Bila mana aku meminta perancangan yang lebih baik dari author, aku tak maksudkan konflik.
'BAAMM!!'
Wei- MASYAALLAH.. BUNYI APA TU! HUAAA!! Aku nak balik! Kerja sekolah Bi tak siap lagi. Esok Sir Ram Misai Tebal nak kutip. Kalau tak siap nanti kena berdiri kat sebelah tiang bendera sekolah waktu rehat. Malu la kalau orang nampak! Techalla maruah aku.
Dan yang lebih penting, cemana aku nak makan cendol durian makcik Kamehah?? Cendol dia tu dah la pernah menang Akademi Fantasia! Bukan kaleng-kaleng!
Tapi.. Sekarang dah malam. Berdasarkan apa yang aku nampak kat jam berbunga tu la. Lain la kalau jam tu dah mampus.
(Apa kejadah bilik buruk tapi jam macam harga yahudi?)
Tapi kalau aku balik sekarang pun, mana sempat nak siapkan. Lima belas muka surat kot? Buat pakai kaki sekali pun takkan siap.
Haihh.. Tawakkal jelah, Farah Diana.
Hemm.. Apa nama aku pun dah lupa. Banyak sangat pikir hal lain.
'BANGG!!'
"EHH PUCUK PAKU SATU IKAT!!"
Eh ehh.
Hanet betul terkejut aku! Yang jantan ni pun dah kenapa terajang pintu tu sampai pecah kat tengah? Apa dah tak ada tangan nak pulas tombol? Cacat??
MAQAH NI MAQAH!!
"Who the crab yang letak dia kat sini?!!"
Amboih abe, garang nau. Main ketam-ketam pulak.
Bunyi tapak kasut jenama Timberland- mana aku tau? Tadi ada sorang tu baling kat aku sebab aku terpijak kasut dia. Tau la kasut mahal. Tapi siapa suruh ikat tangan aku kuat sangat. Padan muka. Sakit la budu.
Sambung.
Bunyi tapak kasut berlari turun ke tingkat bawah tanah ni. Seorang lelaki- HAA LAKI JAMBAN NI LA YANG BALING KASUT KAT AKU TADI! HANAT KETAIKAN AYAMAN! KO TUNGGU AKU BEBAS NANTI! AKU BALING STILETTO KE KEPALA KO!
"It's me, sir"
"Kepala otak kau! Aku suruh letak dalam bilik kan?!"
"I'm sorry, sir. She stepped on my shoes just now. It's expensive as fq. That's why-"
"Do I look like I care bout your feckin shoes?? Lepaskan dia. RIGHT NOW"
"Baik sir"
Terus lelaki kurang ajar tu datang ke arah aku dan leraikan tali manila yang besar gila bapak macam nak buat main sukaneka.
"Heh. Padan muka kena marah"
"Shut up, girl"
"I'm not a girl"
"What?"
"HOHOHOHO!! Muka cam beruk utan!!"
Lelaki tu hela nafas panjang. Mungkin cuba bersabar dengan gelak taik aku. Ikatan dibuka secepat mungkin dan aku terus berdiri. Ingat nak lari keluar, tapi bila nampak tiga orang lagi lelaki depan pintu, terus tak jadi.
Bukan sebab diorang hensem, tapi sebab ada pistol kat pinggang masing-masing. Glock 19 bhai. Harga mau sampai US$ 499 tu. Kalau harga Malaysia, cecah dua ribu lebih. Kalah phone ayayai bang jali makan petai.
Mana aku tau?
Aku bukak Google la. Lelaki-lelaki ni bodo. Culik aku, tak rampas phone. Ni sekali aku bukak emergency call, berterabur macam perempuan nampak lipas terbang.
"Jalan" lelaki baling kasut tu tolak bahu aku ke depan dengan muka penuh taik macam kena paksa sidai kain. Janam janam betul perangai.
Ohh, kepada yang masih clueless tentang keberadaan aku, aku disini ingin mengesahkan bahawa aku baru saja diculik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Home | Ancestry ✔
Teen FictionSemuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku. Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai abang aku. Choii what in the k-drama world is this? Aku ingat dia main-main. Mana tau nanti aku beria ba...