Part 30 - Balik kampung

2.6K 399 44
                                                  

Buah rambutan yang berwarna merah menyala itu dipetik lalu dilempar ke bawah. Balingan itu masuk tepat ke dalam bekas yang hampir penuh dengan buah rambutan. Satu lagi buah dipetiknya. Dibuka lalu dimasukkan ke dalam mulut. Manis !

Faiz Imran memaut dahan pokok itu. Ini kalau jatuh boleh patah tulang beb ! Tapi, jangan risau. Ini Faiz Imran, pemanjat pokok terbaik abad ini.

Dengan berhati hati, dia menuruni pokok itu. Sebenarnya, dia boleh saja gunakan galah ayahnya. Tapi, dia lebih suka memanjat. Sudah menjadi hobi waktu petang untuk dia berada di atas pokok.

Kaki menjejak tanah. Rambutan yang bertaburan atas rumput, dia kutip lalu dimasukkan ke dalam bekas. Cukuplah untuk hari ini.

Bunyi hon kereta membuatkan Faiz menoleh. Dia melihat sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah. Terbit senyuman kegembiraan di wajahnya.

"Ayah ! Abang Randy dengan akak dah sampai" jerit Faiz dari luar rumah. Dia lihat kakak dan abang iparnya keluar dari perut kereta. Segera dia bersalam dengan kedua-duanya.

"Ayah mana?" Soal Faiha sambil mata meliar mencari kelibat si ayah. Randy pula bergerak ke bonet untuk mengambil beg pakaian mereka.

Belum sempat Faiz menjawab, muncul Imam Aazad di muka pintu. Riak teruja terpamer di wajah melihat anak gadis dan menantunya pulang.

"Eh ! Tu kenapa berbalut dahi tu?" Imam Aazad kehairanan. Anak dan menantunya dipandang silih berganti.

"Tak ada apa lah. Sikit je ni" Faiha mengelak untuk memberitahu perkara sebenar. Dia tak mahu ayahnya risau.

"Dah dah. Pergi bawa Randy masuk bilik, rehat dulu" kata Imam Aazad. Faiha mencebikkan bibir. Lebihkan menantu daripada anak sendiri nampak.

Sepatutnya ayah suruh Randy bawa aku msauk bilik. Ni terbalik pula. Siapa yang sakit sebenarnya?

"Ala.. baru ingat nak berbual dengan Abang Randy" Faiz memuncungkan bibir tetapi dibalas dengan jelingan tajam ayahnya. Paham sangat dengan jelingan itu.

Faiha hanya menurut arahan ayahnya. Randy dibawa ke bilik tidurnya. Bilik itu kelihatan kemas seperti selalu. Mesti ayah yang uruskan biliknya setiap hari bagi mengelakkan daripada berhabuk.

"Awak rehat dulu. Saya nak tukar baju" kata Faiha sambil membuka almari pakaian.

Randy hanya mengangguk. Dia meletakkan beg pakaian di hujung bilik sebelum membaringkan badan di atas katil. Badan diregangkan bagi menghilangkan rasa penat. Mulut yang menguap besar ditutup dengan tangan. Matanya terasa berat. Tak lama kemudian, mata itu terus tertutul rapat.

Faiha yang melihat menggeleng perlahan. Wajah kacak itu nampak tenang ketika tidur. Berbeza sekali jika mata helang itu terbuka. Tengok orang macam nak bunuh je. Tanpa menunggu lama, dia terus menyalin pakaian. Memandangkan lelaki itu sedang tidur, tak ada lah dia berasa malu.

•••••

"Nah !"

Faiha menghulurkan lipatan kain itu pada Randy. Lelaki itu menjungkitkan sebelah kening. Wajah pelik ditayangkan.

"Ayah suruh pakai ni pergi masjid" kata Faiha ringkas. Dia tidak ikut sama ke masjid kerana bendera merah.

"I don't know how to wear this"

Huluran disambut oleh Randy. Dengan muka menyebalkan, dia cuba memakai kain pelekat itu. Ke kiri ke kanan dia cuba memusing tetapi tidak berjaya. Faiha sudah menahan ketawa. Dah macam budak lima tahun nak pergi sunat. Dengan tak kemasnya. Adoi !

Randy FernandezWhere stories live. Discover now