Rise of The Greatest Heroes |...

By aimyzqz

541 55 104

Yuzuki Taiga,seorang pelajar muda yang tidak memiliki sebarang kuasa sering dipandang rendah dan dibuli menda... More

Shinjyu Academia Arc|Chapter 0:Yuzuki Taiga:Origin
Chapter 1:A Secret Power
Chapter 2:A Will and The Truth
Chapter 3:The Protector
Chapter 4: Unexpected Reunion
Chapter 5: Yuzuki's Trial
Chapter 6: Declaration Of War
Kyoto Training Arc|Chapter 7:Hero Legacies
Chapter 8:The Seventh Seat
Chapter 9:To Kyoto Trip!
Chapter 10:Surpass Our Limit
Chapter 11:Medusa
Chapter 12:Those Who Are Willing To Fight
Chapter 13:Duel Of Strength
Chapter 14:Rage On! The 9Th Pillar!
Sport Festival Arc|Chapter 15:Matsumi's Decision
Chapter 16:The Battle Begins!
Chapter 17: Bonds
Chapter 18:Greed
Special Chapter:Shinjyu Academy High Story:Seven Mystery Tales In Shinjyu
Chapter 19:Ryuki Satoru:Origin
Chapter 21:True Intention
Chapter 22:One Last Time
Chapter 23:World-Level Capabilities
Chapter 24:Yuzuki vs Musashi
Chapter 25:The Dream yet To be Dreamed.

Chapter 20: Metamorphosis

10 1 2
By aimyzqz

Pintu di bilik VIP tiba-tiba terbuka.Daichi,Inasa dan Neito menoleh kebelakang lalu terkejut.

"T—Tuan!?"

Kata Daichi.

Yoichiro masuk sambil diiringi oleh seorang pembantunya.Beliau lalu duduk di sofa menghala kearah pemandangan gelanggang di bawah.

"Gelanggang dah pun dibaik pulih,sekarang giliran pemuda Fudo."

Kata Yoichiro sambil menyalakan rokok paipnya.

"Kedudukan kesepuluh,Naoh Fudo.Dia mungkin masih belum 'matang' lagi untuk berdepan dengan 'dia'."

Balas Daichi.Pada ketika itu,Naoh dan Hanzo sudah mula berjalan kearah tengah gelanggang.Yoichiro hanya tersengih setelah mendengar kata-kata Daichi.

"Anak muda,dalam pertarungan...apa sahaja keajaiban boleh berlaku."

Balas Yoichiro.

Ketika itu, pertempuran antara Naoh dan Hanzo langsung bermula.

"Cuba elak ni budak!"

Kuasa serta kekuatan Hanzo seakan-akan Naoh sedang menentang Ahli Shinjyu Elit Sepuluh yang berpengalaman.

Hanzo Kagemori menggunakan teknik tenaga,membolehkan dirinya menyalurkan tenaga ke setiap bahagian dalam badannya.Hampir serupa dengan kuasa milik Yuzuki,Fumiya dan Aizawa.Hanzo juga mempunyai kebolehan dalam meniru pergerakan hanya dengan sekali pandang.Beliau juga terkenal dengan taktik dan helah kotornya yang berjaya digunakan menentang pihak lawannya.

"Mati lah!"

Serangan bertubi-tubi dikeluarkan oleh Hanzo.Tidak sampai 5 minit, pertempuran terus menjadi sengit.

Naoh kelihatan dalam keadaan kesulitan.Walaupun berjaya mengelak serangannya,namun Hanzo yang dapat membaca gerakan Naoh membuatkan dirinya sukar untuk menyerang balas.

"Dia bukan je dapat meniru gaya pergerakan orang lain,tapi dia pun boleh baca segala gerakan yang dibuat.Bahaya,ni kali pertama aku jumpa orang macam ni.Nampaknya aku dah pandang rendah dengan dia.Dia....."

Monolog Naoh.

Tumbukan Hanzo menuju laju kearah Naoh.Naoh sempat menghalangnya dengan kedua-dua belah lengannya.Impak dari serangan tersebut membuatkan Naoh terjatuh ke lantai gelanggang.

Hanzo berdiri di hadapannya sambil senyum sinis.

"Bukan je..Ahli Shinjyu Elit Sepuluh, dengan kebolehan yang dia ada...dia boleh jadi salah seorang 5 teratas!"

Monolog Naoh sambil memandang kearah Hanzo.

"Patutlah kau nak sangat jadi yang teratas di Shinjyu."

Hanzo tidak berhenti menyerang sambil tersenyum lebar.Pergerakkan Naoh pula semakin perlahan mengelak segala serangan yang dilemparkan oleh Hanzo.Pada saat itu,dia sedar bahawa Hanzo seorang yang tidak boleh dipandang rendah.

"Tak guna,dia ni...kuat!"

Monolog Naoh.

Naoh lalu melancarkan serangan yang sama digunakan ketika menentang Daichi.

"Bayang yang dihasilkan berbentuk tangan,mengikat musuh sampailah tak dapat bergerak...inilah.."

Naoh mengikat Hanzo dengan beberapa tangan bayang.

"Tangan sumpahan,Za'bbaniya!"

Hanzo cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya.Dengan menggunakan tangan bayang yang dihasilkannya,Naoh mencampak Hanzo kearah luar gelanggang.

Malang buat Naoh,Hanzo dapat menahan dirinya dari dicampak keluar.Dengan menggunakan kekuatan yang dia ada,Hanzo menyekat tangan bayang Naoh.

Masing-masing kelihatan bergelut.Naoh yang ingin menolak Hanzo keluar dari gelanggang manakala Hanzo pula yang sedaya upaya menahan dirinya dari ditolak keluar.

"Pertempuran yang begitu sengit.."

Kata Yoichiro.

"Aku tak boleh kalah dekat sini!"

Monolog Naoh.

______________________________________

"Itu sahaja untuk hari ni."

Kesemua ahli Shinjyu Elit Sepuluh mula bersurai kecuali Naoh yang masih duduk di kerusinya.

"Boleh aku tanya sesuatu?"

Soal Kedudukan kedua,Ayumi Tatsuma berdiri disebelah Naoh.

"Silakan lah."

Balas Naoh.

"Lepas je majlis graduasi dijalankan.Kebanyakkan kedudukan Elit Sepuluh akan dikosongkan.Kalau kau berniat nak naik ke kedudukan atas,Hari Karnival Sukan peluang kau."

Kata Ayumi.

"Sebenarnya saya tak berminat pun dengan kedudukan tertinggi dekat sekolah ni."

Kata-kata yang dilontarkan oleh Naoh membuatkan Ayumi mula keliru.

"Menjadi wira yang boleh buat orang ramai senyum,itulah matlamat saya.Walaupun terpaksa berkorban sekali pun."

Balas Naoh.Ayumi hanya tersenyum setelah mendengar kata-katanya.

"Jadi,buktikan lah.

______________________________________

"Aku takkan biar kau menang."

Naoh lalu menghasilkan bayang gelap yang berbentuk seperti panah lalu menghalakannya kearah Hanzo.

"Siap sedialah kau!"

Jerit Naoh.

Namun,dengan kekuatan yang dilepaskan sepenuhnya oleh Hanzo,dia berjaya melepaskan diri lalu terus menuju kearah Naoh dengan pantas.

"Apa!?"

Naoh terkejut setelah Hanzo berjaya melepaskan diri dan menuju terus kearahnya.

"'Aku takkan biar kau menang.' Cuba cakap tu lagi sekali!"

Hanzo melepaskan tumbukan kearah Naoh.Naoh tidak dapat mengelak disaat akhir lalu terima serangan tersebut.

"Alamak! Nampaknya strategi Fudo tidak berjaya.Hanzo kelihatan lebih bersemangat daripada sebelum ni."

Kata Haruto.

Pada ketika itu,kuasa tenaga yang kuat kelihatan di badan Hanzo.Matanya bersinar terang berwarna hijau.

"Sekarang,pertunjukkan sebenar bermula."

Kata Hanzo.
______________________________________

Yuzuki dan Ryuki berlari keluar menuju kearah stadium walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

"Tak guna! Sekarang giliran Naoh."

Kata Yuzuki.

"Dia pasti menang,dia mesti menang perlawanan tu."

Balas Ryuki yang berada di belakang Yuzuki.

Tidak lama kemudian,mereka berdua memberhentikan langkah mereka apabila mereka terserempak dengan seorang pelajar lelaki.

Pelajar tersebut memandang kearah mereka berdua lalu berjalan menuju kearah mereka.

"Ryuki Satoru,Yuzuki Taiga,perlawanan tadi sangat menakjubkan."

Puji lelaki tersebut yang kelihatan kagum terhadap mereka berdua.

"Siapa?"

Soal Yuzuki sambil kekeliruan.

"Aku belum perkenalkan nama aku lagi.Dari Akademi Tinggi Seiho,Pelajar tahun pertama,Hayashi Kijima."

Pelajar lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.Ryuki terus terkejut setelah mendengar kata-kata lelaki tersebut.

"Akademi Seiho!?"

Yuzuki memandang kearah Ryuki.

"Seiho?"

Soal Yuzuki.

"Akademi Tinggi Seiho,terletak di Bandar Nagasaki di wilayah Kyūshu.Antara sekolah yang paling banyak melahirkan wira-wira professional.Tch...termasuk ayah."

Kata Ryuki dengan riak wajah kesal.

"Ayah kau alumni Seiho??"

Soal Yuzuki.

"Nampaknya dialah pelajar tahun pertama yang sepatutnya mendaftar diri hari yang sama dengan Chiaki.Kalau betul lah dia dari Akademi Seiho,dia bukan calang-calang orang biasa."

Balas Ryuki.Hayashi yang mendengar kata-kata Ryuki itu lalu ketawa kecil.

"Memang padan lah dengan si ayah,Keluarga Satoru memang serius sungguh."

Kata Hayashi.

Tiba-tiba sahaja Yuzuki mendekati Hayashi dengan pantas semasa dirinya terleka lalu melepaskan tumbukan kearahnya.

Hayashi yang terleka itu terus memandang tepat kearah buku lima Yuzuki lalu mengelak serangan tersebut dengan mudah.Yuzuki terkejut melihat kejadian tersebut.

"Jarak kau dengan aku lebih kurang dalam 55 Inci bermaksud tahap kerosakan yang akan terjadi lebih kecil memandangkan jarak antara kita kurang 2 kaki.Dengan jarak serta kekuatan serangan yang dah lemah oleh kerana badan masih belum pulih,peluang untuk aku mengelak serangan meningkat ke 98% oleh kerana pergerakan badan yang mempunyai had.Bermaksud peluang untuk serangan tu terkena dekat aku atau mungkin tempias hanya 2%."

Yuzuki lalu mengundur perlahan-lahan.

"Hey Satoru,mungkin ni cuma perasaan aku tapi...aku dapat rasa yang lelaki ni bukannya orang yang baik."

Kata Yuzuki.

"Hey-hey,jangan risau...aku tak ada niat buruk pun.Agak bertuah jugak sebab dapat jumpa 'sang raja' dan 'Bintang ajaib.'"

Balas Hayashi.

Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi sorakkan.Perbualan terhenti seketika.Ryuki dan Yuzuki lalu berlari kearah stadium diikuti Hayashi di belakang.Beberapa seketika akhirnya mereka tiba di sayap stadium.

"Apa yang dah jadi? kenapa—"

Ryuki terkejut.Raut wajah Ryuki dan Yuzuki menunjukkan seolah-olah mereka tidak percaya akan perkara yang sedang dilihat oleh mereka.

Naoh kelihatan separa sedar sambil melutut dihadapan Hanzo.Hanzo hanya mengalami kecederaan ringan manakala keadaan Naoh pula kelihatan lebih teruk berbanding Hanzo.

"B—belum lagi..."

Kata Naoh sambil mencuba dengan sedaya upayanya untuk berdiri.

"Fudo sudah kelihatan seperti tidak mampu meneruskan pertempuran lagi,manakala Kagemori si bekas kedudukan kesepuluh masih lagi berdiri tegak.Adakah ini penamat bagi 'Rookie' Shinjyu Elit Sepuluh?"

Kata pengulas perlawanan,Sumire.

"Sepatutnya...aku lah orang yang sepatutnya jadi ahli Shinjyu Elit Sepuluh.Nampaknya diorang buta."

Balas Hanzo lalu mengeluarkan buku limanya untuk menyerang.Serangannya kelihatan seperti akan memberikan impak yang besar.Atau mungkin,menamatkan hidup Naoh.

"Naoh!!"

Jerit Yuzuki dan Ryuki.

Emosi rakan-rakan Naoh juga turut bercampur baur.Matsumi pula menutup mulutnya.Mata Hachiro terus tertumpu pada sudut stadium.Kelihatan kelibat seseorang dengan kelajuan yang sangat luar biasa menuju kearah gelanggang.

"Apa tu!?"

Kata Asuna.

Hampir sahaja Hanzo melepaskan serangan,tiba-tiba lengannya ditahan oleh seseorang.

Para penonton kelihatan terkejut,apabila melihat Tiga orang dari ahli Shinjyu Elit Sepuluh memasuki gelanggang.Dua orang sedang menahan Hanzo.

"Ugh—presiden!?"

Kata Hanzo sambil memandang kearah Inasa yang sedang memegang lengan Hanzo.Lengannya dipegang dengan erat sehingga membuat Hanzo kesakitan.

Seorang lagi menahan Hanzo dari maju kehadapan dengan menggunakan kuasanya.

"Terima kasih sebab sempat datang,Ichigo."

Kata Inasa kepada pelajar perempuan yang mengaktifkan kuasanya keatas Hanzo.

"Tak ada masalah presiden."

Balas Ichigo.

Ichigo Kurosawa.Pelajar tahun kedua.Mendapat kedudukan keenam dari Shinjyu Elit Sepuluh.Ichigo mempunyai keupayaan jenis psikik membolehkan dia mengawal bahan yang mengandungi mineral.

"Woaa...sekarang Ahli Shinjyu Elit Sepuluh pula yang memasuki gelanggang! Nampaknya ini merupakan kejadian paling tak dijangka!"

Kata Haruto.

"Berhenti budak.Pertempuran dah pun tamat."

Kata Inasa lalu menoleh kearah Naoh.

Naoh sudahpun tidak sedarkan diri.Dia pengsan dalam keadaan melutut.

Ayumi,kedudukan kedua datang mendekati Naoh sambil ditemani 2 orang pelajar bidang rawatan.Naoh lalu dibawa keluar dari gelanggang.

"Jangan ingat,kau boleh buat sesuka hati kau.Tak ada sesiapa yang iktiraf perlawanan ni sebagai perang arena.Kami jugak ada hak untuk buang kau dari regimen."

Kata Ichigo.

"Sudah,Kurosawa."

Balas Inasa.

Ichigo lalu menyahaktifkan kuasanya.

"Jangan ingat aku akan sentiasa diam."

Kata-kata Inasa kepada Hanzo membuatkan dirinya terduduk akibat gerun dengan amaran yang diberikan Inasa.

"Woah...sampai dia sendiri boleh takut dengan Hideyoshi."

Kata Hachiro.

"Seperti yang dijangka dari presiden majlis pelajar,Kedudukan pertama dan komander Regimen."

Balas Asuna.

"Tak sempatlah kita nak tengok perlawanan diorang."

Kata Yuzuki.

"Oh jangan risau,perlawanan lepas ni yang paling orang tunggu."

Balas Hayashi yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakang mereka menyebabkan mereka berdua terkejut.

"EHH!!"

Pada masa yang sama,Musashi berjalan kearah mereka.Sambil Musashi menuju kearah gelanggang,Yuzuki bertentang mata dengannya.Kedua-duanya merenung antara satu sama lain dengan renungan tajam.

"Pertempuran akhir untuk hari ini, Pertempuran diantara kedua-dua ahli Shinjyu Elit Sepuluh.Kedudukan ketujuh,Daichi Hajime menentang kedudukan ketiga,Musashi Wakiya.Ini merupakan peluang kedua buat Hajime dimana dia telahpun kalah menentang Naoh Fudo.Adakah pertempuran ini dapat menebus semula kekalahan Hajime.Kedua-dua peserta sudah pun bersedia di gelanggang!"

*TO BE CONTINUED

NEXT CHAPTER:CHAPTER 21-TRUE INTENTION

Hanzo mendedahkan tujuan sebenarnya kepada Yuzuki dan menjadikan Yuzuki sebagai sasaran seterusnya.Tatkala Daichi dan Musashi sedang bertempur,sesuatu yang dasyat serta kebenaran yang terikat dengan kejadian letupan makmal mula timbul menyebabkan Hachiro,Asuna,Naoh dan Emiko bersama-sama merancang untuk merungkai misteri yang berlaku di Shinjyu.

Continue Reading

You'll Also Like

79K 10K 52
SIRI ISLAMIC FANFIC ! S2 : The Soul(Marklee) Allah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah kenapa allah satukan kita berdua hanya kerana fitnah, se...
1.8M 80.2K 146
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
26.9K 3.2K 44
"tolong , tolong jangan buat saya macam ni"-Mark Lee kisah yang tergantung . takdir tidak mengizinkan mereka bersama Semuanya hanya sementara . Sega...
11K 2K 23
Aku berharap esok kau boleh menyayangi aku, jika bukan esok maka aku akan setia menunggu selamanya. ©neoculturetechnology | 2021 project