"Nanti..." 3

20 1 2
                                    

"Fira? Dah makan belum ni?" Sapa satu suara dari samping Fira.

"Eh? Makcik. Belum makan lagi. Fira x rasa lapar lagi sebenarnya." Sambut Fira sambil tangannya yang tadi sibuk melipat tikar yang digunakan ketika kenduri tahlil tadi.

"Laa ye ke. Nanti kalau nak makan, ambil je kat dapur tu. X elok biar perut tu kosong. Nanti masuk angin pula."

"Baik, Makcik. Nanti Fira makan."

"Oh ye, panggil makcik 'mak' je. Jangan malu-malu."

"Baik, makcik. Eh, mak." Fira mengiyakan sambil tersenyum kecil.

"Mak masuk rehat dulu, ye. Fira jangan tidur lambat sangat." Fira hanya mengangguk tanda faham sebelum menyambung semula kegiatannya yang  sempat tertangguh tadi.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

"Fira. Jom makan dulu." Ajak Safitri setelah melihat Fira sudah selesai dengan kegiatan mengemasnya.

"Eh?! E-emm, baiklah." Fira mengikuti langkah Safitri dari belakang.

Setibanya mereka berdua di dapur, terlihat Sofia dan Emilza sudah siap menunggu di meja makan dengan makanan yang sudah siap terhidang.

"Haa Fira, jemput duduk. Kita makan sama-sama." Emilza menjemput Fira duduk. Sofia hanya tersenyum sambil sibuk mencedokkan nasi ke dalam pinggan.

Fira tidak terus duduk malahan membawa dirinya ke arah sinki untuk mencuci tangannya terlebih dahulu. Setelah itu, dia terus mengambil tempat di sebelah Safitri.

"Haa, Fik-Fia. Sofia. Hang bacakan doa makan." Arah Safitri kepada Sofia. Walau pada mulanya dia hampir terlepas cakap.

"Asal Sofia pulak yang baca. Akak laa." Rengek Sofia cuba untuk mengubah suasana. Fira hanya senyap seribu bahasa. Tangannya menguis-nguis nasi yang ada di dalam pinggan di hadapannya. Sebiji demi sebiji butiran nasi dimasukkan ke dalam mulutnya. Fikirannya menerawang entah ke mana.

"I don't mind." Fira bersuara secara tiba-tiba. 3 beradik yang sedang berkomunikasi menggunakan isyarat mata tadi terdiam sambil masing-masing memandang antara satu sama lain; terkejut dan kehairanan.

"Fira tak kisah kalau akak-akak nak cakap tentang Fika. Lagipun, Fira kalau boleh nak tahu lebih banyak tentang Fika. Tu pun kalau akak-akak sudi nak ceritakan lah." Fira kembali bersuara seraya tersenyum kecil sebelum menyambung suapan nasi kosongnya tu.

"Fira memang nak makan nasi kosong je ke? Penat kami masak lauk sedap-sedap hari ni tapi nasi kosong je Fira makan." Ujar Emilza, berseloroh. Fira hanya tergelak kecil apabila mendengar kata-katanya yang keluar dari mulut Emilza. Sofia dan Safitri hanya tersenyum lega apabila melihat keadaan Fira yang semakin tenang berbanding awal pertemuan mereka pada petang tadi.

"Sebelum tu, kita baca doa dulu lah seeloknya." Sahut Sofia lalu memulakan bacaan doa makan mereka pada malam itu. Seraya itu, yang lain turut menadah tangan bersama.

"Aamiin." Ucap mereka berempat serentak sebaik sahaja Sofia selesai membaca doa.

"Haa, Fira nak kenal lebih banyak tentang Fika, kan? Ni, cuba rasa ayam masak merah ni. Ni antara lauk kesukaan Fika tau." Ujar Safitri sambil tangannya mencedokkan seketul ayam masak merah ke dalam pinggan Fira. Kuahnya juga tidak lupa dicedokkan sekali ke dalam pinggan Fira yang kini bukan lagi hanya terisi nasi kosong.

"Haa, ni air untuk Fira. Tapi.." Kini giliran Sofia pula menghulurkan segelas air yang berisikan air sirap kepada Fira. Perkataannya yang tergantung itu membuat hampir semua yang berada di meja makan itu penasaran dengan lanjutan perkataannya.

"Tapi apa, kak Sofia?" Tanya Fira; penasaran. Tangan kirinya menyambut huluran gelas yang berisi air sirap dingin dari Sofia.

"Maaf, tangan kiri." Ujar Fira lagi kerana terpaksa menggunakan tangan kiri dek kerana tangan kanannya diselaputi kuah sambal ayam.

"Tapi tu bukan air kegemaran Fika. Hehe.." sambung Sofia sambil tersengih-sengih dengan lawak bodohnya yang tak berapa nak kelakar tu. Emilza dan Safitri yang bengang dengan adik mereka itu, masing-masing memukul bahu dan menginjak kakinya. Sofia apa lagi, terus menjerit kesakitan. Fira yang melihat kerenah adik-beradik Fika itu tertawa lepas namun still sopan laa... takde lah mengilai macam mak lampir.

"Eee kau ni kan.. nak bergurau pun bertempat lah." Marah Emilza dengan sedikit berbisik. Gelagat Emilza itu tidak terlepas dari pandangan Fira. Kenal sangat dia dengan benda-benda macam tu.

"Kalau air ni bukan favourite Fika, air apa yang jadi favourite dia?" Tanya Fira, mulai menunjuk minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Fika.

"Well, actually kami pun kurang pasti. Macam ayam masak merah ni lah. Selain masakan ni, ada pelbagai lagi yang jadi favourite dia. Huhu." Jelas Sofia dengan lebih lanjut. Tangan kirinya tergaru-garu pipi kirinya sambil tersengih canggung.

"Yeah, I get it. She sure love a lot of things. I know one of her favourite drinks." Wanita-wanita yang lebih berumur berbanding Fira itu menunggu Fira menyambung perkataannya dengan penuh minat.

"She love to drink ice Matcha latte." Ujar Fira sambil tersenyum. Seketika dia teringat akan keletah Fika yang suka sangat order air tu kalau diorang keluar minum bersama.

"Owh, haah. Betul2. Ingat tak, kalau dia beli air dekat TehLife, dia mesti order perisa teh hijau."

"Haah, kan."

Fira dan 3 orang kakak sahabatnya meneruskan makan malam mereka sambil berbual kecil.  

Tanpa sedar, Fira mengukirkan senyuman. Dia menyadari bahawa Fika pergi meninggalkan keluarga yang hangat dan dia cukup lega mengetahui bahawa Fika sentiasa dikelilingi sosok-sosok yang baik walau Fira tidak selalu bersama dengannya. Sungguh, dia cemburu dengan Fika yang mempunyai keluarga yang hangat seperti ini; tidak seperti dirinya.

🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐🎐

Sorry, for the short update even after a long hiatus🙇🏻‍♂️

Salam Ramadhan semua😊

2021-04-30 / 17 Ramadan 1442h

"Nanti.."Where stories live. Discover now