"Hyee guyss! Welcome back to my channel! I'm Faiq Firdaus, host baru anda!"
"Amende siot? Cikgu datang kang, hilang channel tak popular kau ni" Faiz tongkat dagu di atas meja memandang aku.
Heh. Jeles la tu IG live dia tak ada viewers. Tu la, NurSajat nak follow pun tak approve. Tak chill la dia ni. Mana tau, lelaki tu nak bagi bengkung dia free ke? Boleh la jugak nak merasa.
"Iri bilang boss!"
"Dah tau aku boss, pergi la buat kerja, kuli"
Sh't. Aku yang kena balik.
Pelajar-pelajar lain yang tengah bertungkus-lumus susun meja bagai, aku perhati.
Rajin nau datang tolong. Bukannya tak ada pekerja. Saja eh nak nampak rajin depan cikgu? Pastu mula la mintak markah lebih. Taeik.
Aahh Faiq. Kau tak buat kerja diam sudah la. Lagi nak buruk sangka dengan orang.
"Weh! Baju dah ambik belum?" Mika tepuk bahu aku dari belakang. Sikit lagi nak keluar latah tapi sempat ditahan.
Kita sebagai lelaki, kena control macho. Baru la nampak hot! Elok pulak ada budak-budak tak matang tengah usya dari jauh.
Tau la aku hensem.
"Baju? Baju apa?"
"Suit la budu! Baju prom malam ni!"
Hek eleh baju tu je pun. Kan minggu lepas aku dah-
Oh my..
Gosh.
"Ak- aku.. Ingat nak ambik lepas sekolah.. Haa.. Kejap lagi aku pergi dengan Iz. Lek brader" Aku senyum kat Mika sebab aku tau, senyuman aku mampu mencairkan sesiapa je termasuk rusa.
"Banyak la kau rilek-rilek. Ni kalau aku tak ingatkan, rasanya malam nanti kita pakai singlet je la"
"Ada jugak tu. Dari bogel"
Mika bangun dan tarik telinga aku WOII SAKIT HAWAUU!
"Menjawab! Menjawab! Hormat la mak sikit! Penat mak mengandungkan kamu, besar-besar jadi macam ni pulak eh?! Patut la perut mak panas semacam dulu! Keluar seton rupanya!"
"Ehh mak ehem dengan seton ke dulu?"
"HEIII!!"
"Mak Melah, senyap sikit please. Sakit telinga aku. Tau la budak teater. Tapi tak payah la bawak drama tu sampai ke sini" Faiz di sebelah aku menggosok telinga.
"Baik, Fifi anak kesayangan mama" Kepala Faiz diusap lembut oleh tangan Mika. Harem. Kat aku buat macam anak tiri!
Dasar mama ngak punya akhlaq!
Phone atas meja aku ambik. Ingat nak main game sementara tunggu yang lain siap buat kerja. Skrin phone yang menampakkan muka suci bersih seorang Faiq Firdaus buatkan aku terkedu.
Live tadi aku tak stop ke?
Sh't. Here we go again.
@daniell_rama2 Aww abang faiq kena tarik telinga! Ban abang Mika!
@girlegallo Abunk Mika aum aum la harini! Dah makan ke belum?
@bengkung_sajard Hey you! Yes you! Adakah anda orang yang kami cari? Jika tidak, sila blah!

ANDA SEDANG MEMBACA
Home | Ancestry ✔
Teen FictionSemuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku. Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai abang aku. Choii what in the k-drama world is this? Aku ingat dia main-main. Mana tau nanti aku beria ba...