Duit Ungu

180 26 2
                                    

Kisah yang teramatlah pendek tentang seorang pensyarah yang ingin mengingatkan pelajarnya tentang harga diri yang takkan pernah turun.

Sir Ibrahim mengeluarkan sekeping wang bernilai RM100 di hadapan kelasnya kini. Dia menunjukkan sekeping kertas berharga tersebut dan menanyakan soalan. "Siapa nak duit ni? "

Semua pelajar yang ada disitu mengangkat tangan mereka tanda mahukan duit itu.

Sir Ibrahim kemudiannya memperonyokkan wang tersebut sampai berkedut. "So now, who want this money? " tanya Sir Ibrahim dalam bahasa Inggeris kerana dia adalah pengajar Subjek Bahasa Inggeris.

Masih ramai yang mengangkat tangan mahukan duit itu. Sir Ibrahim hanya tersenyum lalu mencampakkan kertas itu kelantai dan memijaknya, dan wang itu berakhir dengan kedutan dan bercampur tanah yang kotor. "Sekarang, siapa nak duit ni? "

Lebih separuh daripada isi kelasnya masih mengangkat tangan mahukan wang yang bernilai RM100 itu.

"Lihatlah semua! Masih ramai yang mahukan wang ini kerana nilainya masih sama walaupun telah dipijak pijak, diingatkan bahawa walau diri kita dipijak pijak, dibohongi, dijatuhkan maruah. Harga kita masih sama. Jangan terlalu merendah diri. "

Sorrylah kalau rasa ini terlalu klise yer kengkawan sekalian. Harga diri kita takkan pernah turun, macam Sir Ibrahim cakap " Harga kita masih sama. Jangan terlalu merendah diri".

Natijahnya :-
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

Kesian duit tu (╯ರ ~ ರ)╯︵ ┻━┻

Mawar Tak Berduri Where stories live. Discover now