Part 15 - Bilik

3.7K 402 42
                                                  

Disebabkan kejadian itu, Faiha Jannah mengalami demam panas selama seminggu. Yaa.. seminggu. Memang dasyat penangan yang diterima. Selama itu juga dia kerap bermimpi tentang lelaki itu. Aura yang terdapat pada lelaki bernama Randy Fernandez memang lain macam. Tak pernah dia rasa takut dengan seseorang sampai macam ini sekali.

Walau bagaimanapun, perkara itu disimpan kemas sebagai satu rahsia. Hanya dia dan lelaki itu sahaja yang tahu. Dia langsung tidak membuka mulut. Terutama sekali kepada dua orang sahabatnya itu. Bukan apa, dia tidak mahu memperbesarkan lagi perkara ini. Risau jika ikatan persaudaraan antara mereka renggang gara-garanya.

Disebabkan rapatnya persahabatan mereka, kini dia terpaksa hadap perkara yang sama itu lagi. Dia dapat rasakan, dia akan demam untuk kali kedua. Kali ini bukan seminggu, tetapi sebulan terus! Panggilan yang baru saja diterima dari Andrea membuatkan dia gelisah kembali. Part paling seram ialah ayat ugutan perempuan itu.

"Kau kena datang dan wajib datang !"

Dia baru sembuh dari demam kut. Sanggup tahan sakit seorang diri semata-mata tak nak dua orang kawannya itu risau.

Dan sekarang dia dipaksa untuk datang ke rumah Ain Amani dan Andry Zuhairie Risley di mana akan wujudnya lelaki bernama Randy Fernandez. Memang hari-hari nak bagi aku demam ke apa ni.

Kenapalah lelaki itu mesti wujud dalam hidupnya. Tiada lagi ketenangan yang sentiasa menemani hari-harinya. Lelaki itu ada di mana-mana saja. Kejadian demi kejadian membuatkan mereka bertemu tanpa sengaja. Adakah ini suratan atau kebetulan. Ataupun ianya sudah dirancang dengan teliti?

•••••

Kerana terpaksa aku relakan jua. Tak ada lah terpaksa sangat. Dia memang nak datang pun. Takkan lah dia tak hadirkan diri semata-mata untuk mengelak dari bertemu lelaki itu. Tak logik langsung. Lagipun Randy Fernandez langsung tak ada kaitan dalam hidupnya, buat apa dia risau terlebih. Buat tak tahu sudah la.

Faiha Jannah mahu ada bersama dengan sahabatnya di saat bahagia ini. Ditambah pula dengan telatah Zaura yang sentiasa mencuit hati membuatkan dia tak pernah rasa bosan.

Semalam, sudah di brainwash otaknya dengan kata-kata positif bagi menguatkan hati dan daya tahan. Kalau jumpa buat tak kenal. Yeah prinsip baru untuk memagari diri dari lelaki itu.

Dari jauh sudah kelihatan Andrea dan Zaura di pintu pagar yang terbuka luas. Dia dapat melihat dengan jelas dua pasang khemah yang didirikan di halaman rumah banglo itu. Ramai juga tetamu yang hadir. Tengok betapa banyaknya kereta yang diparking di kawasan itu. Nasib baik sudah disediakan parking khas untuknya. Tak lain tak bukan kerja si Andrea.

"Aunty Faa !" Zaura menjerit riang apabila melihat kelibat Faiha Jannah berjalan masuk ke perkarangan banglo itu. Kanak-kanak itu comel berbaju kurung warna senada.

"Zaura miss Aunty Faa tak? Aunty Faa miss you so much. Eii geramnya pipi ni" pipi tembam Zaura dicubit lembut. Kalau boleh gigit, dah lama dia gigit. Nasib baik anak orang.

"Mestilah Zaura rindu" balas Zaura petah. Tersenyum Andrea dan Faiha melihatnya. Pandai dia menjawab.

"Masuk lah dulu. Kejap lagi majlis nak mula dah" Andrea menjemput ramah. Bukan senang mereka nak berkumpul macam ni. Si Faiha ni kalau boleh, hari- hari sibuk. Ini pun nasib baik hujung minggu. Kalau tak susah betul nak jumpa dia.

Mereka mula memasuki ruang tamu rumah. Tetamu sudah mula berkumpul. Naik segan pula apabila semua mata tertumpu ke arah mereka saat kaki melangkah masuk. Sejak tadi Faiha Jannah menundukkan kepala. Sedaya upaya untuk tidak memandang sekeliling. Dia tahu lelaki itu pasti ada di situ.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now