Part 17 - Janji

2.7K 358 23
                                                  

Roda kereta bergerak perlahan memasuki kawasan halaman rumah. Suasana kampung yang amat dia rindui. Tenang dan nyaman menandakan udara di situ tidak dicemari oleh toksin. Tidak seperti di bandar. Yang penuh sesak dengan deretan kenderaan dan bangunan yang tinggi melangit.

Faiha Jannah mematikan enjin sebelum melangkah keluar dari kereta. Halaman yang menghijau itu pasti dibaja dan dijaga baik oleh ayahnya. Maklumlah ayahnya seorang pekebun. Memang hobinya bercucuk tanam. Tengok saja la halaman rumah yang penuh dengan karpet rumput halus. Ada saja pokok yang hendak ditanam.

Faiha mengeliat kecil untuk meregangkan badan setelah penat memandu. Sanggup dia tak tidur malam tadi semata-mata mahu menghabiskan semua kerja. Badannya bertambah penat apabila terpaksa bertolak awal pagi untuk sampai di kampung.

Imam Aazad yang sedang menyiram pokok segera ke lama hadapan untuk melihat siapa yang datang. Melihat susuk tubuh itu, senyuman gembira terus menghiasi bibir tua itu.

"Eh Faa..! Rindunya anak ayah ni. Kata semalam tak boleh balik" Imam Aazad menyambut riang kepulangan anak gadisnya itu.

"Faa dah siapkan semua kerja. Rindu sangat kat ayah sebab tu Faa balik" jawab Faiha. Tangan ayahnya disambut dan dicium hormat. Tangan yang membelainya sejak kecil. Tangan itu jugalah menjadi nadi dalam kehidupannya.

"Jom masuk. Ayah nak masak special untuk Faa" Dia menarik lembut tangan Faiha memasuki rumah. Tangga rumah kayu itu dipijak dengan berhati-hati.

Faiha hanya mengangguk setuju. Sudah lama dia tidak merasa masakan ayahnya. Air tangan lelaki itu memang tiada tandingannya. Malunya dia kalau tidak tahu memasak.

"Sunyi je rumah. Mana di si budak Faiz tu?" Faiha memandang sekeliling isi rumah. Televisyen yang tidak dipasang membuatkan dia pelik. Selalunya Faiz akan menonton televisyen di ruang hadapan ini.

"Awal-awal pagi lagi dia pergi pekan. Ingat tak lelaki mat salleh yang ayah cerita semalam? Haa lelaki tu la yang bawa dia" Faiha Jannah mengangguk faham. Bukan main rapat lagi adiknya dengan mat salleh tu. Padahal baru je kenal.

"Dia balik nanti ayah kenalkan dia" sambung Imam Aazad lagi.

Sedang mereka berbual. Kedengaran deruman enjin kereta. Kemudian, ada suara memberi salam diselangi dengan gelak tawa riang. Suara yang satu itu, dia kenal la. Memang itu suara Faiz Imran, adik lelakinya. Yang lagi satu tu... Macam pernah dengar. Macam familiar.

"Ingatkan kereta siapa kat luar tu. Kakak dah balik rupanya" Faiz Imran mendekati Faiha Jannah untuk bersalaman dengan kakaknya. Jarang mereka dapat bertemu. Kalau berjumpa pun asyik kena bebel je.

"Kenalkan. Ni anak pak cik. Faiha Jannah namanya" Imam Aazad mula bersuara apabila melihat mereka berdua diam membisu. Dapat dia rasakan suasana menjadi hangat tiba-tiba. Dengan muka Faiha yang... entahlah ! Seperti tak suka dengan kehadiran Randy di situ.

"Apa tujuan awak rapat dengan keluarga saya?" Matanya memandang tajam ke arah Randy Fernandez. Tak sangka orang yang ayah cerita itu ialah lelaki yang selalu menganggunya.

Imam Aazad dan Faiz Imran diam seribu bahasa. Mereka keliru dengan apa yang sedang berlaku ketika itu. Langsung tiada kelembutan pada suara Faiha Jannah, gadis sopan yang mereka kenal sejak dulu.

"I belajar Islam dari ayah you. Salah ke?" Kata-kata Randy membuatkan Faiha menjadi bengang. Asap volcano semakin mendidih di kepala. Salah tu tak, tapi kenapa ayahnya menjadi pilihan? Kenapa ?! Tak mungkin semua ini terjadi kerana kebetulan. Pasti ianya sudah dirancang dengan teliti. Ya ! Dia kenal sangat dengan lelaki itu.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now