Part 18 - Kata Putus

3.1K 373 96
                                                  

"Faiha akan kahwin dengan Randy" lancar ayat itu keluar dari bibirnya. Keputusan yang dibuat bukan atas dasar cinta. Dan bukan juga atas dasar terpaksa. Dia berada di tengah- tengah. Tak dapat digambarkan perasaannya ketika ini.

"Ini bukan benda main-main" suara Imam Aazad bergema di hujung talian. Nada suaranya kedengaran terkejut dengan pernyataan Faiha.

Faiha hanya diam. Telefon bimbit digenggam kemas. Sejak dua menjak ini fikirannya terlalu bercelaru. Serabut dengan keadaan yang sedang berlaku. Dia sedaya upaya untuk menjauh dari semua orang. Dia banyak bersendiri, memohon petunjuk dariNya. Mungkin.. inilah jalan yang terbaik. Yang telah ditakdirkan untuknya.

Imam Aazad menghela nafas berat. Talian telefon sunyi sepi sebelum dia memulakan bicara.

"Faiha dah fikir masak-masak ke? Jangan disebabkan mulut orang kampung, Faiha buat semua ni. Ayah tak nak Faiha paksa diri semata mata nak puaskan hati orang lain. Ini soal masa depan anak ayah" Imam Aazad menasihat dengan penuh lemah lembut. Kasihan dia dengan Faiha yang menjadi cemuhan orang kampung.

"Faiha ikhlas terima dia. Apa pun kekurangan dia Faiha terima. Faiha akan cuba bimbing dia" balas Faiha. Dia menggariskan senyuman manis. Walaupun ayahnya tidak melihat senyuman itu, tetapi cukuplah sebagai penghibur hati sendiri.

•••••


Ain Amani memeluk erat tubuh kecil sahabatnya. Akhirnya dapat juga mereka bertemu. Andrea pula tidak dapat menyertai mereka kerana terdapat temujanji dengan doktor. Maklumlah mak buyung la katakan.

"Congratulations babe ! Aku gembira kau dah nak tamat zaman bujang. Akhirnya kita dah jadi satu family !" Ucap Ain yang dari tadi tersengih- sengih. Bukan main gembira Randy apabila mendapat kata putus dari Faiha. Tak pernah dia melihat wajah bahagia lelaki itu. Ini pertama kali !

L

aju betul lelaki itu buat kerja. Baru dia dan Andrea plan nak jodohkan si Faiha ni dengan Randy. Tup tup ! Mereka yang terkejut dengan berita ini.

Ain Amani memandang lama senyuman nipis itu. Tiada lagi kemanisan yang selalu ditunjukkan pada wajah bersih itu. Muka yang sepatutnya berseri- seri itu seakan akan pudar bagaikan menanggung satu bebanan yang besar.

"Kenapa ni? Macam tak suka je. Kau kata dah boleh terima Randy. Jangan cakap kau nak ubah fikiran. Hey Faa ! Kau dah bagi kata putus pada ayah kau tau. Jangan buat dia kecewa" kata Ain Amani panjang lebar. Takut juga kalau Faiha buat keputusan di luar kawalan. Walaupun dia tahu gadis itu tidak akan pernah berbuat demikian.

"Bukan la.. " balas Faiha sambil menggosok telinga. Perempuan ni kalau bercakap, laju macam kereta api !

"Oh! Bukan eh?" Ain Amani menggigit bibir.

"Habis tu? Kenapa?" Soalnya lagi.

"Kau rasa aku buat keputusan yang betul ke?" Tanya Faiha ikhlas. Redup mata itu memandang Ain Amani yang duduk berhadapan dengannya. Dia perlukan seseorang untuk meluahkan rasa hatinya.

"Faiha Jannah ! Look here ! Kau dah minta petunjuk dan kau dah berdoa, kan? Jadi, sekarang ni kau kena yakin Allah dah atur yang terbaik untuk kau" Sedaya upaya Ain Amani memberikan kata semangat. Dia tak tahu apa yang terjadi di sebalik semua ini. Namun, yang dia tahu dia akan sentiasa ada di sisi sahabatnya ketika susah dan senang.

"Tapi, aku takut kalau keputusan aku tu salah. Kau sendiri tahu dan kenal Randy tu macam mana" Kata Faiha lagi. Perkara inilah yang asyik membuatkan tidur malamnya tak lena. Dia takut keputusannya itu akan memakan diri.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now