Setelah Ira menghabiskan sarapannya,Ira terus menyarung kasut sekolahnya dan menuju ke kereta ibunya.Manisah dan Rezman menaiki kereta yang berbeza kerana tempat kerja mereka berlainan tempat dan agak jauh.
Ira masih lagi menguap.Matanya kelihatan kuyu sahaja dan dia jugak tidak mempunyai semangat untuk ke sekolah.
"Ira ok ke ni?" Soal Manisah terhadap anaknya itu sambil kedua tanganya sedang memegang stereng keretanya.
"Ira ok." Jawab Ira bohong sambil diukir senyuman yang dibuat-buatnya.Dia tidak mahu ibunya khuatir akan keadaan dirinya tika itu.
Selepas beberapa minit kemudian,akhirnya mereka berdua tiba dihadapan sekolah Ira.Ira menyalam kedua tangan ibunya sebelum keluar daripada kereta tersebut.
---
Ira melilau mencari kelasnya.Puas dia mencari tetapi masih tidak jumpa.Tidak lama selepas itu,Ira terlihat kelibat sahabat baiknya di situ.Tanpa berlengah lagi,dia terus memanggil namanya.
"Tiara!" Laung Ira dari jauh sambil berlari anak ke arah Tiara.
"Emmm...awak ni siapa?" Soal Tiara hairan.Dia masih lagi tidak mengenali sahabatnya itu oleh kerana rupa Ira sudah sedikit berubah.
"Ini akulah,Ira!" Beritahu Ira teruja sambil menanti reaksi daripada sahabat baiknya itu.
"Ira! ni kau ke? Laaaa asal lain do! rindu sia aku kat kau!" Dengan tanpa membuang masa lagi,Tiara terus mendakap Ira dengan begitu erat sekali.Tidak tahu bagaimana hendak diungkapkan rasa rindu yang sudah bergunung dalam hatinya terhadap Ira pada tika itu.
Setelah itu,Tiara meleraikan pelukkan tersebut dan memandang tepat ke arah wajah Ira. "Kenapa kau tak masuk kelas lagi ni?" Soal Tiara aneh.
"Ermmm aku bukannya saje tak masuk kelas lagi...just aku lupa kelas kat mana.Hehe.." Jawab Ira.
"Amboi! baru berapa tahun je kau duduk luar negara tu,dah lupa dah kelas kat mana.Aku tak lupa pulak?" Usik Tiara.
"Hishh kau ni,kau mana boleh aku lupa.Kau best friend aku." Jawab Ira lalu mereka berdua tertawa.
"Kelas kau dekat mana?" Soal Tiara ingin membantu Ira mencari kelasnya.
"5 Putra." Jawab Ira ringkas.
"Eh! kita sama kelas lah!" Beritahu Tiara teruja.
"Serius lahhh!!" Begitu juga dengan Ira yang turut teruja.
"Iyooo...jomlah aku bawak kau gi kelas kita." Lalu mereka berdua menuju ke kelas mereka.
---
Sampai sahaja mereka berdua di kelas,kesemua pelajar di dalam kelas tersebut mengalihkan pandangan mereka ke arah Ira,manakala Ira hanya membalas dengan senyuman.
"Cantiknya dia." Bisik pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut.
"Cikgu,ni pelajar baru kelas kita." Tiara memperkenalkan sahabatnya itu terhadap cikgu kelasnya itu.
"Oh! awak mesti Ira kan?" Tanya cikgu tersebut kepada Ira.
"Ya saya." Balas Ira sambil mengukirkan senyuman.
"Awak boleh pergi duduk disebelah Tiara ya." Kata cikgu tersebut sambil membalas senyuman Ira.
"Baik cikgu." Balas Ira dan mereka berdua menuju ke tempat duduk mereka berdua,manakala pelajar lelaki di dalam kelas tersebut masih lagi tidak mengalihkan pandangan mereka daripada Ira oleh kerana Ira terlalu cantik.
"Ok class!! focus please!" Arah cikgu tersebut dan mereka semua terus memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran cikgu tersebut,tetapi hanya ada seorang lelaki ini sahaja yang terus memandang Ira.Pandangannya dipenuhi dengan persoalan tentang diri Ira.
"Kau pandang apa Fiq?" Soal rakannya disebelah aneh.
"Siapa dia tu?" Soal Afiq sambil meletakkan dua jari di bawah dagunya dengan pandangannya masih lagi memandang Ira.
"Sape? budak baru tu?" Soal Aril sambil memuncungkan sedikit bibirnya ke arah Ira.
"Yup." Jawab Afiq ringkas.
"Takkan kau tak kenal dia?" Soal Aril sambil tersenyum sinis ke arah kawannya itu.
"Huh?" Soal Afiq yang masih terpinga-pinga.
"Budak yang kau selalu ejek dulu.Cakap dia tak cantik,gemuk la,apalah." Terang Aril kepada Afiq.
"What!" Afiq memandang Ira dengan matanya yang sedikit terbeliak.
YOU ARE READING
Enemy To Lover?
RomanceIra sering kali di ejek oleh Afiq di sekolah,iaitu musuhnya.Oleh kerana rupa parasnya yang tidak begitu cantik dan dia juga sedikit gempal,dia sering dijadikan bahan ejekan oleh Afiq.Setelah itu,dia sudah tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan...
