"Tak payah nak bagi alasan. Ajak je Ian breakfast sekali. Kalau dia tak nak, cakap Ibu yang suruh." Sambung Ibu lagi lalu Ibu menutup api dapur. Mushroom soup yang sudah siap dimasak itu dituang ke dalam 4 buah mangkuk yang berbeza.

Ding Dong!

Tindakan aku yang sedang mencapai sebalang serbuk kopi itu terhenti apabila mendengar bunyi loceng rumah itu. Mesti Ian!

Laju sahaja kaki aku melangkah menuju ke arah pintu hadapan itu. Sempat aku dengar umi bersuara sebelum aku sempat membuka pintu.

"Jangan lupa ajak Ian masuk breakfast sekali!" Jerit Ibu. Aku hanya mengangguk dan menjawab 'ya'.

Pintu itu dibuka luas lalu aku melangkah keluar. Remote pagar yang berada di tangan aku itu ditekan lalu pagar rumah aku terbuka secara automatik. Tubuh tegap Ian menyapa pandanganku. Wajah putih bersih Ian dipandang.

"Masuk lah dulu. Ibu ajak breakfast sekali." Dia hanya mengangguk sebagai jawapan sebelum dia membontoti langkah aku menuju ke dalam rumah. Ian memberi salam apabila melangkah masuk ke dalam rumah aku manakala aku hanya menjawab salamnya di dalam hati.

Sempat aku memanggil Ayah yang berada di ruang tamu untuk bersarapan bersama-sama sebelum aku menuju ke dapur untuk sambung membancuh air.

♡♡♡

Aku melangkah keluar dari kereta Ian itu lalu aku mengeliat sedikit. Lenguh! Perjalanan kami mengambil masa selama 4 jam dan sepanjang perjalanan itu, sepatah haram pun tak keluar daripada mulut kami berdua. Langsung!

Dan sepanjang 4 jam itu juga, aku hanya tidur di dalam kereta. Ada juga lah tadi kami singgah di RnR untuk berehat namun tetap sama. Kami hanya diam membisu dan membuat hal masing-masing.

Pandanganku dijamu dengan sawah padi yang luas terbentang. Terasa nyaman dan sejuk hati memandang. Sangat tenang untuk melepaskan tension.

"Nad!" Pandanganku laju berkalih mencari suara itu. Siapa lagi kalau bukan opah! Hanya opah dan atok sahaja yang memanggil aku dengan panggilan Nad. Langsung tiada manusia lain yang memanggil aku dengan nama itu.

"Opahh!" Aku terus berlari ke arah opah yang berada di muka pintu itu. Kasut yang dipakai dibuka dengan kalut lalu tubuh opah dipeluk erat. Ian yang hanya memandang aku dari jauh itu dibiarkan. Biarlah aku nak bermanja dengan opah aku pun. Huh!

"Lama betul tak jumpa cucu opah ni. Haih... Nad sihat?" Pelukan dileraikan lalu pipi aku menjadi sasaran untuk opah cubit. Muka aku berubah cemburut apabila opah memicit-micit pipi mulus aku.

"Sihat je opah... Opah pulak macam mana?" Soal aku. Sebuah senyuman dilemparkan untuk opah.

"Alhamdulillah. Opah macam ni lah, Nad. Sihat-sihat orang tua la." Balas Opah sambil turut terenyum.

"Eh... Atok mana, opah?" Soalku apabila kelibatan atok tidak kelihatan. Kepala aku dipanjangkan untuk mencari kelibat atok yang disayangi.

"Hmm... Atok biasanya tengah melepak la tu dekat kebun. Eh, Ian ke tu?" Terus opah menyoal saat ternampak kelibat Ian yang sedang berjalan ke arah kami berdua.

"Assalamualaikum, Opah." Tangan opah dicapai oleh Ian lalu dia mengucup tangan opah lembut. Aku hanya memerhati dari tepi itu.

"Waalaikumussalam... Haih, lama hang tak mai jenguk opah, Ian. Dah lupa opah ka macam mana?" Ian hanya tergelak kecil mendengar soalan daripada opah itu.

"Tak akan la nak lupa kot. Ye la, Ian siapa je nak datang kampung opah selalu huhuu..." Aku membuat muka yang sukar ditafsir apabila mendengar balasan daripada Ian. Bukan kemain dia bermesra dengan Opah. Dengan aku? Huh!

"Apa pulak cakap macam tu. Ha dah dah. Meh lah masuk. Sampai bila nak duduk dekat luar ni?" Kata Opah. Aku hanya mengangguk.

"Opah masuk lah dulu. Ian nak pergi ambik bag Ian dengan Aireen kejap." Balas Ian. Dia berlalu pergi ke arah kereta semula manakala aku membontoti langkah opah masuk ke dalam. Dah dia yang kata dia nak ambik bag aku sekali, jadi aku tak perlu tolong lah kan?

"Hang pergi lah rehat dulu, Nad. Opah nak sambung masak kejap."

"Tak apa lah. Nad tolong opah masak sekali eh? Dah lama tak memasak dengan opah." Balasku berserta sengihan di bibir. Rindu lah nak masak sama-sama dengan opah!

"Hang tak payah nak mengada. Esok baru kita masak sama-sama ya? Pergi rehat tu. Ajak Ian sekali. Tok sah nak ketegaq!" Aku berdecit sekilas sebelum berlalu pergi dengan pasrah. Tapi cara opah suruh aku ajak Ian berehat sekali tu lain macam. Astaghfirullahalazim.

_______________________________

:: Pendek je chapter kalini sebab dah nak pukul 12 so kalau Author sambung dia akan jadi update esok. Sekian hambar daripada Author Laura ehee <3

InsyaaAllah author bagi special update kalau ramai vote >_<

5'6

5'6

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Truth Untold Where stories live. Discover now