Part 31 - Jahat

2.7K 340 41
                                                  

Dia bangun dari perbaringan sambil mengerang kesakitan. Terasa sakit seluruh badan setelah dibelasah dengan teruk. Terdapat luka kebiruan pada wajah. Lebam di seluruh tubuh membuatkan dia tidak dapat bergerak walau seinci. Namun, dia gagahkan juga untuk duduk di atas katil.

Sudah beberapa hari dia dirawat di hospital. Selama itu juga dia tidak mendengar khabar gembira tentang majikannya itu. Bos yang paling dia 'sayangi'. Kalau tak disebabkan sebuah dendam, memang tak la dia nak bekerja di bawah lelaki syaitan itu.

Bibir itu tersenyum jahat meskipun di hujung mulutnya sudah pecah ditumbuk oleh Randy Fernandez.

Insaf konon. Huh ! Dalam mimpi pun lelaki itu belum tentu akan insaf. Randy Fernandez masih seperti dulu. Sikap syaitannya masih sama. Tak ada yang berubah.

Cuma yang bezanya ialah kehadiran gadis itu dalam hidup Randy Fernandez. Membawa sedikit kebahagiaan kepada lelaki itu. Seolah olah membawa sinar yang terang  dalam jiwa lelaki itu.

Dari apa yang dia lihat dari kejadian tempoh hari, dia nampak ketakutan pada wajah Randy saat gadis itu menghilang. Itu yang dia mahu, itu yang dia cari. Walaupun dia tahu akibatnya dia berada di sini. Tapi, apa dia kisah. Kesakitan ini tak setanding dengan apa yang Randy  lakukan pada orang yang dia sayang. Pada kekasih yang paling dia cintai !

Fikirannya mengimbas kembali bagaimana dia boleh mengambil alih tugas Zen sebagai pemandu peribadi Faiha Jannah. Tak sangka semudah itu. Dia lah yang membawa gadis itu keluar hingga lewat malam. Ya ! Itu semua sudah dirancang. Bukan kebetulan. Rancangan yang dibuat dengan teliti sekali.

Ikutkan hati, saat itu juga dia mahu musnahkan gadis itu. Dia mahu lihat kehancuran dalam hidup Randy Fernandez. Tetapi, tak seronok lah jika tiada penonton. Dia mahu lakukan semuanya di depan Randy sendiri. Dia mahu lihat Randy meraung, merayu dan memohon kepadanya apabila melihat orang yang dia sayang dibunuh di hadapan mata.

Tak sabar menunggu saat itu tiba. Setelah sekian lama.

Aku nak kau bayar balik atas apa yang kau dah buat pada kekasih aku dulu !

Helina.. cinta hatinya. Kekasih pertama dan terakhir dalam hidupnya.

Meskipun mereka merupakan pasangan kekasih, namun Helina menjalinkan hubungan sulit dengan Randy di belakangnya. Kerap kali mereka berdua bertemu di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota.

Sehinggalah pada satu malam, semuanya terbongkar. Dia mengetahui tentang jalinan sulit itu. Namun, semuanya sudah terlambat. Helina sudah mati dibunuh. Jasad wanita itu langsung tidak dijumpai. Cuma yang ada bungkusan berisi wang kertas ditinggalkan di atas meja. Dan sekeping nota yang ditujukan khas untuknya.

Beberapa tahun berlalu. Penampilannya berubah. Dari budak nerd kepada lelaki bertubuh sasa. Dia kembali sebagai orang suruhan Randy. Identiti asalnya telah dipalsukan. Demi sebuah dendam, dia sanggup bekerja di bawah lelaki itu.

Kau ! Randy Fernandez ! Kau bunuh kekasih aku dengan kejam. Kau gunakan kekayaan kau untuk tutup kesalahan yang kau dah buat dulu. Sekarang, aku akan buat orang yang kau sayang kena macam kekasih aku dulu. Dan yang pasti, kau jugalah pembunuhnya.

Kau sayang sangat dengan isteri kau tu kan? Kau sendiri yang akan hancurkan dia. Kau sendiri yang akan bunuh dia !

Dia menjerit dalam hati.

Dia tak kisah jika penjara tempat tinggalnya. Atau tali gantung destinasi terakhirnya. Asalkan Randy diletakkan di tempat yang sama dengannya. Bagi membayar balik kejahatan yang pernah lelaki itu lakukan.

•••••

Zapp !!

Zapp !!

Tikaman bertalu talu di dada Faiha  membuatkan kelopak mata itu terbuka luas. Serta merta badannya bangun  terduduk di atas katil. Peluh merenik keluar dari badan. Berkali kali dia menelan liur. Dada berdegup laju, mencari nafas yang seakan akan menghilang. Suasana sunyi sepi. Hanya sesekali kedengaran bunyi cengkerik. Tiada lagi bunyi tikaman. Tiada lagi suasana cemas.


Randy memandang tangan yang berlumuran darah tadi. Kosong. Pisau tajam yang dipegang juga tiada. Sah ! Itu cumalah mimpi. Mimpi buruk yang sentiasa menghantui dirinya.

Cuma mimpi kali ini lain dari sebelumnya. Dia menikam dada Faiha dengan tangannya sendiri. Darah memancut keluar dari tubuh itu. Tanpa belas kasihan. Dia gembira lakukan semua itu. Dia rasa puas dalam mimpi itu. Seolah olah dia kembali menjadi  seperti Randy yang dulu.

Tak !

Dia tak akan lakukan perkara itu pada orang yang dia sayang. Terutama Faiha Jannah. Damia tak akan sesekali menyakiti gadis itu. Gadis yang memegang hatinya. Gadis yang memiliki jiwanya.

Mata Randy memandang sebelah. Kelihatan Faiha sedang enak dilamun mimpi. Dia kembali berbaring, tubuh kecil Faiha ditarik dalam pelukan erat. Kucupan hangat dihadiahkan di dahi isterinya. Lama.


"Randy?" Soal Faiha dalam sisa mengantuk. Mata kuyu itu terbuka sedikit memandang Randy. Dibiarkan saja tubuhnya berada dalam dakapan lelaki itu.

"Stay like this. Please.." kata Randy sambil mengusap pipi Faiha. Perasaan cintanya makin mencurah curah buat gadis itu. Dia lihat mata Faiha kembali tertutup rapat. Menyambung tidur yang telah diganggu olehnya tadi.

Randy cuba mengingati kembali kejadian mimpi tadi. Dia takut. Dia tak mahu kehilangan Faiha. Dia tak mahu mimpi itu  benar benar terjadi. Walau apa cara sekalipun, dia akam lindungi Faiha Jannah meskipun nyawanya tergadai.


•••••




Amacam? Apa yang akan berlaku lepas ni? Apa pendapat korang, boleh komen kat bawah. Sis nak baca


Btw... Korang suka Randy yang mana satu? Komen kat bawah

Badboy + romantik + cool 🖤

Atau

Sweet + lemah lembut + anxiety ❤️

Randy FernandezWhere stories live. Discover now