10 | Mukmin sejati

4.8K 826 286
                                        

Akhirnya, habis jugak exam aku. Punyalah pulun aku buat persiapan untuk exam kali ini sampai nak sembang dengan Tina pun tak sempat. Tengok tv atau movie baru, lagilah tak sempat. Tengok telefon pun setakat belek whatsapp, jangan haraplah sempat nak tengok Levinho main pubg.

Bila dah bebas macam ni, apa aku buat mestilah tidur. Takkan aku nak melompat-lompat macam orang lain yang sibuk sebut merdeka tu. Aku awal-awal dah terbongkang tidur dekat library lepas keluar dewan. Mata aku pedih gila sekarang ni, maklumlah hadap skrin komputer 24 jam. Lagi-lagi exam pun kena hadap makhluk tu. Serius mata aku perlukan rehat.

Dua jam lena dekat tempat persembunyian aku di library, aku akhirnya terjaga dengan penuh nyaman. Lega bila boleh tidur lepas pulun perah otak. Puas menggeliat dan menguap, aku pergi bilik air dan basuh muka. Pergi tandas sekali. Tiba-tiba rasa nak buang air. Sejuk kut library tu.

Keluar dari bilik air, muka masih ngantuk tapi okaylah sikit dari tadi. Rambut tak yah cakap, rasanya penyapu sampah maksu cantik lagi.

Aku rapikan rambut depan papan kenyataan, sekadar sikat dengan jari je. Sedang sikat rambut dan betulkan baju tiba-tiba aku nampak ada kelibat ramai-ramai di hujung koridor. Aku dapat lihat dari pantulan cermin jernih papan kenyataan tu.

Automatik aku pusing pandang sana. Bukan aku saje. Rasanya semua dekat aras sini pandang sana bila dengar suara-suara dan jugak bunyi tapak kasut. Macam orang hebat sebab aku nampak Tuan Syukri berbual dengan kumpulan tu. Tuan Syukri chairman kampus ni.

Sekejap aku kecilkan mata. Aku macam ada nampak beberapa orang yang familiar. Yang sembang dengan Tuan Syukri tu nampak macam Fahd. Yang jalan belakang tu macam Ryan.

Aku salah nampak ke? Mata aku gosok kuat. Manalah tahu aku masih mamai sampai salah nampak Fahd. Yalah, dah sebulan lebih tak jumpa. Rindulah jugak kan nak dengar dia loyar buruk.

Bila gosok mata banyak kali, makin jelas pulak bayang Fahd dengan Ryan tu. Sampailah diorang berjabat tangan dengan Tuan Syukri. Lepas tu Tuan Syukri bergerak pergi dengan orang lain. Tinggalnya Fahd dan Ryan sedang turun tangga sambil borak-borak.

Aku memang yakin tu Fahd dan Ryan. Mesti diorang ada meeting dekat sini. Nak tegur ke tak? Nak tegur ke tak? Hrmm. Kalau tak tegur, macam sombong pulak. Tapi kalau tegur, mesti makin panjang ceritanya.

Tengah aku pikir, tiba-tiba telefon aku bergoncang hebat dalam kocek seluar. Aku cepat-cepat seluk saku seluar. Terkebil mata bila tengok nama Fahd dekat situ. Bila aku pandang ke tempat Fahd tadi, memang dia tengah call seseorang. Siapa lagi? Akulah tu!

Halah.. Dia call pulak dah.

Aku pun angkat call.

"Pe?" soal aku.

"Assalamu'alaikum saudara Ali." Fahd bagi salam penuh warak. Sindir akulah tu.

Aku naikkan mata ke atas. "Waalaikumussalam ko nak pe?"

"Cubalah cakap elok-elok. Apa tanya abang angkat kau macam tu? Pe pe.. Stress aku dengar." 

"Yalah, kau nak apa call aku?" Aku baiki sikit soalan.

"Hehe. Aku ada depan sekolah kau ni. Jom lunch. Rindu."

Aku buat muka geli. Rindu? Geli gila.

"Sorilah, aku dah habis sekolah. Kau duduk depan sekolah aku, kau ajaklah mana-mana budak sekolah kat situ." Aku balas malas-malas, sambil tu aku gerak ke library nak ambil barang.

Fahd senyap kejap. Mungkin dia blur kut tiba-tiba je aku cakap pasal sekolah. Dia tak sedar ke dia baru cakap DEPAN SEKOLAH AKU tadi. Dia ingat aku budak sekolah ke ape?

N A S U H A (Terbit)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang