KIM
Kedua-dua kakinya sedaya upaya bergerak melangkah sepantas yang boleh untuk melarikan diri. Sekilas dia berpaling ke belakang, melihat keadaan yang huru-hara itu dan berpaling pada hadapan pula dengan kaki tidak erti penat lelah berlari.
Hanya Tuhan saja yang tahu keadaan dalam dirinya yang sudah tidak mempunyai tenaga untuk berlari tapi dia terpaksa. Nafas tercungap-cungap mencari udara. Penat! Tapi mereka tidak boleh berhenti dan dia takkan berhenti selagi boleh menyelamatkan diri dari mati ditangan orang yang jahanam itu!
BANG!
BANG!
BANG!
Bunyi tembakkan yang dilepaskan berulang-ulang kali pada tiga adik beradik itu kedengaran. Mereka berlari ketakutan untuk menyelamatkan diri dari mereka sekumpulan Mafia itu takkan berhenti mengejar selagi mata-mata yang melihat kejadian tadi masih hidup!
Iaitu mereka bertiga adik beradik.
Tiga beradik itu pantas mereka berlari tanpa hala tuju untuk mengelak dari dikejar. Dengan keadaan mereka yang cedera, mereka teruskan berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.
"Ril, sini!" Laung si Abang kepada adiknya yang terlepas genggaman tangan kerana adiknya berlari ke arah yang salah. Cepat-cepat si adik berpatah balik mendengar suara abangnya memanggil, kalau tidak mereka pasti akan terpisah.
Genggaman pada tangan adik dipaut kemas semula apabila tangan kecil itu dalam genggaman tangannya, dia eratkan lagi pegangan tangan itu erat.
Si abang menoleh pula melihat pada adik bongsunya yang didukungnya pada sebelah tangan lagi untuk menenangkan keadaan bayi setahun lebih itu dari menangis. Mungkin takut dengan bunyi tembakkan tadi.
Sekilas kepala menoleh melihat dengan takut dan risau agar tidak ada sebarang kecederaan apa-apa pada adik-adiknya juga. Dia menghela nafas lega dalam hati, adik-adiknya selamat.
"Airil sini, sini!" Tangan kecil itu ditarik ke dalam pelukkan dengan cemas. Airil mengemaskan pelukkan pada abangnya sambil memejamkan mata dengan takut.
MEREKA bertiga bersembunyi disebalik belakang dinding bangunan lorong terbiar disebalik hutan semak itu. Nafas dan dengupan jantung yang tidak berhenti berdengup laju kencang akibat berlari tanpa henti.
Tercungap-cungap mereka berdua mahu mengambil nafas disebalik dinding bangunan iu. Lebih-lebih lagi si abang sulung yang medukubg adik kecilnya lagi. Mereka berlari selagi boleh agar mereka selamat dari nyawa mereka bertiga oleh sekumpulan mafia celup goreng entah mana tah datang memburu mereka.
Si Abang sulung. Airul Isqandar yang berumur 13 tahun itu menenangkan adiknya yang menangis agar tidak diketahui oleh kumpulan kereta tadi.
Dalam beberapa saat, baru bayi itu berhenti menangis dan kembali senyap. Mungkin, mengerti keadaan abangnya.
Airul tersenyum nipis, bayi itu didodoinya perlahan sambil ia cuba untuk melihat disebalik dinding itu mahu melihat figura kereta berjenama mewah berwarna hitam mereka masih mengejar atau tidak.
Nafas dihembus lega, apabila tiada tanda-tanda mereka untuk mencari dia adik-beradik lagi. Syukur.
Tapi dia tidak boleh berdiam diri. Dia tidak rasa kumpulan kongsi gelap itu akan berputus asa bergitu saja dari mencari mereka. Mereka adalah saksi dan mangsa melihat kejadian hitam itu tadi dan mereka takkan sesekali biarkan mereka adik beradik tahu mengenai itu, pihak atasan akan tahu disebabkan itu dia juga dan sebab itu mereka mengejar bagi tujuan untuk membunuh mereka bertiga.
YOU ARE READING
His Other Side ( REVISION )
Romance𝟐📍20/7/2025 𝐊𝐈𝐌 | Manusia bertopengkan syaitan Mafia story : kalau nak baca boleh tapi tergantung sebab akan ditukar ke version baru. sebab ayat tunggang terbalik segala muka bumi dalam setiap bab, jalan cerita merepek, ada kata-kata kesat d...
