Part 35 - Culik

2.1K 303 8
                                                  

Randy Fernandez mencengkam rambut perangnya dengan kasar. Kusut. Serabut. Itulah keadaannya ketika ini. Perkara yang dia tak mahu berlaku akhirnya terjadi juga.


"Arghh !" Jerkah Randy kuat. Barang yang berada di atas meja ditolak hingga jatuh berselerakan di atas lantai. Meja pejabat dihentak kuat. Rasa sakit di tangan tidak dipedulikan. Bagaikan ada satu batu besar menghempap dirinya. Perasaannya bercampur baur. Antara marah, risau dan takut.

Panggilan dari ayah mertuanya tadi memberitahu Faiha telah hilang. Kuat hatinya mengatakan Faiha telah diculik. Dan manusia tersebut ialah orang yang pernah bekerja dengannya dulu. Dia tak perlu teka kerana dia sudah tahu siapa.

Randy mencerlung tajam memandang ke hadapan. Dia keseorangan di dalam bilik rahsia itu. Tiada siapa yang berani mendekati saat dia sedang mengamuk. Termasuk Zen. Semua bodyguardnya dikerah untuk mencari Faiha. Walau apapun cara dia mahu isterinya itu dijumpai dengan selamat.

Telefon berdering menandakan ada panggilan masuk. Skrin telefon dipandang tanpa perasaan. Tiada langsung riak pada wajahnya. Punat hijau ditekan.

"Mana isteri aku? Denial. " Kata Randy  senada. Suaranya kedengaran tenang tetapi dalam hati siapa yang tahu.

Kedengaran ketawa kuat di hujung talian. Entah apa yang mencuit hatinya. Mungkin kelakar apabila Randy sudah mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

"Jadi kau dah kenal siapa aku. Bagus ! Senang kerja aku lepas ni" kata Denial dengan sisa tawanya. Tak sangka secepat ini rahsianya terbongkar. Tapi, dia tak kisah. Lebih bagus kalau Randy tahu siapa dia. Mudah untuk dia memerangkap lelaki yang paling digeruni itu.

"Aku ulang lagi sekali. Mana isteri aku" suara keras Randy ditekan. Seakan akan memberi amaran kepada si pemanggil. Urat urat hijau mula timbul di dahi. Menahan rasa marah yang makin membuak buak dalam hati.

"Takut?" Soal Danial sinis. Dia suka dengan keadaan sekarang. Terasa dirinya yang paling hebat. Randy yang kononnya hebat, berkuasa. Akhirnya jatuh lemah hanya kerana seorang wanita.

Harimau yang gagah sudah kehilangan taring. Dan inilah masa yang sesuai untuk dia membalas semula cakaran dan gigitan yang pernah lelaki itu lakukan dulu.

"Jangan risau, Randy Fernandez. Dia masih selamat dengan aku. Belum ada kesan cedera atau lebam macam kau buat pada aku tempoh hari" sambung Denial lagi. Dia masih ligat bermain dengan api. Seronok melihat kemarahan dalam diri Randy.

"Kau sentuh dia, kau mati !" Ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Randy. Dia kembali semula menjadi manusia tanpa perasaan. Bibir diketap kuat. Jika Faiha disakiti walau sedikit, memang dia akan tamatkan riwayat lelaki itu dengan cara paling kejam sekali. Itu janjinya.

"Randy.. Randy.. kau masih dengan perangai lama kau rupanya. Kau bunuh orang tanpa belas kasihan. Tapi, aku tak macam kau Randy. Aku tak bunuh orang sesuka hati" Denial tertawa sinis. Pistol yang berada ditangan dipusing pusing beberapa kali. Pistol yang dicuri dari kediaman Randy sendiri. Akan digunakan untuk membalas dendam pada lelaki itu. Bagaikan anjing menggigit tuan, begitulah dia ketika ini.

Randy diam menggenggam penumbuk. Dia langsung tidak bersuara. Denial benar benar tahu tentang kisah silam hidupnya. Bagaikan ada kaitan dengan salah seorang gadis yang pernah menjadi mangsanya dulu.

"Aku akan kembalikan isteri kau semula. Tapi dengan satu syarat, kau kena datang sini ambil sendiri. Jangan bawa sesiapa. Even orang orang kau sekalipun. Kalau aku tahu kau ada bawa diorang, kepala isteri kau akan sampai depan pintu rumah" Kata Denial. Rancangan yang sudah dirangka itu akan berjalan dengan lancar sekali.

"Aku tunggu kedatangan kau, Randy Fernandez. See you there !"

Panggilan terus dimatikan. Randy menghentak kuat telefon bimbitnya atas meja. Walau apa pun yang terjadi, dia perlu bawa Faiha pulang dengan selamat. Meskipun nyawanya menjadi galang ganti.

•••••


Faiha Jannah memandang takut Denial yang memasuki ruangan kosong yang menempatkan dirinya. Dia berada di sudut bilik. Tangan dan kaki terasa sakit apabila diikat kuat oleh lelaki itu. Mulut ditutup dengan pita pelekat. Mungkin tidak mahu dia membuat bising.

Dia tak tahu di mana dia sekarang. Semuanya berlaku secara tiba tiba. Langsung tidak terlintas di fikiran dirinya diperlakukan seperti ini. Terasa nyawa berada di hujung tanduk. Hanya berserah pada Yang Esa sepenuhnya.

"Aku terpaksa gunakan kau untuk perangkap Randy datang ke sini" kata Denial tenang. Dia memandang Faiha atas bawah. Ikutkan hati memang dia 'ngap' perempuan ni. Macam mana Randy lakukan pada kekasihnya dulu. Tetapi, disabarkan saja hati. Kalau betul dia nak buat, dia akan buat depan mata Randy Fernandez. Barulah seronok !

"Kalau kau nak tahu, Randy Fernandez bukan manusia biasa. Dia tu vampire ! Darah vampire dalam diri dia tu buat dia bunuh sesiapa saja yang dia nak ! Termasuk lah kau" kata Denial. Membongkar rahsia Randy yang satu itu.

Faiha menggeleng laju. Tak ! Itu semua tipu. Randy tak pernah tunjukkan ciri ciri vampire dalam dirinya. Kalau betul, kenapa tak ada seorang pun yang beritahu tentang perkara ini? Even sahabat baiknya sendiri.

"Kau tak percaya? Heh ! Aku tak paksa kau untuk percaya. Cuma aku nak kau tahu, dia dah bunuh kekasih aku dengan darah vampire tu. Dia bunuh orang yang aku sayang. Sekarang ni, aku akan balas balik apa yang dia buat pada aku dulu. Aku nak dia bunuh kau dengan tangan dia sendiri. Biar dia jadi saksi betapa kejamnya dia dulu !"

Denial tersenyum jahat. Tak sabar rasanya mahu menunggu saat itu tiba. Saat yang ditunggu tunggu selama ini. Akhirnya akan menjadi kenyataan.

•••••

Randy FernandezWhere stories live. Discover now