Part 24 - Diekori

3.6K 363 31
                                                  

Di hadapannya, terdapat sebuah bilik yang begitu asing baginya. Pintu kayu yang berlubang dimakan anai-anai, dia tolak perlahan. Entah mengapa, dia bagaikan tertarik untuk mengetahui apa yang terdapat dalam ruangan itu.

Bunyi engsel karat kuat kedengaran. Jelas menunjukkan bahawa bilik itu sudah lama tidak berpenghuni.

Pintu terbuka luas. Cahaya dari luar mula menerobos masuk ke ruangan itu. Menerangi setiap sudut bilik termasuklah satu susuk tubuh seseorang. Kehadiran Faiha disedari di situ. Keadaan terus menjadi senyap sepi.

Faiha tersentak apabila 'dia' mengangkat wajah. Anak mata itu kelihatan merah menyala walaupun berada dalam keadaan gelap. Manakala di bibir penuh dengan darah.

Lelaki itu..

Randy !

Faiha menapak selangkah ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faiha menapak selangkah ke belakang. Pucat lesi wajahnya. Bau hanyir mula  menusuk ke dalam hidung. Tangan terketar ketar melihat apa yang berlaku di depan mata. Lelaki itu sedang menggigit satu ketulan berdarah. Menitik hingga mengotori lantai. Di tangan lelaki itu bagaikan disimbah dengan cecair merah yang pekat dan likat.

Tanpa menunggu lama, berdesup dia lari naik ke atas. Terdengar derap langkah yang mengejar dari belakang. Pintu terus dikunci dari dalam sebaik saja dia berjaya memboloskan diri dalam bilik. Dia tercungap cungap. Perlahan dia mengundur ke belakang sambil memerhati pintu yang tertutup rapat.

Ketakutan mula menguasai diri Faiha apabila tombol pintu digoncang kuat. Seperti ada seseorang yang cuba membuka dari arah luar. Tak cukup dengan itu, terdengar hentaman kuat pada pintu tersebut. Berkali-kali tanpa henti. Berdentum bunyinya.

Faiha buntu. Dia tak tahu di mana harus dia sembunyikan diri. Dia tiada jalan keluar. Dia terperangkap dalam bilik itu. Bersama Randy yang bagaikan dirasuk syaitan di luar itu. Itu bukan Randy yang dia kenal. Itu bukan suaminya !

Satu hentaman kuat berjaya memecahkan pintu bilik itu. Muncul Randy yang berlumuran darah.

 Muncul Randy yang berlumuran darah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Randy FernandezWhere stories live. Discover now