🔮 Bab 52

7.9K 799 181
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

"Bagaimana kau bisa menggunakan kuasa saktimu ke atas gerangannya?"
satu suara mula menyapa gegendang telinga yang mula menghantar getaran gelombangnya ke koklea."

"Aku juga tidak tahu. Apa selama ini sememangnya kuasa sakti kita tidak pernah terkesan ke atas dia?" satu suara lagi membalas. Suara yang aku mula sedar seakan-akan sama dengan suara baginda tatkala dia melaung namaku. Giandra.

Sepertinya suara yang bertanya itu adalah Fateh. Aku tetap memejamkan mata, tidak ingin membukanya. Aku ingin memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.

"Iya. Kuasa sakti mendiang Andhika juga tidak pernah terkesan ke atasnya." Fateh bersuara.

"Aneh sekali. Jika kuasa sakti Andhika juga tidak pernah terkesan ke atasnya, pastinya juga kuasaku tidak akan bisa menembusi tubuhnya Bella." Giandra bersuara begitu serius.

"Atau sesuatu sudah terjadi? Apa mungkin tubuhnya Bella sudah sebati di sini? Atau darah yang mengalir di dalam tubuh Arjuna sudah bersatu dengan tubuhnya Bella sehingga aura kuasa sakti di alam ini sudah bisa mengenali tubuhnya?" Fateh memulakan teori dan hipotesis.

"Apa yang kau katakan itu juga barangkali ada benarnya. Bella mungkin telah menjadi sebahagian daripada kita." setujui Giandra.

"Maksudnya kau, Bella juga sudah bisa mempunyai kuasa saktinya sendiri?" Fateh bertanya menginginkan kepastian.

"Iya. Cumanya mungkin dia perlu dibawa berlatih di Gunung Petualang. " ujar Giandra perlahan namun gelombang suaranya masih dapat ditangkap oleh cuping telingaku.

"Sudahlah. Mungkin perkara itu tidak begitu penting untuk kita bahaskan pada saat ini. Tidak pada saat ini. Kita perlu memikirkan cara agar Bella tidak mengamuk lagi. Ibu Tani bilang, Bella sudah terkena penyakit sampukan ibu bersalin. Pasti kerana dia terlalu memikirkan tentang anakandanya Arjuna." sambung Giandra.

"Apa kau punya cara untuk mengubatinya?" Fateh bertanya.

"Aku semestinya tidak tapi ibu Tani pasti punya." Giandra menjawab.

"Maksudku, cara untuk menculik Arjuna di Istana."

Jantungku mula berdegup kencang. Aku begitu tidak sabar-sabar untuk mendengar jawapan daripada Giandra.

"Apa yang kau tenungkan di wajahnya dia?" Fateh seperti mengusik. Tidak semena-mena jantung aku bermain rentak berbeza pulak. Berdebar. Siapa yang sedang merenung? Giandra? Dia merenung siapa? Aku la kan? Sepertinya hanya ada kami bertiga di dalam kamar ini. Ah! Aku pun tidak pasti aku sedang berada di mana ini, belum celik mata lagi.

"Marilah kita berbicara tentang soal ini di luar, sepertinya ada yang sedang mendengarkan perbualan kita." Akhirnya Giandra membalas.

Ha? Dia tahu ke aku sudah sedar?

"Siapa? Hanya kita bertiga sahaja di dalam kamar ini? Bella masih tertidur bukan?"

"Mata yang tertutup tidak bermakna fikiran dan pendengarannya juga sedang ikut serta tertutup." ujar Giandra lalu aku mula mendengar derap langkah mereka mulai beredar dari kamar ini. Aku hanya terdiam sehingga kedengaran pintu gelongsor kamar ditutup rapat.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now