Part 36 - Selamat tinggal

2.6K 287 92
                                                  

Randy Fernandez memandang sekeliling.  Sunyi sepi. Jam menunjukkan angka 2 pagi. Rumah kosong itu menjadi tempat pertemuan mereka seperti yang dijanjikan. Dia di sini untuk mengambil semula Faiha dari perangkap Denial. Walau apa pun yang berlaku, Faiha mesti selamat.

Randy berjalan masuk ke dalam rumah itu. Matanya meliar mencari kelibat Faiha mahupun Denial. Yang ada cuma semak samun dan sampah sarap yang berselerakan di atas lantai.

"Faiha !" Panggil Randy kuat. Berharap akan ada suara isterinya yang menyahut dengan riang. Tetapi apa yang diharapkan tak akan berlaku pada masa sekarang. Saat genting di mana nyawa Faiha menjadi taruhan.

"Hmph-mmph"

Telinganya menangkap satu bunyi.  Suara Faiha !

Tanpa menunggu lama, kaki melangkah laju menuju ke tingkat atas di mana suara itu datang. Mulut tak letak lepas menyebut nama isterinya itu.

Satu pintu yang hampir tercabut disepak kuat hingga lekang. Berdentum bunyinya saat pintu itu terhempas jatuh.

Tepat tekaannya. Mereka berada di situ. Langkahnya semakin perlahan. Jantung berdetak laju. Dia lihat air mata Faiha bertakung sebelum perlahan lahan jatuh membasahi kain yang diikat pada mulut.

"Eh ! Cepatnya sampai. Ingatkan nak tunggu kepala isteri kau ni sampai depan rumah baru nak datang" kata Denial. Berpura pura seperti terkejut dengan kedatangan Randy di situ.

Pisau di tangan dihalakan pada wajah Faiha. Seakan akan mahu menikam wajah ayu itu. Pantas mata Faiha tertutup. Manakala jantung Randy hampir luruh melihat tindakan Denial. Dia tak boleh bertindak sebarangan. Lelaki itu bersenjata. Jika dia bergerak tanpa berfikir, Faiha yang akan menjadi mangsa.

"Jangan buat gila Denial !" Kata Randy cemas. Matanya tak lepas memandang hujung pisau yang tajam itu. Hanya beberapa inci saja jarak antara wajah Faiha dengan pisau itu.

"Aku tak gila ! Aku cuma nak balas dendam atas apa yang kau dah buat dulu !" Marah Denial. Pantang jika ada yang memanggilnya gila. Hakikatnya dia memang begitu. Fikirannya bagikan sudah dirasuk dan dikawal dengan satu entiti kejahatan.

"Aku tahu siapa kau sebenarnya. Kau bukan manusia. Kau syaitan. Even kalau aku bunuh isteri kau sekalipun, kau tetap syaitan dari aku, Randy !" Sambung Denial lagi.

"Aku merayu pada kau. Lepaskan isteri aku" rayu Randy sepenuh hati. Hanya itu saja cara yang boleh dia lakukan.

Denial tersengih jahat.

"Tapi, tu bukan tugas aku. Itu tugas kau. Tugas kau untuk bunuh sendiri isteri kau"  Denial beriak tenang. Saat yang paling ditunggu tunggu selama ini. Sebijik pada orang hilang akal. Kejap okay kejap tak.

Randy telan liur. Perkara yang disebut oleh Denial itu tidak akan terjadi. Dia sesekali tidak akan menyakiti orang yang dia sayang. Terutama Faiha.

Tanpa disangka, pisau yang berada di tangan Denial terus ditoreh pada kulit Faiha. Berkerut dahi gadis itu menahan sakit. Faiha hanya mampu melepaskan jeritan dalam hati. Dirasakan pedih yang teramat sangat di tangannya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangannya sudah diikat pada kerusi.

Darah yang menitik jatuh atas lantai membuatkan Randy gelisah. Bayangan hitam itu mula menguasai seluruh tubuh. Bauan cecair merah pekat itu memasuki rongga hidung. Anak mata mula berubah menjadi merah menyala. Seperti ada yang mengambil alih dirinya ketika ini. Tak lain tak bukan darah vampire itu.

"Kau nak dia sangat kan? Ambil lah. Bunuh dia macam mana kau bunuh kekasih aku dulu !" Kata Denial. Suka dia melihat Randy seperti itu. Terseksa dengan tubuh badan sendiri.

Randy melangkah perlahan mendekati Faiha. Dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak melangkah. Tetapi gagal. Mata merah itu tepat menikam pandangan sayu Faiha. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

Hanya beberapa langkah saja lagi, Randy tiba tiba berhenti. Dia berdiri statik di hadapan Faiha. Merenung lama gadis itu dengan anak mata yang merah menyala.

"Payah sangat kau nak bunuh dia kenapa !" Tindakan Randy membuatkan Denial naik angin. Dia tak mahu tayangan terhenti sekerat jalan. Apa gunanya usaha dia selama ini jika hasilnya gagal.

Pistol yang diselit pada seluar diambil. Picu ditarik lalu dua das tembakan dilepaskan ke arah Faiha.

Faiha terkedu. Air matanya bergenang. Ingin dia jerit sekuat hati. Tubuh itu terkulai layu lalu jatuh atas lantai. Tembakan tepat mengenai belakang Randy di saat lelaki itu menghalang dia daripada ditembak.

"Dia bunuh kekasih aku. Dia bunuh orang yang aku sayang !" Jerit Denial sambil menarik narik rambutnya. Serta diselangi dengan tawa halus yang menyeramkan. Ya.. dia memang betul betul dah gila. Gila dendam !

•••••

Beberapa bulan kemudian..

Faiha Jannah memandang jauh ke hadapan. Entah apa yang difikirkan. Mindanya kosong. Mungkin sedang teringat akan seseorang yang sudah tiada. Seseorang yang pergi dari hidupnya untuk bertemu sang Pencipta.

Walaupun Randy sudah tiada di sini, Faiha tidak akan berseorangan. Tangan perlahan lahan mengusap perut yang membuncit. Selepas pemergian Randy, dia disahkan hamil. Walaupun Randy sudah tiada, dia tetap ada kandungan ini untuk melepaskan rindu pada lelaki itu.

Air mata yang jatuh ke pipi, Faiha seka dengan hujung jari. Randy berkorban untuk selamatnya dirinya. Walaupun dalam keadaan lelaki itu dikawal entiti lain dalam badan. Rasa cinta yang melebihi segalanya membuatkan Randy bertindak untuk melindunginya dari terkena tembakan Denial.

Ya.. bercakap tentang Denial. Dia ditempatkan di hospital gila. Sudah lama dia menghidap penyakit itu. Jiwanya kacau kerana terlalu memikirkan tentang masa silam.

Randy Fernandez. Awak hadir dalam hidup saya. Walaupun seketika. Tetapi, itu sudah cukup membahagiakan saya.

Terima kasih, abang.

= T A M A T =














•••••




Yeayyy ! Tamat sudah Randy Fernandez. Sorry awak2 semua, terpaksa sad ending. Sis kena cepat habiskan walaupun janji nak tamatkan hujung bulan 9. Sorry gaiss !

So.. amacam ? Mesti la tak nangis kan sebab tak sedih pun. Hahhaa sis tahu memang sendu pun. Kahkah. Kalau ada yang tak puas hati ending ni, boleh komen.

Btw.. ingat tak sis tanya nak versi RANDY yang mana satu korang suka? Haah, ni versi RANDY FERNANDEZ yang sweet + lemah lembut + anxiety.

Ada yang nak versi badboy + romantik + cool ke? Kalau ada, kita buat RANDY FERNANDEZ 2.0 pulak. Jalan cerita 200% berbeza dari yang ni. And ofkos haply ending ya. Tapi jual dalam bentuk ebook. Amacam? Ingat free ke? 🌝

Ada yang nak? Komen sini. Kalau ramai, sis usahakan buat utk korang. Sis janji korang tak akan menyesal beli. Cewahhh !

Last but not least, thank you kepada readers yang setia membaca story ni. Dan yang sentiasa support sis. Dan sentiasa vote. Thank you sangat sangat. Tanpa anda siapalah saya.

Ceh macam bagi ucapan artis dah 😜

Randy FernandezWhere stories live. Discover now