Part 32 - Pasar

2.2K 313 27
                                                  

Faiha membetulkan tudung di kepala sebelum melangkah keluar dari bilik. Dia menuju ke ruang tamu di mana ayah dan Randy berada. Suaminya itu memang rapat dengan ayah dan Faiz. Setiap hari mesti ada cerita yang ingin dikongsikan. Sampaikan dia sendiri berasa tersisih apabila berada di antara mereka. Maklumlah, dia sorang je perempuan.

"Ayah.. Faiha nak ke pasar kejap. Beli barang dapur. Banyak yang dah habis" kata Faiha.

"Ha.. alang alang tu bawa la Randy sekali. Bawa dia tengok macam mana rupa pasar kat sini" balas Imam Aazad pula. Randy hanya tersengeh. Macam tahu tahu je isi hatinya. Dia memandang penampilan Faiha. Baju blouse dan kain hitam. Walaupun simple, tapi tetap membuatkan hatinya berdebar.

Faiha hanya mengangguk. Tak pernah lagi dia membawa Randy ke pasar. Entah tahu ke tak apa itu pasar. Seronok bukan main. Dia ingat pasar tu macam pasaraya yang bersih ada aircond tu ke. Tunggu kejap lagi. Baru kau tahu !

Randy mencapai kunci kereta sebelum menyalam tangan Imam Aazad. Diikuti oleh Faiha dari belakang. Mereka bergerak keluar dari rumah menuju ke kereta.

Fuh ! Pergi pasar pun naik Audi kau. Tak pernah dibuat orang.

Ikutkan hati, Faiha mahu jalan kaki ke pasar. Walaupun agak jauh tapi seronok dapat berjalan pagi pagi. Tapi memandangkan Randy mahu ikut. Lebih baik naik kereta saja. Bukan dia tak tahu perangai orang kampung macam mana. Nanti ada saja gosip liar yang dikatakan tentang mereka berdua.

•••••

"Sayang.. what is that?" Soal Randy dengan wajah polos. Jari menunjukkan pada satu arah. Langkah Faiha terus terhenti. Mata memandang pada benda yang ditunjukkan Randy.

"Ini namanya siput retak seribu" Faiha mengambil satu lalu ditunjukkan kepada Randy. Lelaki itu hanya mengangguk faham. Bersinar sinar matanya memandang makanan laut itu.

"Awak nak?" Soal Faiha. Laju saja Randy mengangguk. Pantang betul kalau orang pelawa.

Selepas membeli, mereka bergerak ke gerai lain pula. Tangan masing masing sudah penuh dengan barangan yang dibeli. Itu pun Randy belum puas menjelajah pasar itu. Apa yang dia tengok, semua nak beli. Nasib semua guna duit dia. Kalau tak, boleh pokai si Faiha tu.

"Jom kita balik. Dah banyak barang kita beli ni" Randy yang sedang leka memandang ke arah satu gerai terus mengangguk. Mereka berjalan bersama sama menuju ke kereta.

Barang yang dibeli diletakkan dalam bonet kereta. Kunci kereta dikeluarkan dari poket dalam diserahkan pada Faiha. Terpinga pinga Faiha dibuatnya.

"You tunggu dalam kereta kejap. I ada something nak beli" kata Randy. Belum sempat Faiha membalas, lelaki itu terus berlalu pergi. Menghilang di sebalik manusia manusia yang sedang membeli dan menjual di pasar itu.

"Ini kalau aku bawak lari kereta dia, best jugak. Biar dia jalan kaki balik sendiri" Faiha ketawa jahat. Angan angan nak kenakan suami sendiri. Tetapi, sanggup ke? Kang dia jugak yang meroyan kalau Randy hilang.

Belum sempat Faiha mahu memasuki kereta, ada suara yang menegur dari belakang.

"Amboi Faiha.. datang pasar pun naik kereta mewah"

Faiha menoleh. Oh ! Mak cik Senah dan Mak Tom. 'Radio rosak' yang sentiasa berjalan keliling kampung bawa cerita. Kehadiran mereka membuatkan Faiha kurang senang. Ditambah pula dengan ayat perlian tersebut. Walaupun begitu, dia tetap memaniskan wajah. Dia tersenyum melihat dua manusia itu.

"Tak lah mak cik. Hari ni malas sikit nak berjalan. Tambah pula Randy nak ikut. Tu yang datang naik kereta tu" kata Faiha. Cuba berbasa basi dengan mereka. Kalau buat tak endah kang digelar sombong pula.

Jawapan Faiha membuatkan mereka berdua mencebikkan bibir.

"Laki mat salleh kan. Panas sikit pun tak boleh. Kita ni tiap tiap hari berjalan ke sana ke mari, okay je. Tak ada pulak sakit sakit kaki" kata Mak Cik Senah. Dan disokong dengan anggukan kepala Mak Tom.

Faiha tersenyum nipis. Sedaya upaya dia cuba menahan sabar. Macam nak cari gaduh je dua orang ni. Sabar Faiha, sabar !

"Suami kamu tu kerja apa? Halal ke kerja dia buat tu? Bukan main mewah mak cik tengok. Seronok la kamu kan dapat laki kaya. Makan pakai semua laki tanggung. Duit sendiri bertimbun- timbun dalam bank" sambung Mak Cik Senah lagi. Cuba menukar topik perbualan. Kali ini soalan yang diajukan lebih panas.

Kalau Faiha hilang sabar ni, mahu terpelanting dua mak cik tu. Dasar mulut kepoh ! Semua benda nak tahu. Habis tak ada kerja gamaknya.

"Dia kerja sendiri je. Saya pun tak tahu sangat" balas Faiha. Wajahnya kini jelas berubah. Rasa nak cepat cepat pergi dari situ. Randy pon, apa yang lama sangat pergi cari barang !

"Kerja suami sendiri pun tak tahu ke? Ada orang kampung kata dia ada syarikat sendiri. Betul ke?" Kali ini Mak Tom pula bersuara. Bertalu talu sialan diajukan. Sibuk betul nak jaga tepi kain orang.

Dari jauh kelihatan Randy berjalan ke arah mereka. Faiha menarik nafas lega. Ada alasan untuk dia lepaskan diri.

"Suami saya dah datang tu. Saya minta diri dulu ye, mak cik" kata Faiha.

"Ada masa datang la rumah mak cik. Boleh perkenalkan Randy pada ahli keluarga mak cik yang lain"

Faiha hanya tersenyum. Angguk tidak geleng pun tidak. Dia terus memboloskan diri dalam perut kereta. Fuh ! terlepas juga akhirnya. Dia langsung tidak mempedulikan Randy yang berada di luar kereta.

•••••

Randy FernandezWhere stories live. Discover now