✨ENDING✨

Beginne am Anfang
                                        

Tedapat gambar2 group idol yang popular digantung di ruangan lobi seperti exo,red velvet dan banyak lagi.

"Wah macam familiar tempat ni" aku memandang sekeliling. Kejap,adakah ini tempat yang aku pernah lihat dalam mimpi?

"Cik hyemin?"
Aku memandang empunya suara yang memanggilku.

"Tahniah dapat bekerja sebagai manager di sini. Saya Mr Oh Donggo,assistant director untuk company ni.Saya akan guide awak cara untuk jadi manager disebabkan awak baru lagi.Kalau ada apa2 masalah boleh tanya saya"dia tersenyum memandangku. Aku hanya mengangguk.

"Boleh saya dapatkan resume awak?" Mr Oh Donggo bertanya. Aku hanya mengangguk dan menyerahkan fail nipis berisi resume dan segala sijil yang ada.

"Mr Oh.Boleh saya tanya group idol mana yang akan saya jaga?Sebab dalam email tu tak diberitahu" aku memandangnya dengan penuh tertanya-tanya.

"Oh bagus soalan awak,saya baru nak bagitau. So awak akan jadi manager untuk nct dream disebabkan manager mereka kemalangan teruk,dia kena berehat dalam 2-3 bulan,jadi awak akan gantikan tempat dia buat masa ni". Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

"Nct dream? Ohh" aku mengangguk faham.

Wait,What? Nct Dream?! Aku menutup mulut,menyorokkan perasaan terkejutku.Dadaku mula berdebar.

"Omg..group yang aku pernah stan finally dapat jumpa depan2" aku berbisik sendiri. Aku sedaya upaya cuba untuk menyorokkan perasaan teruja.

"Jom saya perkenalkan awak dekat mereka" aku hanya mengangguk sambil mengikuti langkahnya.

Langkah demi langkah membuatkan aku semakin gugup.
Hyemin,bertenang hyemin.Yang kau bayangkan tu hanya mimpi,dah setahun berlalu. Aku mengusap perlahan dadaku.

Adakah mimpi jadi kenyataan? Aku pernah mimpi jadi manager diorang,tapi kalini memang betul2 jadi.

"Ok dah sampai.Ni adalah tempat idol kat sini practise,tempat ni khas untuk ahli nct guna untuk semua unit.Nct ni ada 3 unit iaitu nct 127,nct U dan nct dream.Disebabkan awak hanya jaga ahli nct dream, jadi awak kena alert masa bila diorang akan guna bilik ni"Mr Oh menerangkan panjang lebar.Aku hanya mengangguk.

Kami berdiri di hadapan pintu kaca yang dapat dilihat dari luar. Kelihatan ahli nct dream sedang berlatih tarian mereka.

Dia melihat jam di tangannya. "Alamak saya lupa ada meeting sekarang,awak pergi masuk sendiri boleh?Semalam saya dah cakap dengan diorang pasal awak,jangan risau.Pergila kenal2 dulu. Lepasni saya akan sambung terangkan semua" Mr Oh menepuk perlahan bahuku dan berlalu pergi.

Aku hanya terkebil-kebil berdiri di situ seorang diri.
Dia suruh aku masuk sorang2? Dadaku kembali berdebar. Aku menarik nafas beberapa kali,menenangkan diriku.

Tanganku perlahan-lahan memegang tombol pintu.Aku cuba menenagkan diri. Sabar hyemin,kau jugak yang nak kerja ni kan,aku berbisik sendirian.

Aku tak pasti rasa nervous ni sebab pernah mimpi pasal diorang atau sebab aku pernah minat diorang atau aku memang cepat gelabah.

Tiba2 tombol pintu terpulas sendiri dari dalam.Pintu dibuka dan seseorang berdiri dihadapanku. Mukanya kelihatan terkejut melihat aku berdiri dihadapannya.

"Oh mak" aku melatah akibat terkejut.
Apa yang mengejutkan aku lagi adalah lelaki dihadapanku sekarang,Na Jaemin?!

"Annyeonghaseyo, Park Hyemin imnida" aku segera memperkenalkan diri sambil membongkok badan sedikit. Aku menahan diriku dari menjadi gelabah.

"Oh annyeonghaseyo. Kau ni ke manager baru kitorang?" Jaemin memandangku atas bawah sambil tersenyum.Tanganku segera ditarik untuk masuk ke dalam practise room.

Dia guna bahasa informal dengan aku? Tsk,pelik.

"Guys,attention please.So ini manager baru kita yang akan gantikan Minjae hyung" semua ahli nct dream memandangku.

Jisung,Chenle,Haechan,Renjun,Jeno,semua muka yang aku kenal.Aku memperkenalkan diri kepada mereka. Eh jap,mana mark?

Aku berjeda seketika.
Semua ahli dream tersenyum memandangku dengan muka teruja. Mereka memperkenalkan diri masing2.

"Annyeonghaseyo,saya Huang renjun,boleh panggil renjun je"
"Zhong chenle,panggil chenle"
"Lee Donghyuck,can call me haechan,or you can call me yours" ok yang ni aku tergelak sikit.

"Lee jeno,boleh dikatakan leader nct dream"
"Park jisung,maknae group ni"
"Aku na jaemin,panggil jaemin"

Aku tersenyum sambil mengangguk melihat mereka memperkenalkan diri sendiri.

"Umur cik berapa?" Jisung bertanya dengan sopan. Gayanya seperti malu2.

"20" aku membalas.

Mukanya menunjukkan dia terkejut. Aku hanya tersenyum.

"Oh boleh panggil noona la ni" jisung dan chenle menepuk sesama mereka.Muka mereka kelihatan teruja.

"Wah kita sebaya la!Aku,jeno,haechan dengan jaemin,kitorang pun 20.Wau dah ada geng 00-liners yang baru" renjun mula bersuara. Aku hanya tersengih.

"Hai hyemin-sshi. Semoga kita dapat bekerjasama dengan baik"jeno tersenyum menampakkan eye smile dia.

"Oh ok kalau macamtu korang sambungla practise,kejap lagi saya kena turun balik, nak settlekan banyak benda" aku meminta izin mengundur diri. Mereka hanya mengangguk.

Tiba2 aku tak rasa kekok,macam dah ada pengalaman hehe. Inikah yang dinamakan deja vu? Heol, park hyemin!

Jisung dan chenle melambai kepadaku sambil tersenyum. "Jumpa nanti noona" Aku tersenyum kecil.Haih budak2 ni kiut betul.

Haechan juga melambai kearahku sambil tersengih.
"Dah2,dia tu manager kau,jangan nak gatal eh" renjun menarik haechan.Aku hanya tergelak kecil melihat telatah mereka.

Semua ahli dream mula berkumpul di hadapan untuk menyambung latihan mereka.

Jaemin yang berdiri di sebelahku dari tadi berdehem.Aku memandangnya.
Kenapa,aku berdebar bila dengan dia ni.

Aku menggosok perlahan leherku.
" Oh jaemin-sshi,saya pergi dulu eh. Nanti kalau ada apa2 boleh panggil kat bawah" aku mengelak mata memandangnya.

Kakiku melangkah ke luar pintu. Jaemin hanya mengikut aku dari belakang.

"Yah hyemin" dia memanggilku sambil memeluk tubuh.Aku memandangnya pelik,kenapa dia asik guna panggilan tak formal?

"Olaenmaniya,park hyemin" (sudah lama tak jumpa,park hyemin).

Jaemin tersenyum sambil melambai ke arahku.
Mataku bulat akibat terkejut.

"B..bwo?!" Aku terpaku. Apa maksud dia?

Mataku tertumpu pada tangannya.Gelang batu berwarna pink,sebijik dalam mimpiku. Gelang yang sama dengan aku punya.

Aku memandang Jaemin dengan penuh tertanya-tanya.

"Oh atau aku boleh panggil kau, peanut?" Jaemin tergelak kecil. Dia memandangku dengan senyumannya yang penuh makna.

Maksudnya adakah selama ni..
Aku tidak bermimpi?

THE END

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

FATE | Na JaeminWo Geschichten leben. Entdecke jetzt