Part 34 - Pergi

2.2K 306 15
                                                  

Deringan telefon dalam poket membuatkan kerja yang dilakukan terhenti. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Nama Zen terpapar di skrin telefon dipandang. Randy bangun dari duduk. Bergerak jauh sikit dari Faiha yang mengerling ke arahnya.

"You need to come here. Ada sesuatu yang tak kena" kata Zen di hujung talian sebaik sahaja talian disambungnya. Suara garau itu masih tenang walaupun kedengaran agak cemas.

Randy menarik nafas. Sudah dia agak benda ini akan berlaku. Ada musuh yang berusaha menjatuhkannya. Dan sekarang ini mereka makin mengganas.

"I'll be right there" kata Randy ringkas. Dia perlu pulang ke bandar secepat mungkin. Ketiadaannya di sana membuatkan pihak musuh makin naik minyak.

"And one more thing, lelaki tu. Dia terlepas. What can I say is, don't bring your wife. Puan Faiha will be the target to attack you" kata Zen lagi. Kata kata Zen membuatkan nafas Randy tersekat. Tangan menggenggam penumbuk. Dia paling pantang jika ada yang menjadikan isterinya itu sebagai umpan. Faiha tak ada kena mengena dalam hal ini. Dia tak mahu gadis itu dilibatkan sekali dalam kegiatannya.

Kalau nak bunuh, bunuh dia sorang. Kalau nak serang, serang dia sorang. Tapi, jangan sesekali sentuh wanita yang dia sayang itu.

"Kenapa abang? Ada masalah ke?"

Soalan Faiha membuatkan Randy segera mematikan panggilan telefon. Dia tersenyum ke arah gadis itu. Dia tak mahu Faiha risau tentangnya.

"Tak lah. Zen telefon kata ada masalah kat sana. I need to go there to settle everything" balas Randy. Nampaknya dia perlu tinggalkan Faiha sebentar di kampung. Biar dia seorang saja pulang ke sana.

"Faiha ikut" kata Faiha risau. Entah mengapa, perasaannya seperti tidak membenarkan Randy pergi.

Randy menggeleng perlahan. Tangannya naik mengusap wajah Faiha. Mata helang itu merenung pandangan redup Faiha.

"Sayang stay here, okay" Randy seakan memujuk. Teringat pesan Zen tadi supaya tidak membawa Faiha ke sana. Kalau sesuatu terjadi, gadis itu akan tetap selamat di sini.

•••••

"Jaga diri, sayang" ucap Randy selepas Faiha tunduk mencium tangannya. Ubun ubun gadis itu diusap perlahan.

"Kenapa Faa tak boleh ikut?" Faiha masih lagi dengan soalannya. Dari tadi. Seperti tidak mahu berenggang dengan Randy. Sikap manjanya hari ini lain dari sebelumnya.

Tangan Randy masih belum dilepaskan. Bibir memuncung panjang. Nak merajuk pun nanti tak ada sesiapa nak pujuk. Randy dah nak balik uruskan kerja dia tu. Macam ni rasanya berenggang dengan suami. Sakit dia lain macam.

"Abang pergi kejap je. Sayang duduk rumah jaga ayah" kata Randy, masih bernada lagi memujuk. Mahu tak mahu, Faiha terpaksa mengangguk faham. Lagipun kejap je kan. Bukannya lama pun. Drama je kau ni Faiha.

"Abang cepat cepat balik tau. Faiha tunggu"

Randy hanya tersenyum. Tidak membalas. Dahi licin Faiha dikucup penuh kasih. Lama. Sebelum melepaskan dengan berat hati.

Randy memboloskan diri dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan kereta bergerak perlahan meninggalkan pekarangan rumah kampung itu.

•••••

"Where is that bastard !" Randy menghempuk meja kuat. Rasa pedih di tangan dibiarkan saja. Sakit di hati lebih mengatasi segalanya. Sisi jahatnya sudah keluar. Berbeza sekali apabila dia bersama dengan Faiha.

Mata itu mencerlung tajam merenung satu persatu manusia di hadapannya. Semuanya masing masing menunduk memandang lantai. Zen di sebelah Randy hanya diam membatu. Dia yang paling rapat dengan Randy ni pun boleh kecut dengar suara lelaki itu.

"Dia hilang secara tiba-tiba. Semua tempat dah kami cari tapi still tak jumpa" kata salah seorang daripada mereka. Mereka ditugaskan untuk memantau pergerakan bodyguard Randy yang membawa Faiha tempoh hari.

Mereka tahu dari awal lagi Denial ada niat tak baik. Lelaki itu seperti menyembunyikan sesuatu. Seperti ada niat lain untuk bekerja di bawah Randy Fernandez.

"Macam mana dia boleh lari? Aku dah suruh korang awasi dia kan? Apa korang buat?" Muka Randy berubah merah padam. Nampaknya lelaki itu sedang bebas di luar sana. Apa niat sebenar lelaki itu? Dari apa yang dia lihat, lelaki itu benar benar mahu membalas dendam padanya. Dan menggunakan Faiha sebagai alat untuk mengumpan.

"Denial" Nama itu meniti di bibir Randy. Puas dia memikirkan siapa lelaki itu sebenarnya. Dan apa kena mengena lelaki itu dengannya sebelum ini.

•••••

Faiha Jannah meletakkan barang yang dibeli di atas meja. Dia baru saja pulang dari kedai runcit untuk membeli barang. Nasib baik la dia tak ada terjumpa mak cik mulut kepoh di sana. Bukan apa, takut kesabaran yang dia ada semakin menipis dengan kata kata pedas mereka.

Imam Aazad dari pagi lagi ke kebun. Langsung tak boleh tinggalkan pokok pokok dia tu walaupun sehari. Faiz? Budak tu tak payah tanya la. Hari hari pergi melepak rumah kawan. Main game la apa la. Jadi, tinggal lah dia di rumah ini keseorangan. Kalau ada Randy, boleh juga dia borak borak dengan lelaki itu.

Rindu pula dengan lelaki kacak itu. Hmm. Walaupun baru semalam mereka bercakap di telefon. Sampaikan dia tertidur ketika masih dalam talian. Entah apa yang Randy dengar. Buatnya dua berdengkur masa tidur, buat malu je.

Tiba tiba Faiha terpandang bunga mawar pemberian Randy. Bunga itu telah dimasukkan dalam pasu berisi air bagi mengekalkan kesegaran. Nampak cantik terletak di atas meja makan.

Jari jemari membelek helaian kelopak bunga mawar merah itu. Dahi berkerut halus. Bunga itu sedikit demi sedikit bertukar warna coklat.

"Aik.. kenapa bunga ni makin layu? Dah letak air ni" bebel Faiha seorang sendiri.

Sedang Faiha merungut tentang bunga mawar itu, tiba tiba terdengar bunyi hentaman pintu yang kuat. Hampir gugur jantungnya.

Tak kan Faiz pulak yang buat? Tak pernah pernah nak hentam pintu kuat macam tu. Dari dapur, Faiha segera menuju ke ruang tamu rumah. Tiba saja di sana dia melihat satu susuk lelaki berdiri di muka pintu.

Faiha tersentak. Jantungnya berdetak laju. Badan menggeletar hebat. Lelaki yang amat dia kenali. Wajah itu masih ada kesan lebam. Mungkin disebabkan oleh pukulan Randy tempoh hari.

"Nice to meet you, Puan Faiha" kata Denial sinis.

•••••

Randy FernandezWhere stories live. Discover now