Semuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku.
Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai abang aku. Choii what in the k-drama world is this?
Aku ingat dia main-main. Mana tau nanti aku beria ba...
"Tu la Farhanna. Yang abang Fir ko gila-gilakan tu. Berapa ramai perempuan desperate yang sanggup beratur untuk dia, minah tu jugak dia nampak. Tak paham aku"
Aku pandang depan bila mendengar kata-kata abang Iz. Seorang perempuan yang nampak familiar aku usya dari jauh. Asal muka dia macam...
....awek hai everything??
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
HOHOHO GUE BERCANDA.
Muka dia macam Maggie Duran. Kalau tak kenal, sila gulu gulu.
"Tu bukan waitress haritu ke?"
Tak, ni bukan pelayan yang sakit pinggang tu. Ni yang paling awal, masa first time aku hangout dengan habang-habang dan jumpa abang Mika sebelum aku tau perangai sebenar diorang.
Yang hensem diluar namun sakit jiwa di dalam. Kasian ya. Harap muka je hensem, otak terbang.. ( nada Dato Alip Syukron).
"Yup. Thats why I asked you to call him 'sayang' masa tu. Nak tengok reaction Farhanna. But.. Dia tak nampak macam perempuan yang jealous or makan hati. So I guess, Fir memang bertepuk sebelah tangan" abang Iz menggeleng. Kesian dengan nasib kembarnya yang masih single tu.
Aku pun turut menggeleng sekali. Tak kusangka abang aku yang hensem ni, boleh direject oleh seorang perempuan yang tak ada lah cantik mana.
Hohoho gurau. Pompuan tu lawa jer. Tak ada muka macam lempeng basi pun. Cuma kulit dia putih pucat macam sejenis makhluk yang berebut seorang perempuan dengan seekor serigala dan diberi nama Edward Cullen oleh wanita yang sudi mengisi janinnya dengan roh lelaki itu.
HAHAHAHAHA COMPLICATED NYAHH AYAT AKU.
Tapi tak sangka ah, abang Fir ada hati kat akak waitress haritu. Dia rupanya Farhanna Mikaeyla yang disebut-sebut oleh Lia few days ago (amboih).
"Tapi kan.. Kenapa dia kerja as waitress kalau family dia dah kaya? Yelah. Dah sekolah private, mesti la kaya kan?" Soalan yang bermain lumba marathon kat kepala aku akhirnya dikeudarakan (amboih lagi).
"Dia bukan waitress pun actually. Cafe tu kakak dia punya. That's why.." Kata-kata abang Iz terhenti. Mata dia pandang straight ke depan buatkan aku turut alihkan pandangan.
Wooo..
Kak Farhanna Mikaeyla berdating wehh! Main suap-suap lagi. Gedik betholl!
Mungkin keputusan abang Iz untuk stalk Farhanna Mikaeyla waktu malam ni, ada hikmahnya.
Aku patut tangkap gambar supaya nanti abang Fir tak berharap selama bertahun-tahun sedangkan perempuan tu dah bahagia dan dah beranak lima.
Tapi tulah, phone habis bateri. Nais. I lef u fon. So mach.
Pfftt.. Cakap jelah kau sebenarnya tak tekan suis tadi. Ni lah perempuan. Kerjanya salahkan orang lain walaupun dah terbentang depan sawah padi, dia yang salah.