Part 20 - First kiss 🔥

3.8K 373 37
                                                  

Pembaca bawah umur tak digalakkan untuk meneruskan bacaan. Jangan kata sis tak bagi amaran‼️

•••••

Faiha Jannah membuang pandang ke luar tingkap. Hari sudah larut malam. Memang sengaja suaminya itu bertolak lewat. Katanya mahu luangkan lebih masa bersama ayah dan Faiz. Terasa berat hati mahu meninggalkan mereka di kampung.

Status dirinya kini sudah berubah. Dari bujang kepada isteri orang. Dari gelaran cik bertukar kepada gelaran puan. Bukan itu sahaja, tanggungjawabnya juga semakin berat. Tak mudah baginya untuk menerima perubahan mendadak ini. Walau bagaimanapun, dia perlu terima hakikat bahawa syurganya terletak di bawah telapak kaki Randy Fernandez. Apa pun keputusan mestilah didahului dengan lelaki itu.

Lamunan Faiha terhenti apabila Randy memanggil namanya. Suka betul dia sebut nama penuh aku. Tau la nama aku cantik macam tuan dia.

Faiha Jannah menoleh, memandang Randy yang sedang fokus pada pemanduannya. Sempat dia menilik wajah kacak lelaki itu. Dari dahi, turun ke hidung dan kemudian ke bibir. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Raut wajah itu sememangnya boleh mencairkan hati para wanita.

"Can I ask you something?" Suara itu menyedarkan Faiha yang terlalu ralit dengan panorama indah di depan mata. Aduh ! Nasib tak kantoi !

Faiha mengangguk kecil. Tiada suara yang keluar bibirnya.

"Kenapa you pilih I berbanding Akil?" Soal Randy tenang. Perkara itulah yang sentiasa bermain di fikirannya. Dia mahu jawapan yang jujur dari gadis itu.

"Awak terasa dengan apa yang dia kata ke?" Faiha tidak terus menjawab. Malah, soalan lain pula yang diajukannya.

"No.. I'm just wondering" balas Randy ringkas. Dia mengerling Faiha Jannah yang sedang membetulkan duduk supaya lebih selesa.

"Awak sendiri tengok macam mana perangai dia yang sebenar. Awak bayangkan kalau saya pilih dia, apa yang akan jadi pada saya. Kalau segi luaran, yes memang saya akan pilih dia. Tapi, Allah bagi petunjuk pada saya untuk buka hati pada awak" kata Faiha panjang lebar.

"Akil kata macam tu sebab dia jumpa gambar-gambar awak di internet. Dan saya sendiri pun tengok. Saya akui, hati saya remuk tengok semua tu. Tapi, saya tak nak kenal Randy Fernandez yang itu. Yang saya kenal hanya lah Randy Fernandez iaitu suami kepada Faiha Jannah. Bukan Randy Fernandez yang dulu tu" sambungnya lagi. Tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi. Lebih baik dia ceritakan semuanya bagi mengelakkan berlakunya salah faham.

Jawapan itu membuatkan bibir Randy Fernandez tersenyum bahagia. Entah mengapa, timbul perasaan tenang dan lega dalam hatinya. Mungkin berpuas hati dengan kata-kata isterinya.

Sebelah tangan mencapai jemari runcing isterinya lalu digenggam lembut. Tindakan itu membuatkan Faiha tersentak. Seperti ada aliran elektrik apabila jemari mereka bersatu. Namun, dia membiarkan saja. Lagipun, genggaman itu sedikit sebanyak memanaskan tangannya yang hampir membeku.

 Lagipun, genggaman itu sedikit sebanyak memanaskan tangannya yang hampir membeku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Randy FernandezWhere stories live. Discover now