

"Ancam ? Siapa yang ancam awak ?", soal Adelia ingin tahu.

"Tak payah tahu la"

"No, I need to know Megat !", tegas Adelia.
Melihat Megat mendiamkan diri, dia cuba membuat tekaan sendiri.

"Zarith ?"

"Tak"

"Then who ?"

"Bekas suami awak"

"Ah sama la tu. Nama dia Zarith", Adelia menepuk dahi. "Tapi serius lah dia ugut awak ? Sebab tu awak pecat saya ? Sebab tu awak putuskan hubungan dengan saya ? Sebab dia ke ?", tanya Adelia mahu kepastian. Malangnya Megat mengangguk mengiyakan soalan Adelia.

"Ya Allah apa masalah dia hah ? Sampai hati dia buat macam ni... Tak habis habis nak ganggu. Memang dia tak boleh tengok saya senang ke ha ? Ish sumpah, sumpah saya serabut dengan dia. Awak tolong bawa saya jumpa dia kejap", ujar Adelia mula naik angin.

"Awak nak jumpa dengan dia ?"

"Ye, saya nak tampar muka dia ! Dia tu tak pernah insaf tau tak. Saya ingatkan dia betul-betul berubah tapi sama je dengan perangai lama", marah Adelia.

"No no. Saya tak nak awak jumpa dengan dia. Bahaya", balas Megat sambil menggeleng kepala.

"Habis tu kita nak buat apa ? Awak tahu tak, saya dah lama sabar dengan dia tu. Sebab dia hidup saya musnah ! Dan sekarang saya cuma nak rasa kebahagiaan sekejap pun dia datang masuk campur. Sampai perkahwinan kita tak jadi pun sebab dia tahu tak !", tak pasal pasal Adelia melepaskan kemarahannya terhadap Megat.

"Sabar sabar... Orang macam tu kita tak boleh main main macam tu je. Tapi awak nak tahu sesuatu tak ?".

Adelia menoleh memandang Megat.

"Saya tak batalkan pun tentang persediaan perkahwinan kita. Semuanya masih dalam proses untuk siap", maklum Megat membuatkan Adelia terpegun.

"Seriously ? Maksudnya kita masih ada peluang ?", mata Adelia bersinar.

"Maybe", jawab Megat sepatah sambil terus fokus kepada pemanduannya.

"Tapi macam mana ?"

"Kita teruskan je la... Takpun kita kahwin dekat Thailand ?", cadang Megat selamba.

"Thailand ? Eh tak ke nanti orang pelik kalau kita kahwin dekat sana ? Sebab ye la biasanya yang kahwin dekat sana kan...", Adelia sengaja membiarkan ayat itu tergantung lalu pantas dipotong oleb Megat.

"Dah tu awak nak kahwin dekat sini ? Nak Zarith tahu ?"

"Tapi saya rasa dia patut tahu la. Kalau dia tahu mungkin dia dah tak ganggu kita", kata Adelia perlahan.

"Saya tak rasa kalau dia tahu pasal kita dia akan stop ganggu kita, tapi saya rasa lagi kuat dia ganggu nanti"

"Kenapa ?"

"Awak pernah hidup dengan dia kan takkan tak kenal dia ?"

"Ye saya tahu. Dia akan buat apa yang dia nak dan usaha sampai dapat", jawab Adelia.

"Ha jadi ? Lebih baik jangan beritahu dia", ujar Megat sambil memutarkan stereng kereta.

"Tapi...saya rasa bersalah kalau tak beritahu dia...", nada Adelia mengendur.

"Bersalah apa pula ?", Megat memandang sekilas.

"Takkan kita nak biarkan dia macam tu je ?", Hati Adelia kembali bergelora. Tiba-tiba dia berasa simpati terhadap Zarith yang sedang menagih cintanya semula.

"Biarkan je la dia tu. Awak nak dia ganggu awak lagi ke ?", marah Megat yang juga hairan dengan Adelia seolah-olah sedang beralih arah.

Adelia menunduk dan mendiamkan diri. Hati dan fikirannya ligat melakukan tugas untuk mendapatkan jawaban.

✰✰✰

"Haih kenapa la Megat degil sangat...aku dah cakap kan jangan dekat dengan Adelia. Tempah bala betul, huh !", getus Zarith dalam hati. Matanya sedang melihat kawasan sekeliling rumah yang ada di hadapannya.

Sebuah rumah kayu...kepunyaan ibu Megat.

Zarith menapak masuk tanpa memberi salam dan terus menerjah di setiap ruang rumah itu. Kain langsir diselak, pintu bilik dibuka sesuka hati. Dia turun ke dapur dan melihat seorang wanita tua sedang memasak membelakanginya.

Zarith tersenyum jahat. Niat di hati mengawal perbuatannya. Setapak demi setapak dia mendekati wanita itu dengan sebilah pisau yang dipegang di tangan kanannya.

"Assalamualaikum makcik", ucap Zarith dengan nada yang menyeramkan betul betul di telinga wanita itu.

Wanita itu berpaling dan terkejut melihat seseorang yang tidak dikenali sedang menghalakan pisau ke wajahnya. Mulutnya terlopong seraya tubuh yang menggigil.

"S...s...siapa kamu ?", soalnya terketar-ketar.

Zarith masih tersenyum dengan senyuman yang mengerikan dan dengan perlahan tangannya bergerak turun ke bawah di bahagian perut.

Tanpa rasa belas kasihan, Zarith memajukan tangannya.

"Woi !!"

Tangan Zarith terhenti. Dia menoleh ke belakang.

- B E R S A M B U N G -

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hi , i'm done for this chapter , hope you guys like it and VOTE for this chap ok . Give me support for another chap <3 .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Continue Reading

You'll Also Like

530K 43K 40
Tawanan Series; || || || Peristiwa hitam itu datang lagi. Si dia yang dulunya menghilang kini bertindak sebagai watak utama. Ini bukan kisah sesiapa...
12.3M 541K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
948K 97.9K 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.