Part 26 - Terbongkar

2.7K 340 23
                                                  

Faiha Jannah memerhati Randy yang sedang bersiap untuk ke pejabat. Lelaki berkemeja hitam itu kelihatan kacak sekali. Kaki melangkah merapati suaminya yang sedang melilit tali leher.

"Meh saya betulkan" kata Faiha lembut. Tubuh mereka terlalu rapat sehingga wangian yang dipakai Randy menusuk hidung. Lelaki itu hanya membiarkan. Lagi dia suka ada la !

"Okey dah handsome suami saya ni" Faiha tersenyum puas. Dada bidang Randy disapu dengan tangan halusnya

"But, I don't like my own face" wajah kacaknya yang seiras Raymond Risley membuatkan dia benci untuk melihat pantulan diri sendiri. Dia seakan dapat melihat bayangan lelaki itu. Meskipun lelaki itu sudah tiada.

"Kenapa? Awak tahu tak, setiap kali jalan orang akan pandang awak sebab awak handsome" Faiha seakan memujuk. Dia mendongak membalas renungan Randy.

"Because they look into my face.. not my heart" balas Randy. Kata-kata yang datangnya dari hati. Tulus dan suci.

Faiha terdiam seketika. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Angguk pun tidak, geleng pun tidak.

"Lepas habis kerja, I terus balik. You tunggu I tau" kata Randy sambil menyarungkan kot di tubuh. Memandangkan hari ini sudah bermulanya cuti hujung tahun, lebih baik Faiha luangkan masa bersamanya di rumah ini. Di sini lebih selamat.

"Awak.. kalau saya nak keluar boleh?" Soal Faiha. Bosan la kalau asyik terperap dalam bilik. Nak keluar, takut pula jika bertembung dengan bodyguard garang Randy. Lagipun, dia kali pertama datang ke sini. Entah di mana tempat pun dia tak tahu.

"Yes sure ! But I'll ask Zen to follow you" Randy memberikan arahan. Dia tak akan biarkan Faiha keseorangan di luar sana.

Faiha mencebikkan bibir. Ala ! Baru ingat nak suruh Ain dan Andrea temankan. Musnah plan aku hari ni.

•••••

Randy Fernandez mendail sekali ini. Termasuk kali ini, sudah lima kali panggilan tidak dijawab oleh Faiha. Dia semakin tak tentu arah. Berjalan ke sana ke sini sambil cuba membuat panggilan ke telefon Faiha Jannah.

Telefon bimbit digenggam erat. Menunggu masa untuk dihempas ke lantai saja.

Sehingga kini Faiha tidak menelefonnya seperti yang dijanjikan. Sekali sekala mata memandang ke luar kawasan rumah. Jam sudah menginjak ke angka 7 malam. Tetapi, hingga kini gadis itu belum pulang. Ke mana isterinya itu pergi? Panggilan dan mesej tidak dibalas. Malah secara tiba-tiba telefon wanita itu dimatikan. Macam-macam perkara buruk bermain dalam fikirannya.

Bunyi kenderaan yang memasuki halaman rumah membuatkan Randy cepat-cepat melangkah keluar. Keluar seorang lelaki yang merupakan bodyguardnya. Seperti yang dia katakan. Dia tak pernah percayakan mana-mana bodyguardnya kecuali Zen. Apatah lagi jika berkaitan dengan keselamatan Faiha Jannah.

"Where is Zen? Why you drive the car?" Soal Randy dengan wajah garangnya. Mencerlung dia memandang lelaki itu.

Lelaki itu diam membisu. Langsung tiada kata yang keluar dari mulutnya.

"I want to meet you later" kata Randy bernada keras sebelum berlalu ke tempat duduk belakang. Pintu kereta dibuka dan dia lihat mata Faiha tertutup rapat. Di tangan wanita itu terdapat beberapa bungkusan beg kertas.

Tubuh Faiha dicempung perlahan-lahan lalu dibawa ke atas. Ada banyak soalan yang perlu dijawab oleh lelaki itu. Dan Zen juga ! Ingat dia orang kepercayaan, dia akan terlepas?

•••••

Faiha membuka kelopak mata apabila terdengar daun pintu yang ditutup rapat. Nampaknya rancangan dia berjaya. Sebenarnya dia hanya berpura-pura tidur tadi. Ada kejutan yang ingin diberikan kepada Randy.

Dia bangun dari katil. Beg kertas yang berisi hadiah tadi dicapai. Nasib baik Randy tak perasan. Hari ini merupakan hari lahir lelaki itu. Sibuk sangat bekerja sampai terlupa akan hari lahir sendiri.

Kad yang ditulis dengan kata-kata cinta diselitkan pada kotak itu. Jarinya membetulkan sedikit reben supaya kelihatan kemas. Dan akhirnya.. siap !

Faiha membawa kotak itu menuruni anak tangga. Dia amat berterima kasih pada orang suruhan Randy kerana menemaninya. Ke mana saja dipinta, akan dituruti tanpa banyak kata.

Dia bergerak mendekati satu bilik. Tak pernah lagi dia menjejakkan kaki di situ. Dia yakin Randy pasti ada di dalam. Dengan perasaan gembira dan teruja dia menolak pintu tersebut dari arah luar. Senyuman manis menghiasi bibirnya.

S

ebaik saja pintu terbuka, terdengar bunyi tembakan yang kuat. Dan sejurus itu, sepucuk pistol diacukan tepat ke arah kepalanya. Oleh lelaki yang sudah memiliki hatinya.

Senyuman Faiha mati. Pandangan dia dan Randy saling bertemu, memandang antara satu sama lain. Faiha lihat bodyguard tadi berlumuran darah di atas lantai. Langsung tidak bergerak. Sama ada pengsan atau sudah tidak bernyawa. Setelah dibelasah oleh Randy.

Hadiah yang berada di tangan, terhempas di atas lantai. Perasaannya bercampur baur ketika ini. Marah, sedih, takut dan kecewa. Saling menghimpit sehingga dadanya terasa sesak.

"Sayang.." Randy kelihatan tergamam. Perlahan lahan dia menurunkan senjata itu. Hampir saja dia menarik picu pistol tadi.

Tangan Faiha menggigil. Pucat lesi wajahnya melihat apa yang terlihat di depan mata. Kepercayaan yang diberikan kepada lelaki itu, dihakis sedikit demi sedikit. Terasa dirinya seperti orang bodoh. Ditipu hidup-hidup oleh orang yang dia sayang.

Kepalanya semakin memberat. Pandangan Faiha menjadi gelap sebelum rebah di situ juga.

•••••

Faiha membuka kelopak mata. Dia berada dalam bilik. Teringat kejadian yang telah berlaku sebelum dia rebah. Satu persatu bermain di fikirannya. Randy ! Tak sangka awak masih seperti dulu.

"Sayang.. are you awake?" Terdengar suara itu di sebelah. Pantas Faiha berundur menjauhi lelaki itu. Dia kembali menggigil ketakutan. Seakan akan trauma dengan apa yang dia lihat.

Faiha cuba menepis apabila tangan Randy menyentuhnya. Tetapi, tidak berjaya. Tangan sasa itu menarik tubuh Faiha dalam pelukan.

"Lepaskan saya !" Faiha meronta kuat. Dakapan erat Randy membuatkan dia sukar untuk bernafas.

"I'll never let you go" bisik Randy perlahan.

"Awak buat saya kecewa! Awak hancurkan kepercayaan saya pada awak. Kenapa awak tipu saya selama ni?" Kata Faiha bersama tangisan. Dia berhenti meronta memandangkan tenaganya tidak seberapa jika dibandingkan dengan Randy.

"I tak pernah tipu you, Faiha" kata Randy. Rahsia yang disimpan selama ini akhirnya terbongkar juga.

"Habis.. apa semua tu? Awak nak sembunyikan apa lagi? Saya dah tahu siapa awak sebenarnya"

"Can you listen to me first?" Dia tahu tiada guna untuk menjelaskan perkara sebenar ketika ini. Faiha masih lagi terkejut. Emosinya tidak stabil.

"Selama ni saya percayakan awak. Saya langsung tak kisah dengan mulut yang mengata awak sebab saya tau awak akan berubah. Tapi, ini yang awak balas? Huh ?! Awak tahu tak, saya menyesal kenal awak. Saya menyesal.. " Belum sempat Faiha menghabiskan ayat, bibirnya terus diragut oleh Randy.

"Ummph- !" Faiha cuba menolak tubuh Randy. Tangannya memukul-mukul tubuh Randy. Rasa jijik apabila diperlakukan seperti itu.

"Saya benci awak ! I hate you, Randy Fernandez !" Hambur Faiha apabila bibirnya dilepaskan. Dia terus bangun mencapai kunci kereta. Dia perlu pergi dari sini. Biarlah apa yang akan berlaku. Dia dah tak kisah !

•••••

Randy FernandezWhere stories live. Discover now