⚡35⚡

132 28 9
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 8.40, tapi wajah Seol belum kelihatan lagi. Takkan dia lupa?

Memikirkan gadis itu, aku tersenyum sendiri. Dia dan aku, kami macam ada satu chemistry. Mungkin kami ada hubungan sebelum aku accident dulu, atau mungkin kawan rapat, atau kenalan sahaja.

Aku memandang sekeliling sekali lagi. Nampaknya dia memang takkan datang sinila.. Dia pun selalu menjauhi aku, no wonder la kalau dia tolak ajakkan aku jugak kan?

Aku berjalan kaki pulang ke rumah. Kecewa? Siapa tak kecewa kalau kita ditolak kan? Mungkin dia memang tak mahu berkawan dengan aku.

"T-tolong!! Jangan ambil!!"

Aku terdengar suara seseorang menjerit. Malam-malam macam ni..takkan hantu?

"Hyahh jangan ambil duit saya!!"

"Diam! Bagi cepat atau kau yang kena nanti!"

"Jangan!! Lepaskan saya..tolong!!!"

Sah memang suara orang minta tolong! Aku menjengah di sebalik lorong kecil tadi. Kelihatan ada dua orang lelaki dan seorang perempuan.

"Woi! Lepaskan dia!!" dengan sepantas kilat aku menendang lelaki yang memegang tangan perempuan tadi. Tanpa amaran, bibirku ditumbuk kuat oleh lelaki lagi sorang tu.

"Kau jangan masuk campur!"

"Argh! Ambil ni!" aku turut menendang lelaki tadi.

Setelah puas membelasah aku. Mereka akhirnya pergi setelah merampas duit perempuan  tadi. Beg dicampakkan di tepi aku.

"Seungwoo kwenchana?" perempuan tadi menerpa ke arahku sambil menangis. Mukaku yang pecah dibeleknya risau.

Seketika aku terkesima dengannya. Bibirku yang perit akibat ditumbuk tadi tiba-tiba tidak sakit apabila aku menguntum senyum.

"Seol, kau datang nak jumpa aku ye?"

Dia kelihatan tercengang memandangku.

𝙃𝙖𝙪𝙣𝙩𝙚𝙙 𝙎𝙤𝙪𝙡 ノ 𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘶𝘯𝘨𝘸𝘰𝘰Where stories live. Discover now