Babak 2

78 0 0
                                    

Setelah beberapa puluh tahun berhimpit-himpit di padang mahsyar, tibalah masa untuk perbicaraan Sufian, seorang anak muda yang kacak – di bumi. Sudahlah kacak, beriman dan bertakwa pula. Seorang mutawif yang tiap-tiap tahun membawa manusia mengerjakan haji di Mekah. Seorang yang taat perintah ibu bapa, tidak melawan kata. Dengan sahabat-sahabatnya, sering ditolongnya jika mereka susah. Ringan mulut untuk berbual dengan orang tua-tua. Penceramah bebas yang tersohor di kampung Sebutir Permata.

"Sufian anak Siti Melur!" laung salah seorang malaikat yang bertugas pada hari tersebut.

Berasak-asak Sufian ingin ke hadapan. Setelah beberapa lama, Sufian akhirnya tiba di hadapan meja pengadilan.

"Nah buku amalan kamu," buku amalan yang tebal itu dihulur oleh malaikat yang bertugas.

Sufian menyambut buku tersebut – tangan kiri.

'Kenapa aku ambil buku ini dengan tangan kiri? Hmm. Tersalah ambil rasanya,' Sufian menyedapkan hatinya.

Setelah membelek-belek buku amalannya, buku amalan tersebut ditimbang di atas sebuah neraca. Buku amalan baik Sufian lebih ringan berbanding amalan jahatnya. Hanya berbeza beberapa poin timbangan. Wajah Sufian berubah. Tetapi masih dikawal raut mukanya. Mungkin neraca itu rosak.

"Bateri penimbang ni ada lagi atau tidak?" soal Sufian dengan nada tidak bersalah.

Terdiam malaikat memandang Sufian. Malaikat lain di sebelah malaikat tersebut pun memandang Sufian apabila soalan cepu emas tersebut diutarakan.

Tiba-tiba tawa malaikat pecah. Tiga empat malaikat berhamburan ketawa. Sufian telah berjaya membuat jenaka di padang Mahsyar. Terhibur hati malaikat-malaikat yang sedang bertugas.

"Kau ingat ini di bumikah?" soalan Sufian kembali dijawab dengan soalan.

"Mana mungkin buku amalan baikku lebih ringan berbanding amalan berat. Aku adalah orang kehormat di dunia dulu. Mesti kalian telah salah timbang! Kalian nak prank akukah? Katakanlah, ia satu jenaka bukan?"

"Kami tiada masa untuk berjenaka. Lihat di belakangmu, berjuta-juta lagi manusia yang kami kena uruskan!" dengus salah satu malaikat.

"Aku mahu berjumpa dengan ketua kamu. Aku mahu kalian menyemak kembali buku amalanku."

"Baik. Sekejap lagi kau ada dilayan."

Buku amalan diambil kembali oleh malaikat. Cap di dalam laci diambil.

"تحت إشراف المشرف"

Bergaduh di Hadapan TuhanWhere stories live. Discover now