"Dulu, Fika selalu datang duduk kat sini. Kalau nampak dia datang and duduk termenung dekat sini, mesti ada something yang mengganggu fikiran dia."

Fira hanya memandang lurus ke hadapannya; entah apa yang ditenungnya. Yang pasti, dia mendengar apa yang diceritakan kakak sahabatnya itu.

"Fika ni pendiam sikit orangnya. Dalam family akak pun, dia banyak cakap dengan akak je. Mungkin sebab jarak umur kami cukup dekat." Sofia menyambung sambil matanya mengikut arah pergerakan burung yang terlihat sedang terbang bebas di udara.

"Akak sebenarnya jarang dengar Fika bercakap tentang kawan dia. And akak tak rasa dia ada ramai kawan dekat luar sana. Kalau ada pun, mungkin kawan satu kelab dia." Fira melirik sedikit ke arah Sofia dari ekor matanya; sebelum mengalihkan kembali perhatiannya kepada cebisan rumput yang dia cabut dari akarnya. Nada sayu kedengaran dari kata-kata yang keluar dari mulut Sofia.

"Tapi, Fira sorang je yang dia banyak cerita dekat akak. Fira itu laa, Fira ini laa. Akak suka tengok dia bila dia bercerita tentang Fira dekat akak. Dia nampak happy sangat." Sofia menyambung lagi dengan senyuman yang mulai mengembang di wajahnya apabila teringatkan memorinya bersama adik kesayangannya itu.

"Terima kasih, Fira. Terima kasih sebab dah jadi sahabat yang baik untuk adik akak."

"E-emm, saya yang patut berterima kasih dengan Fira, akak. Dia dah banyak bantu saya sebelum ni." Airmata yang sudah tidak mampu ditampung oleh kelopak mata Fira akhirnya tumpah membasahi bumi.

"Dia selalu ada ketika saya perlukan dia. Dia selalu meluangkan waktu dia untuk dengar luahan hati saya. T-tapi.."

"Sofia! Fira! Jom masuk! Nak maghrib dah ni!" Belum sempat Fira habiskan kata-katanya, satu suara mencelah diantara perbualan mereka berdua.

"Jom Fira, kita masuk ke dalam. Nanti kita sambung lagi." Fira hanya mengangguk setuju sambil perlahan mengikuti langkah Sofia masuk ke rumah keluarga Fika.

"Fira, nanti stay je lah sini. Lagipun hari pun dah lewat kalau Fira nak pergi cari hotel." Fira mengangguk bersetuju. "Fira boleh guna bilik akak. Biar akak yang stay dekat bilik Fika."

"Ee-emm, akak.. boleh tak kalau Fira nak stay dekat bilik Fika?" Mohon Fira kepada Sofia. Sofia memandang Fira yang sedang menunggu jawapan darinya dengan bibir yang diketap rapat; gugup mungkin dengan permohonannya sendiri.

"Boleh je, kenapa tak boleh pula." Sofia menjawab sambil tersenyum hangat. "Bilik sofia ada kat tingkat atas; bilik paling hujung sebelah kanan. Fira pergilah rehat dulu. Akak pun nak siap2 untuk kenduri tahlil malam ni." Sofia terus beredar memasuki biliknya yang berada bersebelahan dengan bilik Fika; sedangkan Fira berjalan ke arah keretanya untuk mengambil beg pakaian yang telah dia siapkan sebelum datang ke kampung Fika.

❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁

Fira menolak daun pintu bilik Fika dengan berhati-hati. Jantungnya entah mengapa berdegup kencang secara tiba-tiba. Gugup? Entah kenapa dia harus merasa gugup dengan hanya untuk melangkah masuk ke bilik sahabatnya itu. Mungkin kerana ini adalah pertama kali dia memasuki ruangan privasi arwah sahabatnya itu, walaupun sebelum ini dia tinggal sebilik dengannya ketika di tempat pengajian mereka dahulu.

Perlahan; dia melangkah masuk ke ruangan yang tidak berpenghuni itu. Kelihatan dinding yang dicat berwarna hijau pastel memenuhi deria penglihatannya. Jarang sekali warna ini dipilih bagi menghiasi bilik milik seorang perempuan. Biasanya mesti warna unggu, merah jambu ataupun putih. Seketika dia teringat akan perbualannya dengan arwah Fika suatu ketika dulu. Mereka membicarakan tentang bilik mereka. Ketika itu Fika sedang menginap di rumah Fira.

"Nanti.."Where stories live. Discover now