My Princess

By Nuru1_1man

522K 14.2K 345

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai 👋
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 27

5.8K 181 9
By Nuru1_1man

Luth Zafran mengeluh seketika sebelum membuka pintu rumahnya. Baru saja pintu di buka dia sudah dapat melihat isterinya yang duduk di ruang tamu. Mungkin menanti kepulangannya.

Aisyah terus berdiri dan mendekati Luth Zafran. Di kucup lembut tangan kasar itu sebelum mendonggak memandang wajah keletihan suaminya.

"abang okey ke?" tanya Aisyah lembut. Berlagak seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Luth Zafran tersenyum kecil. Entahlah kenapa dia terasa terharu dengan layanan Aisyah. Biar pun Aisyah tidak menunjukkan dia marah tapi dia tahu isterinya ini kecewa. Siapa je tak kecewa bila tahu suaminya keluar dengan perempuan lain. Lagi-lagi dengan bekas kekasih. Fuhh kejam betul.

"okey!" jawabnya sepatah. Aisyah mengangguk kecil.

"abang mandi lah dulu. Lepas tu kita makan. Ke abang dah makan dengan kak su?" soalnya. Ada nada cemburu jika di amati suara Aisyah.

Luth Zafran tersentak dengan soal itu. Lama dia memandang wajah isterinya. Semakin menebal rasa bersalahnya.

"taklah. Mana ada. Nanti aku turun." katanya. Walaupun pernyataan Aisyah itu tepat tapi dia tidak sanggup menghampakan Aisyah.

"tak payah paksa diri tu. Kalau abang dah makan, Aisyah okey je" ujarnya dengan senyuman kelat. Tidak mahu memaksa suaminya.

"tak.. Aku belum makan lagi" pujuk Luth Zafran. Aisyah mengangguk seraya berlalu ke dapur menyediakan makan malam Untuk Luth Zafran.

Hilang saja bayang Aisyah, Luth Zafran melepaskan keluhan. Fikirannya butuh saat ini.

Selepas saja dia mandi dia terus turun ke bawah. Dia kelibatan isterinya masih meyediakan makanan. Sebenarnya perut dia dah kenyang gila tapi kesian pula tengo Aisyag sudah hidangkan makanan.

"makanlah abang.. " pelawa Aisyah. Luth Zafran tersenyum sambil mengangguk kepala. Aisyah menyedok nasi ke pinggan Luth Zafran. Lauk kegemaraan suaminya juga di hidang.

"kau tak nak makan ke?" tanya Luth Zafran.  Hairan melihat Aisyah hanya  memandangnya makan.

"suapkan boleh?" katanya manja. Sengaja matanya di kedip-kedip kan.  Lama dia tak manja-manja dengan suaminya.

Tanpa berkata apa-apa Luth Zafran terus menyuap nasi ke dalam mulut Aisyah. Layankan saja lah perangai isterinya. Bila dia bersama Aisyah hatinya terasa tenang saja.

"comot.. " ujarnya sambil mengelap butir nasi di hujung bibir Aisyah.

"hihihihi.." Aisyah tergelak kecil. Lupa terus tentangan nama suraya yang sejak tadi menjadi fikirannya.

Kalau di lihat perangai Luth Zafran sekarang dah serupa macam hiprokit. Sekajap dengan Suraya. Sekejap dengan Aisyah. Mana satu sebenarnya yang dia sayang ni?

"minggu depan ni aku nak pergi bercuti dengan staf aku" beritahu Luth Zafran. Terus Aisyah memandang wajah suaminya.

"nak ikut?" katanya teruja.

"kami bukannya tidur kat hotel. Kami berkelah. Tidur kat khemah"

"tak apalah. Aisyah okey je" pujuknya dengan nada yang mendayu-dayu.

"tak payalah.. " bantah Luth Zafran. Ada sebab kenapa dia tak nak Aisyah ikut.

"ehmm.. Berapa hari?" tanya Aisyah. Suaranya semakin perlahan. Kecil hati dengan penolakan Luth Zafran. Mesti nak jumpa kekasihlah tu sebab tu tak nak bawa.

"seminggu je kut.. Tapi bukan semualah. Separuh je." ujarnya. Aisyah mengangguk sebelum berdiri.

"nak pergi mana tu?" Soal Luth Zafran. Pelik melihat Aisyah yang meninggalkan seorang diri.

"nak naik tidur. Nanti lepas abang makan letak je kat singki. Nanti esok Aisyah basuh" ujarnya separuh menjerit sebelum menghilang.

Luth Zafran mengeluh lagi. Dia bukannya tak nak bawa tapi suraya juga turut ikut. Memang masalah besar betullah kalau dua-dua kena jaga hati dorang. Nanti layan suraya je Aisyah cemburu. Layan Aisyah je pula takut Suraya pula yang cemburu.












🌹🌹🌹🌹🌹













Aisyah merengus kasar. Dengan gaya malas dia merebahkan dirinya di kantil king itu. Selimut di tarik hingga atas kepala. Perlahan air matanya yang sejak tadi di tahan nengalir perlahan.

Bibir di ketap cuba mengawal esakan yang kian kuat. Hatinya berasa sakit sangat dengan sikap Luth Zafran. Kali ini di tidak boleh menutup rasa kecewanya.

Pintu terbuka yang kedengaraan membuatkan Aisyah memejam matanya. Tubuh di pusingkan membelakangi Luth Zafran. Mata di pejam erat. Di biarkan saja air matanya yang turun.

"Aisyah.. " panggil Luth Zafran lembut. Keluhan di lepaskan tatkala langsung tiada sahutan daripada Aisyah.

"Aisyah.. " sekali lagi dia memanggil. Dia menyentuh lembut bahu Aisyah.

"ehmm.. " gumam Aisyah kasar.

"okeylah.. Kau boleh ikut" pujuknya. Mengalah dengan rajuk Aisyah. Tak pernah lagi dia melihat Aisyah merajuk dengannya.

"tak apalah. Aisyah nak duduk rumah je" serak suara Aisyah berkata.

Luth Zafran merengus kasar. Dengan kasar dia menarik selimut daripada Aisyah. Hanya sekali tarikan saja sudah membuatkan wajah Aisyah kelihatan. Rasa bersalah semakin menghimpit melihat wajah yang kemerahan itu. Tahulah dia bahawa Aisyah baru saja lepas menangis.

"orang dah bawa tak nak. Nanti tak bawa menangis beria.. " sindirnya. Aisyah pula menjeling tajam dengan muncung sedepa.

"haahh.. Baguslah muncung je. Biar serupa itik" usik Luth Zafran. Geram dengan bibir Aisyah yang memuncung itu. Serupa nak minta kaki betul.

" betul ni boleh ikut?" tanya Aisyah. Dia bangun daripada pembaringan. Tegak dia duduk menghadap Luth Zafran. Pipi yang terasa basah akibat air matanya di lap lembut.

" tadi kata tak nak ikut!" perli Luth Zafran dengan senyuman sinis.

"nak lah.. " rungut Aisyah.

"okeylah.. Tapi jangan degil-degil pula nanti. Hanya kau je orang luar yang lain semua staf hospital. Pandai-pandai kaulah nak suai kan diri dengan dorang" pesan Luth Zafran. Aisyah mengangguk sambil tersenyum gembira. Tak sia-sia merajuk.

"tak apa. Kak su kan ada.. " jawabnya. Luth Zafran sedikit tersentak mendengar nama Suraya. Tapi saja buat-buat cool walhal hati dah dup dap dup dap dah..

"abang dengan kak su okey je ke?" dengan berani Aisyah bertanya. Luth Zafran mengerling seketika sebelum menyandarkan tubuhnya di kepala kantil. Buku di sebelahnya di ambil. Buat-buat tengah baca buku. Soalan Aisyah di biarkan sepi berlalu.

"abang suka lagi ke kat kak su?" tanya Aisyah lagi.

"apa kau merepek ni?" Luth Zafran tertawa kecil. Tapi lebih kepada ketawa buatan. Nak tutup rasa gugupnya.

"jawablah.. " bentak Aisyah tidak berpuas hati.

"dah tutup lampu tu. Aku nak tidur" ujarnya. Kepalanya di rebahkan di bantal sebelum mengiring membelakang Aisyah. Mata di tutup memaksa untuk tidur.

Aisyah merengus tidak berpuas hati. Tahu sangat yang Luth Zafran cuba mengelak dari nya. Namun di turuti juga arahan suaminya sebelum kembali merebahkan tubuhnya.

Dengan selamba dia melingkarkan tangannya di pinggan Luth Zafran. Belakang tubuh suaminya di kucup lembut.

"good night abang.. " bisiknya perlahan.















Sorry tau update tengah malam macam ni 😂..

Btw.. Selamat membaca. Harap korang suka 😘

Bye guys.. 🤗
Good night ❤











Continue Reading

You'll Also Like

155K 11.8K 7
Tiba-tiba keduanya dipertemukan. Tiba-tiba juga keduanya saling jatuh cinta tanpa sadar. --- Tentang Zale si gadis SMA yang selalu membuat Leander n...
53.1K 1.7K 17
Vannesa Priscilla Alexandrie --- Perempuan yang terkenal cantik, dingin, irit bicara, malas bergaul, bodoamat dengan orang lain, galak, moodyan pasti...
49.4K 2.9K 33
Qays Nufail. Nama diberi oleh ibu ayahnya yang tercinta. Walaupun hidup sebagai anak yatim, Qays tetap tabah hidup bersama ibunya, Puan Mariam. Anak...