~2~

37 2 0
                                        

Happy reading💕
Adel♥️Nailaa
_________________

"Tugas kita dah nak hampir selesai." Rizki mengeliat kecil akibat lenguh setelah lama berterleku menghadap laptop dan kertas hampir 3 jam.

Nailaa tersenyum nipis melihat gelagat Rizki. Ini adalah kali pertama di berpasangan dengan Rizki menyelesaikan assignment. Dia senang berpasangan dengan Rizki. Mula-mula dia agak risau kerana pasangannya lelaki tapi Rizki mengubah perspektifnya. Dia melakukan kerja dengan kemas dan tanpa bertangguh. Disebabkan itu tugasan mereka dapat disiapkan lebih awal dari tarikh yang mereka rancang.

"haah, tunggu nak touch up sikit je." Rizki mengangguk mengiakan kata-kata Nailaa.

"Nailaa nanti awak decide la next meeting kita. Asyik saya je.Mesti awak boringkan buat assignment tempat style lelaki."

Mana taknya. Selalu mereka melakukan tugas di kawasan padang. Katanya Rizki senang sebab lepas mereka selesai dia terus ke padang main bola. Nailaa pun mengiakan sahaja. Dia tak kisah tapi sedikit tidak selesalah ramai lelaki beriadah disitu.

Nailaa ketawa kecil mendengar ayat Rizki.  "Saya ok je. Tapi oklah nanti next meeting saya inform awak buat dekat mana. Kalau macam tu saya pergi dulu. Dah lewat ni. Awak pun nak main bola."

"okep. Nanti apa-apa WhatsApp."

Nailaa mengangguk sambil mengemas barang-barangnya.

"Thank you Rizki."

"Alright, thank you jugak."

Nailaa mula melangkah keluar dari pondok yang mereka duduk tadi. Tiba-tiba telefonnya berdering. Sambil melangkah dia mengeluarkan telefonnnya dari beg yang tersangkut dibahu. Nama Atiqa tertera di skrin.

"Ila bila kau nak balik?" tanpa salam suara dicorong telefon mengeluarkan pertanyaan.

"aku dah on the way ni. Kenapa?"

"cepatlah balik. Aku nak keluar dengan tunang aku ni."

Nailaa mengerutkan kening. Dia mengangkat tangan melihat jam dipergelangan tangannya. 6:30. Lagi 30 minit nak pukul 7.

"waktu macam ni?"

"Ish kau ni banyak tanya pula. Cepatla balik, kunci kan ada dengan kau takkan aku nak keluar dengan pintu tak berkunci. Hurgh!" Keluhan tidak puas hati kedengaran.

"Biya kan ada."

"Biya pun keluarla. Ingat kitorang sendu macam kau ke? Banyak cakap la. Balik cepat. Sapa suruh kau takda boyfriend kan kena  duduk sorang-sorang kat rumah. Lonely sangat."

Nailaa mengeluh. Dalam banyak-banyak benda, benda itu yang diungkit. Kenapa? Sungguh dia tak faham.

"Yela aku on the way ni. Sabar."

"Cepat!" lalu talian dimatikan.

Nailaa mengeluh lagi. Grab ditempah. Selalu dia akan balik bersama dengan rakan serumahnya itu, namun hari ni dia harus selesaikan tugas bersama Rizki jadi dia pulang agak lewat berbanding Rabiya dan Atiqah.

Sedang dia memasukkan telefonnya kembali kedalam beg tangannya, tiba-tiba bahunya dihempap kuat.

BUKK!

Bunyi hentakan bergema kuat pada deria pendengaran Nailaa.

"sssskkk.." dia meringis perlahan. Tambah sakit lagi bila bucu failnya yang tajam menikam kulit bahu yang beralaskan baju dan tudungnya. Bahu dan lengannya menjadi kebas tiba-tiba.

"Sorry, saya tak nampak."

Macam mana nak nampak, dahla pakai spect hitam. Buta ke?

Ingin sahaja dia menghamburkan kata-kata itu. Namun ditahan.

Profile Picture_ [ON GOING]Where stories live. Discover now