Part 29 - Demam

2.8K 376 30
                                                  

Sehelai kain dibasahkan dalam mangkuk berisi air. Kain itu diangkat lalu diperah sehingga mengeluarkan air.

Randy duduk di birai katil, bersebelahan isterinya yang sedang terbaring lemah. Matanya melirik pada kawasan leher dan dada Faiha yang terdedah. Kulit mulus itu penuh dengan tanda lebam. Tak lain tak bukan kerana perbuataannya semalam.

Nasib baik dia tidak bertindak di luar kawalan. Leher jinjiang gadis itu terlalu mengiurkan. Aliran darah yang manis itu membuatkan dia tak tentu arah.

Kain lembap tadi dilap pada badan Faiha. Bermula dari hujung jari sebelum bergerak ke kawasan lain. Dapat dia rasakan bahang pada badan Faiha. Setiap sentuhan itu dia lakukan dengan berhati-hati. Dia tidak mahu menyakiti wanita kesayangannya itu lagi.

Hampir bernanah telinga Randy tadi setelah dibebel panjang oleh doktor peribadinya sendiri. Doktor yang sama merawat Faiha semalam. Tak pasal-pasal doktor tu kena datang lagi pagi ini.

Tiada lain yang perlu dipersalahkan selain dirinya. Faiha jatuh sakit kerananya. Kalau semalam dia tidak mengikut nafsu, pasti Faiha tidak akan sakit. Sampai demam isterinya itu dia kerjakan.

Adakah dia tak layak untuk berubah? Ataupun ada sumpahan jahat yang sentiasa membayanginya. Sampai orang yang dia sayang, turut disakiti.

Cukuplah! Dia sudah penat menjadi kejam. Lelaki tanpa perasaan. Dia mahu bersihkan hati yang kelam. Dan digantikan dengan kejernihan cahaya yang terang.

•••••

Ketika ini, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman Faiha. Demamnya sudah kebah. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari kehidupan bandar yang sibuk. Memandangkan hari ini sudah masuk fasa cuti hujung tahun, jadi tak salah untuk dia bawa Faiha bertemu ayah dan Faiz di kampung.

Randy mengerling sebelah. Suasana dalam kereta itu sunyi sepi. Dari awal perjalanan lagi, Faiha tidak bercakap. Malah, selepas kejadian semalam gadis itu banyak mendiamkan diri. Makin serba salah Randy jadinya.

Randy menggaru kepala. Nampaknya Faiha masih marahkannya. Apabila ditanya gadis itu hanya menjawab sepatah dua. Isterinya itu sedaya upaya mengelak dari bertembung dengannya. Sedaya upaya dia cuba menjelaskan perkara sebenar kepada Faiha.

"You marahkan I lagi?" Soal Randy. Dia cuba menarik perhatian Faiha. Gadis itu terlalu asyik memandang ke luar tingkap. Entah apa yang difikirkan.

Faiha bagaikan baru tersedar. Dia menoleh sekilas ke arah Randy sebelum menggelengkan kepala.

"Jadi, kenapa you diam? Dari pagi tadi you cuba elak dari I. I ada buat salah lagi ke?" Soal Randy lagi. Tak puas hati dengan respon yang diberikan.

"Tak.. awak takde salah apa-apa. Cuma saya perlukan masa" jawab Faiha tenang. Dia tak faham dengan diri sendiri. Kadang marah, kadang sedih. Kadang tu, dia rasa nak jauh dari Randy tapi dia mahu Randy sentiasa berada di sisi. Faham tak? Entahlah. Mungkin dia dah gila kut.

Tiba tiba Faiha mencapai tangan Randy. Lantas digenggam erat. Lelaki itu hanya membiarkan. Malah mengucup sekilas belakang tangan Faiha.

"Randy.. awak boleh janji dengan saya? Tinggalkan kegiatan jahat awak dulu tu. Saya tak nak tengok awak mcam dulu lagi" pinta Faiha. Seakan akan merayu.

Dia takut. Dia tak mahu kehilangan Randy. Dia tahu kerja yang dilakukan Randy terlalu bahaya. Kegiatan yang bermain dengan nyawa. Bila bila masa saja mereka itu akan menyerang.

Ramdy diam. Permintaan yang cukup berat. Bukan mudah untuk dia keluar dari dunia itu.

"I tak janji tapi I cuba"

•••••


Sorry part kali ni pendek. Srsly sis dah hilang idea. Sis tahu cerita ni makin lama makin merapu dan tak best. Kalau korang rasa nak baca, so teruskan. Kalau tak nak, takpe sis tak paksa ya. Sis akan cuba habiskan sebelum hujung bulan ni. Saya hanya mampu mencobaaa uhuks

Terima kasih kepada yg support dari awal. Sis sayang korang muah ,❤️

Randy FernandezWhere stories live. Discover now