Part 25 - Rumah

3.1K 291 11
                                                  

Kereta Audi R8 berwarna hitam itu bergerak perlahan memasuki perkarangan rumah banglo yang kelihatan bercahaya. Handbreak ditarik dan kemudian enjin dimatikan.

Randy Fernandez menoleh ke sebelah. Matanya melorot pada Faiha Jannah yang belum sedarkan diri. Penangan ubat tidur yang diberikannya tadi. Wajah yang sedang tidur itu membuatkan hatinya berasa tenang. Tidak dapat diungkapkan perasaanya ketika ini. Perasaan takut dan marah tadi serta merta terbang pergi saat melihat mata yang tertutup rapat itu.

Nasib baik tiada perkara buruk yang berlaku. Dia tak mahu apa-apa terjadi pada Faiha. Gadis itu adalah nyawanya. Dia tak akan lepaskan sesiapa yang cuba menyakiti Faiha Jannah. Tak akan !

Tentang kenderaan yang mengekori tadi, dia yakin itu adalah musuhnya. Dia sudah biasa dengan semua itu. Cuma yang dia takut sekarang ialah Faiha. Gadis itu tidak mengetahui apa-apa berkenaan tentang sisi gelapnya. Dia takut mereka itu akan menggunakan Faiha sebagai galang ganti untuk menjatuhkannya.

Randy Fernandez keluar dari kereta. Dia memandang Zen yang sedang menghampiri. Lantas isyarat mata diberikan untuk menyuruh Zen memeriksa bahagian belakang kereta. Dia rasa, boleh tahan retak jugak cermin tu. Kereta mahal kan, memang payah la nak pecah.

Tanpa kata, lelaki bersut hitam itu mengangguk sebelum melakukan seperti yang diarahkan oleh majikannya.

Randy bergerak ke tempat penumpang hadapan. Tali pinggang keselamatan yang dipakai Faiha ditanggalkan dengan penuh berhati hati. Dia tidak mahu gadis itu terjaga dari lena. Kemudian, tubuh kecil itu terus dicempung masuk ke dalam rumah.

Sekarang ini, mereka berada di rumah yang mana terletaknya markas rahsia. Selepas kejadian tembak tadi, dia memilih untuk membawa Faiha ke situ. Tiada siapa yang tahu tentang keberadaan tempat ini kecuali orang yang dia percaya.

Randy Fernandez memasuki bilik gelap itu. Mana taknya, dari cadar katil hinggalah ke warna langsir semuanya hitam. Warna yang paling dia suka. Sesuai dengan kegelapan dalam hatinya. Mungkin selepas ini dia perlu menukar warna yang lebih cerah. Kehadiran Faiha dalam bilik ini bagaikan membawa sinar baru. Begitu juga dengan hati dan jiwanya.

Tidak mahu lena gadis itu terganggu, Randy Fernandez meletakkan tubuh kecil isterinya di atas katil dengan perlahan-lahan. Faiha mengeliat kecil sebelum kembali tidur.

Randy Fernandez tersenyum melihat telatah isterinya. Mata tak lepas menilik wajah manis itu. Sempat jarinya mengusap lembut pipi Faiha Jannah.

"Sleep tight and sweet dream, sayang" Bisik Randy di telinga Faiha. Satu kucupan hinggap lama di dahi itu.

Ada perkara penting yang perlu dia selesaikan bersama Zen di bawah. Tetapi, sebelum itu ada benda yang perlu dia buat terlebih dahulu. Melihat Faiha yang sedang berbaju kurung dan bertudung di kepala membuatkan dia berasa rimas.

Dia memandang Faiha yang sedang enak dibuai mimpi. Dari atas hingga ke hujung kaki, semua ditilik. Bibir menarik senyuman gatal sebelum menapak perlahan mendekati gadis itu.

•••••

"Sayang.. bangun !" Kejut Randy sambil mengusap rambut Faiha. Tubuh itu bergerak kecil sebelum bangun dari tidur. Dari berbaring, dia terus terduduk di atas katil sambil mata memandang sekeliling bilik.

"Randy.. kita kat mana?" Soal Faiha apabila melihat ruangan bilik yang begitu asing di matanya. Nampak mewah semacam je. Tak kan hotel kut. Tapi, tak ada pula Randy cakap nak pergi bercuti.

"Rumah lama I. Kita tinggal kejap ye kat sini"

Faiha mengangguk faham. Dia tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku semalam. Tiba-tiba saja kepalanya berdenyut dan mata memberat. Dan rasa mengantuk itu masih dirasai hingga sekarang. Nasib baik la hari ni hujung minggu. Tak ada la dia risau nak berkejar ke sekolah.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now