Part 12 - Kedai Buku

2.7K 341 10
                                                  

Randy Fernandez memandang susun atur buku- buku di hadapannya. Kini, dia berada di bahagian buku agama. Banyak buku yang berkaitan soal jawab agama. Dalam banyak- banyak buku, ada satu yang menarik perhatiannya. Bukan kerana rekaan atau hiasan muka depan buku itu, tetapi kerana tajuk yang membuatkan jiwanya terpanah tanpa sengaja.

'Kemaafan Dari Tuhan'

Lantas jemarinya menggapai buku tersebut. Sinopsis di bahagian belakang buku itu dibaca dalam hati. Rangka ayat yang meresap masuk ke dasar hatinya. Dia hilang dalam dunianya sendiri. Ayat- ayat yang tertulis tepat mengenai jantung hati. Mengenangkan berapa banyak kejahatan yang telah dia lakukan sebelum ini. Hanya dia dan Sang Pencipta saja yang tahu.

Randy Fernandez memejam erat kelopak matanya. Teringat perbualannya bersama dengan Imam Aazad tempoh hari.

"Pak cik.. I want to ask you something" kata Randy dalam nada serius. Soalan yang setelah sekian lama terpendam dalam hati. Dia benar- benar inginkan jawapan.

"Dia nak tanya sesuatu" bisik Faiz di sebelah ayahnya. Dia bertindak sebagai penterjemah jika ayahnya tidak memahami sesuatu perkataan.

"Ishh ayah tau la. Ingat ayah tak pandai omputeh ka" marah Imam Aazad dalam nada perlahan. Dia tak ada lah pandai sangat dalam bahasa asing itu, tapi kalau sikit-sikit tu boleh la. Si anak terunanya pula yang melebih.

Randy simpan senyum. Kelakar pula melihat dua beranak itu. Telatah yang tidak pernah dia lakukan bersama ayahnya. Arhh ! Boleh pulak dia teringatkan lelaki jahanam itu.

"Mestilah boleh. Tanya lah" Imam Aazad memberi ruang kepada Randy untuk bertanyakan soalan. Dia faham akan keadaan Randy yang masih baru. Mesti banyak tanda tanya yang bermain dalam kotak fikiran lelaki itu.

"Adakah manusia itu akan diampunkan oleh Tuhan walaupun dia melakukan banyak kejahatan. Eventhough the sins is as big as a mountain?" Soal Randy bersama renungan mata yang bercahaya.

Dia takut akan dosa lampau. Jika dikira balik, bukan setakat gunung. Mungkin dosanya sebesar planet- planet di alam semesta ini. Layakkah dia dimaafkan?

Imam Aazad berdehem seketika sebelum memulakan kata. Otaknya pantas menyusun ayat bagi memudahkan Randy memahami apa yang ingin dia sampaikan.

"Dalam Islam, sebesar mana pun dosa yang dilakukan oleh seorang manusia itu jika dia kembali semula pada Tuhan, pasti akan diampunkan. Jika betul dia benar-benar dah insaf dan menyesal akan kesilapan yang dilakukan, InsyaAllah akan diampunkan. Sebab itulah terciptanya syurga dan neraka. Orang jahat juga boleh jadi baik dan tak semestinya orang baik tak boleh jadi jahat. Allah itu ada kuasa untuk membalik balikkan hati manusia" panjang lebar Imam Aazad memberikan pencerahan. Dia lihat wajah Randy jelas berkerut. Mungkin sedang berfikir maksud di sebalik kata-katanya.

Jawapan itu membuatkan Randy terdiam sejenak walaupun dia kurang faham akan ayat yang diberikan oleh pakcik tersebut.

"What about the non-Muslims? Is it the same? Adakah Tuhan terima maaf mereka?" Randy bertanyakan lagi dengan penuh minat. Dia seakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan tadi.

Soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Membuatkan fikiran Randy dipenuhi dengan tanda tanya. Imam Aazad hanya tersenyum. Nampaknya, lelaki muda di hadapannya ada niat untuk memperbetulkan jalannya. Oleh itu, dia perlu memainkan peranan sebagai penunjuk jalan. Jalan yang benar. Jalan yang diredhai Allah.

Kelopak mata perlahan-lahan terbuka. Sebab itulah dia di sini. Ingin mencari jawapan atas soalannya sendiri. Sekaligus mencari sumber ilmu yang dapat menjadi peneman tidurnya di malam hari.

•••••


Imam Aazad yang mengetuai mesyuarat masjid mengakhiri perbincangan dengan bacaan surah- surah pendek. Mesyuarat itu dihadiri oleh beberapa orang AJK masjid bagi mengemaskini dan menambah baik lagi keadaan masjid di kampung itu.

"Pak Zad.. kelmarin siapa yang datang rumah? Saya tengok bukan main mewah kereta tu" kata Hamid iaitu salah seorang AJK kampung yang datang menyertai perbincangan itu.

Imam Aazad hanya diam. Tak sangka soalan itu akan timbul. Nampaknya kemunculan kereta mewah di rumahnya telah disedari penduduk kampung. Mana taknya, mana pernah ada orang kampung yang pakai kereta mewah macam tu. Tambahan pula, dia yang hanya bekerja sebagai pekebun kecil ini. Pasti menimbulkan kemusykilan orang kampung.

"Entah- entah bakal menantu Pak Zad. Tinggi sungguh citarasa si Faiha tu kan. Sekali bawakan menantu kaya untuk Pak Zad" sampuk Wadi pula.

Ustaz Akil yang mendengar, sudah panas telinga. Hatinya jadi sakit tiba- tiba. Pinangannya sudah ditolak berkali- kali, datang orang baru mudah saja gadis itu menerima. Namun begitu, dia bijak mengawal riak muka. Ustaz Akil hanya mempamerkan wajah tenang, bertindak seperti tiada apa yang didengarinya.

Semua penduduk kampung sudah tahu tentang kisah Ustaz Akil. Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak. Manakan tidak, Ustaz Akil terkenal dengan wajah suci bersihnya dan adab sopan yang tinggi. Tak kurang juga dengan gelaran ustaz yang membuatkan mak cik- mak cik berebut mahu jadikan dia menantu. Maklumlah, pakej lengkap !

Sebab itulah Faiha Jannah dikatakan menolak tuah. Kalau orang lain, sudah lama menerima pinangan Ustaz Akil walaupun mereka tahu lelaki itu sudah pun mempunyai isteri. Siapa yang tak mahu lelaki yang boleh mencairkan hati wanita hanya dengan memberikan ucapan salam.

"Tak lah. Ada tetamu saya dari bandar datang melawat" balas Imam Aazad. Dia tidak menjawab secara terperinci. Soal kedatangan lelaki muda ke rumahnya itu, biar dia dan Faiz saja yang tahu. Dia tidak mahu kecoh satu kampung. Bukannya dia tak tahu bagaimana perangai sebenar penduduk kampung di situ. Pakar bawa mulut. Dijaja cerita orang sana sini.

Tanpa menunggu lama, Imam Aazad segera meminta diri. Jika dia berlama di situ, takut soalan lain pula yang keluar. Jadi, lebih baik dia selamatkan diri terlebih dahulu.

•••••

Randy FernandezWhere stories live. Discover now