Part 14 - Tumpang

3.2K 398 49
                                                  

Kereta mewah itu laju membelah keheningan malam. Kegelapan malam yang ditemani oleh cahaya rembulan menambahkan lagi panorama di dada langit yang terbentang luas.

Kemenjadian itu amat sesuai dinikmati oleh pasangan yang mahu merakam detik bahagia bersama. Ditambah dengan bunyi alunan gemersik yang syahdu membelai jiwa. Namun semua itu tidak berlaku antara dua manusia. Suasana sunyi menyelubungi mereka berdua. Langsung tidak kedengaran suara atau bunyi radio.

Faiha Jannah semakin pelik. Lelaki itu langsung tidak bersuara dari tadi. Dan sekarang, mereka sudah berada di pertengahan jalan iaitu hanya beberapa minit lagi mereka akan sampai di destinasi. Dia lihat Randy Fernandez masih tenang memandu. Macam mana dia boleh tahu jalan ke rumah aku padahal aku tak bagitahu dia.


Faiha Jannah cuba berfikiran positif dengan membuang pandang ke luar tingkap. Hampir kering tekaknya sebab dari tadi asyik telan liur. Rasa seperti ada butiran pasir terlekat di kerongkong. Rasa tak sedap hati sejak dia melangkah masuk dalam kereta mewah itu. Seperti ada satu aura yang tak dapat dia ungkap dengan kata-kata. Jantungnya pula asyik berdegup kencang. Entah apa yang dibimbangkan sejak tadi.

Agak-agak dia dengar tak jantung aku yang asyik dup-dap dup-dap? Kut ya pon.. buka la radio tu. Sunyi dia memang tak boleh bawa berbincang. Sampaikan kau boleh dengar bunyi nafas kau sendiri. Ini pun nasib baik keadaan gelap. Kalau tak, lagi la aku rasa nak terjun keluar dari tingkap ni.

Faiha Jannah hanya mampu membebel seorang diri dalam hati. Kau nak mampus cakap depan- depan dia. Maunya dia tut.... Arhhh !! Takut! Tak nak fikir!

Tatkala dia sedang berperang dengan suara hatinya, ada satu suara garau yang berjaya memecahkan dinding kejanggalan dalam kereta itu. Siapa lagi kalau bukan si pemandu di sebelahnya itu.

"Do you still remember me?" Soal Randy Fernandez, memandang lurus ke hadapan. Dia masih fokus pada jalan raya yang tidak terlalu sibuk dengan kenderaan.

Faiha Jannah terkedu seketika. Dia menoleh sekilas ke arah wajah serius itu sebelum cepat-cepat menundukkan kepala, bermain sendiri dengan jari jemari. Sumpah dia tak tahu apa yang perlu dijawab. Hati mahu menjawab 'ya' tetapi otak melarang sekeras-kerasnya.

Faiha Jannah tidak ada jawapan untuk soalan itu. Lama otaknya berfikir untuk memberi isyarat kepada bibir. Malangnya semua itu tidak terkeluar. Soalan lelaki itu dibiarkan tidak berjawab.

Bibir merah Randy Fernandez tersenyum senget melihat reaksi Faiha Jannah yang tak senang duduk. Seperti dapat membaca apa yang bermain di fikiran gadis itu.

"Yes.. I am that guy"

Halus dan lembut ayat itu keluar dari bibir Randy tetapi bagi Faiha ianya kedengaran seram. Bulu roma meremang seluruh badan. Dari menunduk, dia terus mengangkat muka memandang lelaki di sebelahnya. Masih segar di ingatannya akan kata-kata lelaki asing pada malam itu.

Tenang okay. Tarik nafas.. hembus ! Fikir positif ! Mungkin dia cuba bergurau. Atau dia cuba nak uji kau. Haa !

Keadaan sejuk aircond dalam kereta itu langsung tidak terasa. Lehernya terasa berbahang. Tetapi, tangan pula sejuk membeku. Telapak tangannya yang berpeluh digenggam erat.

Tiba-tiba, tangan kekar milik Randy di sebelah mula membuka butang kemeja yang dipakai. Manakala sebelah lagi mengawal kemas stereng kereta. Faiha yang melihat semakin cuak. Selesai itu, kolar ditarik sehingga menampakkan lukisan tatoo di bahagian bawah leher.

"Remember this?"

Kata-kata positif yang menemani fikiran Faiha Jannah tadi, hilang secara tiba-tiba. Memang tak boleh nak positif dah ketika ini. Memang dia lelaki itu ! Faiha masih ingat lukisan tatoo di leher dan lengan lelaki itu. Memang sebijik !

Randy FernandezWhere stories live. Discover now