Part 33 - Bunga

2.2K 342 84
                                                  

Faiha Jannah diam memeluk tubuh. Rasa panas hatinya masih belum hilang. Eii kecil besar kecil besar je tengok mak cik tadi. Bukan main eh mengata orang. Mulut tu memang minta kena cili betul.

Dalam Faiha sedang melayan rasa marah, tiba-tiba Randy memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Terus Faiha memandang Randy.

Aik.. kenapa berhenti tiba-tiba ni? Jauh lagi simpang nak masuk ke rumah. Buang tebiat apa berhenti tepi jalan. Ke... Kereta rosak? Fikir Faiha sendiri.

Tanpa kata, Randy menanggalkan tali pinggang keledar. Dia meregangkan tangan untuk mencapai sesuatu di seat belakang. Setelah berjaya, dia meletakkan benda tersebut di hadapan Faiha. Jelas riak wajah Faiha yang terkejut dengan kejutan yang diberikan.

"For you, my love.." Satu jambangan bunga mawar dihulurkan kepada Faiha.

"Cantiknya ! Bila masa awak beli bunga ni? Saya tak perasan pun" Faiha segera  menyambut huluran tersebut. Bauan bunga itu dihidu dalam dalam. Hilang terus rasa marah tadi. Bibirnya tersenyum manis.

"Mana you nak perasan. Asyik sembang je dengan mak cik tadi" kata Randy. Nasib baik Faiha tak nampak apa yang dia bawa tadi. Kalau tak, kantoi la.

Sengaja dia mahu memberi kejutan buat wanita kesayangannya itu. Senyuman yang terlakar pada bibir itu membuatkan dia gembira. Satu satunya senyuman yang boleh membuatkan dia bahagia.

Dia hanya mahu melihat senyuman itu. Dia mahu Faiha sentiasa ada dengannya. Hingga hujung hayatnya. Walau apa pun yang terjadi, dia akan sedaya upaya melindungi kekasih hatinya itu.

"Call me abang, please" pinta Randy lembut. Ya la, selama ni asyik dipanggil dengan nama je. Langsung tiada kemesraan dalam panggilan. Mahu juga dia rasa seperti pasangan lain. Dipanggil dengan manja oleh orang tersayang.

Air mata mula bergenang di tubir mata Faiha. Tersentuh dengan kejutan yang diberikan. Dan permintaan Randy tersebut.

"Abang.. kenapa awak buat macam ni? Awak buat saya menangis tahu tak" marah Faiha dalam tangisan. Cepat betul emosinya berubah. Dari marah kepada gembira. Dan kemudian menangis. Ini kalau Ain Amani dan Andrea tengok mesti kena bahan cukup cukup.

"Because I love you. I love you so much, darling" Randy menyeka air mata Faiha yang tumpah dengan ibu jari. Kemudian, dia mengucup lembut kelopak mata Faiha.

"Please take care of this flower. Jaga dia macam sayang jaga hati abang. Kalau sayang boleh tengok hati abang sekarang ni, ibarat bunga mawar yang mekar harum jika dibandingkan dengan yang dulu. Yang layu, yang hampir mati" ucap Randy dengan penuh romantik.

Faiha mengangguk laju. Akan dia jaga bunga ini sebaik mungkin.

"Thank you sebab hadir dalam hidup abang" sambung Randy lagi. Tubuh Faiha ditarik dalam pelukan. Erat. Bagaikan tidak mahu melepaskan. Tak dapat dia bayangkan jika gadis itu pergi dalam hidupnya.

Mungkin jiwanya akan kembali mati. Atau dia akan turut sama pergi bersama gadis itu.

•••••


"Ayah.. bila saya tak ada nanti, boleh ayah jaga Faiha untuk saya?" Soal Randy tiba-tiba. Hanya mereka berdua saja yang tinggal di rumah tamu itu. Manakala Faiha dan Faiz sudah tidur di bilik masing-masing.

"Randy nak ke mana? Ada urusan penting ke nanti?" Balas Imam Aazad tanpa mengesyaki apa apa. Dari tadi mereka duduk berbual tentang ilmu agama. Banyak benda yang disoal oleh Randy. Sampai ada soalan yang tak terjangkau dek akal fikiran. Nasib baik Imam Aazad bijak menjawab soalan-soalan tersebut.

"Lebih kurang macam tu la" Kata Randy ringkas.

"Kamu jangan risau pasal Faiha. Dia kan satu satunya anak perempuan ayah. Ayah akan sentiasa jaga dan lindungi dia"  Imam Aazad mengotakan janji. Tak kan la dia nak biar Faiha hidup sendiri di luar sana jika Randy pergi bekerja. Mesti lah dia akan mengambil alih tanggungjawab Randy untuk menjaga Faiha.

"Terima kasih ayah" ucap Randy ikhlas. Terasa tenang hatinya mendengar janji Imam Aazad. Tak adalah dia risau kalau dia pergi dalam masa terdekat ini. Sudah ada orang yang akan menjaga dan melindungi isterinya itu.

"Lama sangat ke nak pergi tu?" Soal Imam Aazad pula. Selalunya orang bisnes ni akan pergi lama. Tempat yang dipergi bukannya dekat. Mesti akan pergi jauh dari tempat ini.

Randy hanya diam. Tidak menjawab. Bibir mengukir senyuman. Dia tak ada jawapan. Cuma hatinya merasakan dia akan pergi buat selama lamanya.

•••••
















Hai awak awak semua. Cerita ni akan tamat tak lama lagi. Jadi, sis nak tanya. Ada tak yang nak sambungan story Zaura dengan Qalish? Tapi, bukan ditulis di wattpad. Sis nak jual dalam bentuk ebook. Story tak ada gantung² mcm wattpad. Full story tau. Iklan pun tak ada.  Korang boleh baca dengan tenang tanpa ada iklan atau kena tunggu sis update. Kalau ramai yang request, baru sis buat. Korang pun boleh kumpul duit sikit². Sis jual murah² je sesuai dengan tenaga dan idea yang digunakan 😂😂

Siapa yang nak, boleh komen kat bawah. Sis nak tengok ramai tak

Love - Author ❤️

Randy FernandezWhere stories live. Discover now