My Princess

By Nuru1_1man

522K 14.2K 345

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai πŸ‘‹
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 5

5.8K 223 5
By Nuru1_1man

Pejam celik, pejam celik. Kini sudah tiba masanya Aisyah dan Luth Zafran menamatkan statua bujang mereka. Hari yang di tunggu semua telah pun tiba. Begitu cepat masa berlalu.

Aisyah berdebar tangannya di ramas sesama sendiri. Dirinya sudah siap bersolek. Tinggal di panggil je lagi oleh mamanya. Wajahnya di pandang di pantulan cermin. Terserlah kecantikannya. Walaupun hanya di kenakan dengan make up yang simple beauty.

"kau tak payah gelabah sangatlah" tegur irish yang berada di sebelahnya. Aisyah menjeling tajam.

"kat tak faham macam mana aku rasa. Debar doh" katanya sambil menarik tangan Irish ke dada kanannya. Cuba memberitahu degupan jantungnya yang berdegup laju.

"kau dengar tak?" tanyanya polos. Irish mengangguk.

"semuanya okeylah. Mana satu buat kau gelabah. Jadi kawin dengan along ke tak?" tanya Irish dengan sengihan.

"uisshh.. Mestilah aku lagi gelabah kalau tak kawin dengan along kau" jawabnya. Kepala di geleng-geleng kan. Irish tertawa.

Pintu yang terbuka itu menyentakkan mereka berdua. Serentak mereka berpaling memandang gerangan yang masuk.

"dah siap dah. Jom tok kadi dah sampai tu" ajak kadijah. Aisyah mengangguk yakin sebelum mengikut jejak mamanya ke bawah.

Jantungnya yang berdegup sejak tadi cuba di tenangkan. Berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku. Irish pula memegang tangan kanannya.

Aisyah mengikut langkah mamanya menuju ke pintu hotel. Irish pula di sebelahnya sambil menggengam erat tangan kanan Aisyah

Semua mata memadangnya saat pintu hotel itu terbuka. Dia menunduk ke lantai. Segan dengan pandangan mereka.

Perlahan-lahan Aisyah melabuhkan punggung di kerusi pelamin itu. Luth Zafran yang membelakanginya sempat di kerling. Terlihat sangat segak walaupun hanya belakang tubuh saja menjadi tatapan mata.

"boleh kita mulakan?" tanya tok kadi. Luth Zafran menghela nafasnya sebelum mengangguk. Tangan tok kadi di pegang.

"Luth Zafran bin Luth Zarudin.. "

"ya saya!"

"aku nikahkan dikau dengan Putri Aisyah binti Mohd Daut dengan mas kawin 100 ringgit tunai.. "

"aku terima nikahnya Putri Aisyah binti Mohd Daut dengan mas kawin 100 ringgit tunai.. "

"sah.. "

"sah!"

Dengan sekali lafaz saja Aisyah kini milik mutlak Luth Zafran. Tangan di angkat membaca doa.

Jatuh air mata Aisyah saat mendengar kata lafaz dari bibir Luth Zafran. Kini dia sepenuhnya milik lelaki itu.

Air matanya di lap lembut saat Luth Zafran datang mendekatinya. Tangan yang di hulur itu di sambut tanpa memandang wajah Luth Zafran. Buat pertama kalinya dia mengucup tangan kasar itu.

Kepalanya di angkat. Dan saat itu juga degupan jantungnya berhenti berdetak. Bibir Luth Zafran melabuh di dahinya. Sesak nafasnya hanya tuhan yang tahu. Dengan pancaran kilau dari kamera lagi.

Luth Zafran melarikan bibirnya dari terus mengucup dahi itu. Jantungnya juga bukan main lagi berdegup laju.

Aisyah memandang cincin yang sudah tersarung cantik di jari manisnya. Terasa lapang dadanya. Gembira sangat.

"boleh kita ambil gambar?" tanya juru camera. Aisyah dan Luth Zafran mengangguk serentak.

Dan sesi bergambar bermula. Dari sahabat ke keluarga mereka. Walaupun penat senyum tapi bahagia. Kini mereka bersiap pula untuk sisi bersanding. Mereka sekeluarga akan mengadakan majlis sehari saja.






🌹🌹🌹🌹🌹



"jom!" ajak Luth Zafran. Aisyah mendonggak sebelum menyambut huluran suaminya. Pintu hotel itu terbuka. Kedua-duanya masuk dengan penuh bergaya. Tepukan daripada semua orang membuatkan Aisyah tersipu malu.

Sudahlah nak ke pelamin jauh sangat. Baju pengantinnya pula bukan main lagi kembang semangkuk. Ramai yang memuji mereka berdua. Jujur Aisyah dan Luth Zafran bagaikan pinang di belah dua. Kedua-duanya cantik dan segak. Tiada cacat celanya.

Luth Zafran memegang erat tangan sejuk Aisyah. Dia tahu isteri itu berdebar. Dia menoleh sekilas memandang Isterniya. Dia akui memang Aisyah kelihatan sangan cantik.

Kedua mereka duduk di pelamin itu dengan senyuman manis di bibir. Tangan Aisyah masih lagi di genggam oleh Luth Zafran.

"okey tak?" tanya Luth Zafran. Aisyah tersenyum kelat.

"okey" jawabnya sepatah. Aisyah membalas senyuman dengan tetamu di hadapan. Ramai nak mampus doh. Satu-satu datang dan mengucap tahniah. Dah kejang dah bibir Aisyah rasanya.

Keluhan di lepaskan. Luth Zafran memandang sekilas.

"di minta keluarga kedua pengantin untuk naik ke atas. Acara bergambar akan di mulakan" tiba-tiba ada suara mengumumkan.

Keluarga Aisyah dan Luth Zafran semua naik ke atas. Bermacam-macam gaya yang mereka lakukan.

"baiklah sekarang pengantin pula" ujar juru kamera itu. Aisyah dan Luth Zafran senyum sambil memandang ke arah kamera.

"encik suami boleh peluk pinggang isteri. Isteri pula sila letak tangan kat bahu suami ye" tersentak mereka berdua dengan arahan juru kamera itu.

Perlahan-lahan Aisyah menghadap ke arah Luth Zafran. Terasa pinggannya di peluk erat. Bersatu tubuh mereka. Tangan Aisyah di letak di bahu Luth Zafran.

Mata mereka saling berpandangan. Bagaikan ada sesuatu yang menarik mereka untuk terus kekal begitu.

Aisyah terpaku seketika saat Luth Zafran tidak lepas dari memandangnya. Hatinya terbuai indah. Jiwa lapang dengan pandang itu. Jantung sudah berirama rancak namun dia bahagia.

Luth Zafran bagaikan tidak boleh mengalihkan anak matanya. Dia terpukau dek panahan mata hazel itu. Dia mula menelik wajah Aisyah yang dekat dengan nya. Dari mata turun ke hidung macung itu. Liur di telan saat mata memadang bibir merah basah itu.

"okeyy dah siap" pantas Luth Zafran meleraikan pelukan tatkala mendengar suara juru kamera itu. Wajahnya mula berbahang.

"jom makan. Aisyah lapar lah" rengek Aisyah. Tanga Luth Zafran di tarik turun dari pelamin menuju ke meja khas buat pengantin menjamu selera.

"kenapa tak makan? Tadi kata lapar" tanya Luth Zafran. Hairan melihat Aisyah hanya memandangnya.

"aisyah nak abang suap boleh" pintanya manja. Luth Zafran menjeling.

"ada tangan tukan tak payah nak gedik sangat. Makan sendiri" arahnya. Asiyah mencebik.

"Aisyah tak nak makan" rajuknya dengan bibir yang sudah muncung ke depan.

"mengadakan. Nah cepat. Nanti sakit perut aku juga susah" marahnya sambil menyuakan sudu yang berisi nasi ke mulut Aisyah. Laju saja Aisyah membuka mulutnya.

Ramai yang tersenyum-senyum melihat pasangan pengantin itu. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang mengambil gambar. Dah macam artis.

"nak lagi?" tanya Luth Zafran setelah berapa kali dia menyuap Aisyah.

"nak!" jawab Aisyah senang hati. Dan mereka menyamu selera dengan keadaan suap-menyuap sehinggalah habis makan. Baru kawin dah romantik.

Continue Reading

You'll Also Like

788K 25.9K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
1.4M 79.2K 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-b...
815K 46.9K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...