Part 28 - Hero

2.8K 369 28
                                                  

Deruman enjin kereta sport kuat kedengaran di tengah jalanraya itu. Kenderaan yang menghalang laluannya dipotong dengan mudah. Berdesup meninggalkan mereka jauh ke belakang. Pedal minyak ditekan tanpa mempedulikan pengguna yang lain.

Randy Fernandez memandang tajam ke hadapan. Stereng kereta digenggam kuat sehingga timbul urat hijau di lengannya. Bibir ketap kuat. Menahan api kemarahan yang semakin menyala. Marah bercampur risau.

Sungguh dia tidak dapat mengawal diri selepas melihat rakaman di telefonnya. Kamera yang dipasang pada kereta Faiha menunjukkan kenderaan itu telah dilanggar dan diseret dari arah belakang.

Kereta bergerak melalui jalan sunyi yang gelap. Dari jauh dia dapat melihat satu cahaya kenderaan yang menerangi jalan. Randy semakin hampir. Dengan jelas, dia  melihat lelaki berbadan besar itu menolak kuat Faiha Jannah sehingga jatuh. Riak ketakutan menghiasi wajah Faiha. Semakin membara amarah yang menguasai diri.

Tanpa mematikan enjin, Randy segera keluar dari perut kereta. Kaki diangkat tinggi, menendang laju lelaki itu dari belakang. Lelaki itu menyerang kesakitan. Mana taknya, tubuhnya sudah selamat menyembah bumi.

Lelaki itu cuba bangun. Dia mahu lihat siapa yang berani menyerang dengan senyap. Belum sempat dia melakukan apa- apa, wajahnya disepak tanpa belas kasihan. Sakit tak terkata. Hidungnya macam nak patah.

"Argh !" Lelaki itu mengerang untuk sekian kalinya. Kini, tubuhnya menjadi mangsa sepakan bertalu talu.

Randy berhenti bertindak, memandang dingin wajah lelaki yang sudah berlumuran darah itu. Ikutkan hati, mampus lelaki itu dia kerjakan.

"You hurt her !" keras nada suara Randy Fernandez. Kolar baju lelaki itu dicengkam dengan sebelah tangan.

"Once you touch her, I'll rip you apart with my bare hands"

Bukk !

Sejurus itu, beberapa tumbukan padu dilayangkan di wajah yang sedia berlumuran darah itu.

"Aku pun pernah minum.. pernah mabuk tapi aku tak bodoh macam kau !"

Randy melepaskan lelaki itu setelah penat membelasah. Nafasnya naik turun. Lelaki itu diam tidak bergerak. Sudah mati mungkin. Paling tak pun koma tiga hari.

Randy menapak perlahan ke arah Faiha yang duduk bersandar pada kereta. Gadis itu menangis ketakutan. Kedua belah tangan isterinya menekup telinga.

"It's my fault, I wasn't by your side" bisik Randy lembut.

Tanpa menunggu lama, tubuh Faiha dicempung menuju ke tempat duduk penumpang. Blazer yang tersarung pada tubuh, ditanggalkan lalu menyelimut tubuh kecil itu. Botol air mineral dicapai untuk membasuh kotoran di tangan.

Selesai saja tugasannya, Randy terus memboloskan diri dalam perut kereta sebelum menggerakkan kereta meninggalkan kawasan tersebut.

•••••

"I ganggu tidur you ke?" Suara garau Randy kedengaran di tepi telinga saat Faiha membuka mata. Berkerut dahi Faiha menahan sakit apabila dia mengerakkan badan.

Faiha menggelengkan kepala perlahan. Mata bundarnya merenung wajah tampan yang penuh kerisauan. Badannya terasa terlalu lemah. Kepala masih lagi  berdenyut. Mungkin kesan daripada kemalangan yang berlaku.

"Randy.." panggil Faiha dengan suara lemah. Muka Randy yang kelihatan teramat penat dipandang sayu.

"Yes, sayang. I'm here" Randy mengeratkan lingkaran pada tubuh isterinya.

"Kenapa awak sembunyikan perkara tu dari saya?" Soal Faiha, mohon penjelasan. Tiada riak marah atau kecewa seperti sebelum ini.

Randy menarik nafas berat sebelum dihela perlahan.

"I'm scared you can't accept me. I love you. I love you so much since the first day I saw you. I am a bad person. And I don't deserve you" kata kata yang lahir ikhlas dari dasar hati yang paling dalam. Rasa sayang yang sudah lama mati, kembali hidup subur selepas hadirnya gadis bernama Faiha Jannah. Seakan akan memberi sinar baru dalam hidupnya.

Tubir mata Faiha mula berlinang.

"Kalau saya di tempat lelaki tu, awak akan buat saya macam tu ke?" Suara Faiha menjadi sebak.

"No, sayang ! I never thinking to hurt you. How can I hurt the person I love the most. You pegang hati I. Kalau I sakitkan you, umpama I sakitkan diri sendiri" kata Randy sambil merenung dalam anak mata Faiha.

"Saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut tinggalkan awak. Mungkin ini balasan sebab jadi isteri derhaka"

Tangan Randy terus dicapai lalu dicium lembut. Esakan halus mula kedengaran.

"Shuu.. jangan cakap macam tu. It hurts me to see you like this. If anything happens to you, I can't forgive myself" Randy memujuk lembut. Air mata yang mengalir diseka dengan hujung jari.

Ubun ubun isterinya diusap dengan penuh kasih sayang. Perasaan cinta dalam hatinya  semakin hari semakin menggebu buat gadis itu.

Faiha menyentuh wajah kacak Randy. Jemarinya mengusap pipi itu. Kulit putih bersih tanpa sebarang cela itu memang dapat memikat hati wanita dengan mudah. Sememangnya dia adalah wanita paling bertuah kerana berjaya memiliki lelaki itu.

"I can lose everything that I had, but not  you"

Satu kucupan hangat mendarat di dahi Faiha. Perlahan lahan turun ke hidung. Dan kemudian ke bibir. Lama. Faiha tidak menolak malah melingkari lehernya  membuatkan dia tidak terdaya untuk menahan nafsu yang bergelora. Faiha bagaikan dipukau dengan sentuhan bibir Randy, turut membalas setiap tindakan lelaki itu.

"I love you, my wife. Only you" bisik Randy bernada romantis. Butang baju ditanggalkan. Kemudian pakaian terus dilempar ke atas lantai. Mata mereka saling merenung antara satu sama lain. Satu pandangan bagi menyampaikan satu maksud yang tersirat dalam hati. Hanya mereka yang memahami perkara tersebut.

•••••

Randy FernandezWhere stories live. Discover now