"Tengku Adrien Fasel" Abang Riz terus duduk tegak dan pandang aku.

"Tengku Fasel Adrien" Hanrel pulak bangun dan pandang kami berdua.

"HOOOHHH DAP UHH NAMA DIA!"

🐁🐀🐁🐀🐁

Wiihhh!!

Kebuntutan apakah ini?!

Kalau aku tau, aku tak ikut datang hospital tadi. Harnut punya nurse yang tak kasi aku masuk bilik baby sebab aku bukan parent!

Tunggu la aku beranak sendiri nanti. Aku tak kasi ko tengok anak aku.

Dan alhamdulillah sekarang dah masuk minit ke- 48 aku tunggu kat luar ni sambil mengabaikan pandangan mat-mat dan minah-minah saleh yang lalu lalang.

Apa tak pernah tengok orang guna kerusi menunggu ke?

Bebelan aku tak lama bila ringtone phone aku yang enaqqq didengar berbunyi.

Bini abang Riz hasut aku minat Why Dont We ashiottt!

"Salam sejahtera kepada tuan yang berada di sana, ada apa mahu berbicara sama orang di sini?"

"Aku taknak engko. Anak sedara aku mana?"

"Sungguh kurang ajar tuan disana ya? Semoga single hingga berkedut. Cau" Panggilan dari Baharuddin Karpet Bulu aku tamatkan. Baik aku main ML lah dari layan dia. Dah la tak pernah pulangkan baki.

Sekali lagi ringtone phone aku berbunyi sebelum sempat aku bukak ML.

Aishh mamat nih..

"Wuih Farah. Gentel laa.. Mana anak abang Riz? Nak tengok" Suara Baharuddin Karpet Bulu a.k.a abang Fir yang nyaring buatkan aku jauhkan phone untuk tiga saat.

"Gentel apa gentel? Gentle la pandai" Suara Abang Firhad turut kedengaran dari corong telefon. Entah-entah kat Malaysia sana, semua orang tengah berkumpul dan tunggu untuk aku buat video call tuniuk muka baby tu.

Heh heh.. Function jugak aku eh.

Masalahnya aku sendiri pun tak boleh tengok baby lagi dholl!!

"Hah Farah, baby mana?"

"Dalam perut"

"Hahh??"

"Perut hospital. Lol. Dont kecam"

"...."

"Gurau brother. Abang Riz tak keluar lagi lah. Tadi dia suruh Farah tunggu kat depan wad ni cause nurse kepoci sorang tu tak bagi masuk so sekarang Farah dah tunggu kat sini almost sejam. Sumpah nak singgah Starbucks balik nanti"

"Ohh gittew.."

Sementara menunggu abang Fir teruskan percakapan dia, aku pandang kiri kanan depan belakang a.k.a sekeliling. Mana tau karang abang Riz tiba-tiba datang 'BAHHH!!' dari belakang ke, tak pasal-pasal aku yang masuk hospital.

Tapi takkan lah dia nak buat macam tu pulak kan? Tak logik la pulak.

"Emm.. Farah.."

"Haa yo yo"

"You know what.. There's someone asked for your hand"

"Hah?? Dia nak buat apa dengan Tangan Farah?? Apa dia tak ada tangan??"

"What the f- haihh.. Its masuk meminang, Farah.. Somenone masuk meminang you.."

"Ohhh.. Ingatkan apa lah tadi"

"Taknak gelabah ke?"

"Abang Fir rasa?" Aku senyum hambar sambil pandang tangan aku yang dah menggeletar macam orang Parkinson.

BUDUH MANA YANG DATANG MASUK MEMINANG AKU NIH?! TAU LA AKU DAH TUA TAPI AGAK-AGAK LAA.. AKU TAK ADA PENGALAMAN KERJA LAGI NIH. KURANG-KURANG BAGI LA AKU SEMPAT KERJA DULU. CASHIER 7E PUN TAK APA LA.

Haihh..

Author ni memang tak reti susun jalan hidup aku elok-elok lah. Penat aku dengan semua kejutan ni. Penat.

Patut ke aku lari buku?

13 Januari 2020  [ 10.48 P.M. ]

Fish no, Farah.

Home | HeavenWhere stories live. Discover now