BAB 3

31.3K 1.2K 211
                                    

~not-edited~

BAB 3

A sunflower in the needing of its source of life will always turn and search for the sun. Just like me to my little sun – Raja Haidar

Aku hanya berdiri di belakang krew penggambaran itu. Memerhatikan semua yang ada di situ membuat kerja masing-masing. Sesekali aku mendengar arahan yang dikeluarkan oleh jurugambar, lalu si model pula mengikutnya tanpa gagal. Air muka sangat memainkan peranan. Sungguh profesional.

"You Suria Andreana, kan?" Hampir saja aku melompat sebaik sahaja mendengar teguran itu. Laju kepala menoleh ke sebelah.

Ada seorang wanita cantik dalam bath robe putih berdiri di sebelahku. Wajahnya pan-asian. Rambut panjang distail agar nampak sedikit drizzly, kena dengan konsep penggambaran kali ini. Dia adalah model lain yang bekerjasama dengan Lufya untuk penggambaran kali ini. Sekarang ini giliran Lufya untuk penggambaran solonya.

Bila perasan akan pandanganku, dia hanya senyum. Senyum lawa dan mesra. Berbeza dengan Lufya, dia langsung tak nampak sombong. Kemudian aku teringatkan soalannya tadi. Masih tergantung dan belum terjawab. Dia sebut namaku. Terus aku mengeyakannya. Walaupun tertanya-tanya, macam mana dia dapat tahu?

"Oh, I, Atisha !" Dia memperkenalkan diri. Hulurkan tangan untuk berjabat salam denganku. Tanpa ragu, terus aku menyambut tangan lembutnya itu.

"You kenal I?" Aku bertanyanya. Sekadar diplomasi.

"Haah. You're quite famous. I selalu juga tengok gambar dan video mekap you. I suka. Teringin nak you mekap muka I. Tapi, I tak duduk Malaysia."

"Oh, ya? You duduk mana?" soalku. Adakah seperti Lufya, baru pulang dari Los Angeles? Tapi mengikut cerita Azira, si model kerek itu memang tinggal di Malaysia. Cuma hari itu ada projek di LA.

"Manhattan. I'm American. Half-Malaysian. Arwah daddy I orang sana. Mommy I orang Malaysia," ceritanya.

"Oh, ya? Tapi Bahasa Melayu you lancar!" Aku agak kagum. Tiada langsung slang bahasa Inggerisnya.

Atisha senyum dulu.

"I ada ramai kawan dari Malaysia kat sana. Maid I pun malay. Dan bila ada cuti, memang famili I akan selalu balik melawat datuk dan nenek di Malaysia." Atisha ramah bercerita kepadaku. Aku dapat rasakan dia datang dari keluarga yang bukan sembarangan.

"Mommy I kenal you," tambahnya tiba-tiba.

"Mommy you?"

"Nama mommy I, Muna. Dia jumpa you masa cruise ke Phuket, kalau you masih ingat dia."

Sehabis saja dia berkata, terus suis memoriku kembali terbuka. Lantas membawa kepada pelayaran kapal persiaran yang aku naiki dulu.

"Aunty Muna is your mom? How's she?" Aku teruja.

Sudah tentu aku mengingati Aunty Muna. Kami berkenalan ketika aku sedang merayau-rayau sambil meneroka kapal. Dia merupakan klien aku. Sekarang aku tahu dari mana kecantikan Atisha datang. Malah, sikap peramah juga diwarisi dari ibunya itu.

"She's fine. Healthy and still beautiful," balasnya berbaur gurauan.

Aku cuma senyum. Walaupun aku tahu memang itu hakikatnya. Bertubuh seperti anak dara di usia senjanya. Aku masih ingat lagi cerita Aunty Muna. Dia pernah menjadi model. Selepas bersara, Aunty Muna membuka syarikat berasaskan fesyen dan kecantikan di luar negara. Ketika di atas kapal dulu, aku diupah untuk memekap wajah dua orang modelnya untuk satu pertunjukan fesyen.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now