10; Crush

881 165 31
                                    

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


🌼🌼🌼

Kim Taehyung. Kacak dia tak boleh dibawa berbincang, boleh batal puasa tengok dia lama-lama.


Perangainya yang peramah buatkan ramai yang tertarik dengan dia, termasuk aku. Tapi tulah, aku tak pernah tegur dia. Takut.

Takut tersawan depan dia.

Katanya dia pun suka main pubg. Kalaulah aku berani nak minta ID dia. Kan seronok dapat main dengan dia.

Tak macam Tae tu, sikit-sikit meroyan.

"Woi, menung apa?" Jungkook, kawan baik aku datang menghampiri.

"Fikir Taehyung lah tu. Nak aku panggilkan dia?" Usik Jungkook sambil meneguk air di sebelahku.

Bukannya aku tak tahu dia berkawan baik dengan Taehyung cuma yalah, aku malas nak ambil kesempatan. Biar usaha di tangan sendiri gitu. Tingkatkan kontroversi, kurangkan prestasi. Ewah terbalik.

" Tak payah. Aku nak usaha sendiri biar cinta tu lama."

"Pfft! Cinta ketiak kau, meremang aku dengar. Dahlah aku nak pergi beli makanan. Kau nak apa-apa tak?"

"Tak payah."

"Fine."

Berdebar-debar jantung aku bila Jungkook mendekati Taehyung. Entah apa diorang bualkan, sikit-sikit pandang aku sebelum dua-dua ketawa sambil pandang aku.

Apa benda? Nak nangis aku macam ni .

Kelihatan Taehyung mengangguk setelah Jungkook berkata sesuatu kepadanya sebelum Jungkook berlalu pergi.

Kini Taehyung berdiri dan berjalan ke arah aku.

PUBG | kth ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang