25

2K 195 3
                                        

"Pintu nombor 4.. Nombor 4.."

Aku berjalan menyusuri blok-blok di bangunan 4 tingkat ini dengan penuh kemusykilan. Kambing pun hairan tengok aku.

Berdasarkan apa yang akak-akak yang melepak tepi tandas tadi cakap, bilik untuk kelab E-sport ialah bilik nombor 4, tingkat tiga, bangunan Felicità. Masalahnya sekarang..

Bilik depan aku ni, bilik 4A1. Bilik sebelah dia 4A2. Dan seterusnya 4A3. Dan dekat tingkat ni, ada 10 bilik. Which is sampai bilik 4A10.

Ahhh!! Bisa mampus gue mau mikirin yang mana satu biliknya. Elok gue mati aja!

Baru nak menjenguk ke tingkat bawah dari balkoni, suara seorang perempuan menjerit buatkan aku terus batalkan niat tadi.

Tak, dia bukan jerit macam kena histeria or jerit sebab takut aku terjun, dia cuma panggil aku. Tapi dengan suara yang kuat. Sangat kuat sanpai tukang kebun kat bawah tu pun dengar.

"Adik yang tanya bilik kelab E-sport tadi kan?"

Aku cuma mengangguk dan melangut pandang akak yang tinggi macam tiang lampu ni. Mak dia bagi makan apa eh sampai tinggi cam ni. Buluh ke?

"Then kenapa tak masuk lagi?"

"Biliknya yang mana satu kak? Sini ada 10 bilik. Akak cakap tadi bilik nombor 4 je" aku cuba untuk tak kurang ajar dengan akak ni. Kalau ikutkan, nak je aku balas soalan dia dengan kata-kata sinis lagikan pedih untuk diterima.

Tapi aku tak sanggup. Nanti bahu kiri aku berat. You know what I mean.

"Lah yeke? Sorry la. Akak sibuk sikit tadi. Haa ni, biliknya" akak tanpa nama tu tunjuk bilik 4A6.

Asal diorang tak tempek nama kelab je kat pintu tu? Biar suci bersih macam tu, mau juling budak-budak form 1 nak mencari.

"Terima kasih kak. Saya pergi dulu eh" aku senyum kat dia untuk kali terakhir sebab, belum tentu lepas ni aku akan jumpa dia lagi lol. Sekolah ni besar kot.

Pintu bilik 4A6 aku bukak perlahan dan benda first yang aku nampak ialah sebiji meja dengan komputer yang terbuka di atasnya. Ada satu lorong berdindingkan kaca lutsinar. Terus aku masuk dan lalu ikut lorong tu.

Sampai je kat ruang yang luas.. Aku mula berfikir-fikir untuk keluar balik dan bunuh diri.

Sebab semua orang dalam ni pakai baju yang sama.

Hoodie esport dengan seluar track.

Sedangkan aku? Uniform sekolah putih

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sedangkan aku? Uniform sekolah putih. Dan kain hitam macam kuda belang.

Haihh..

Aku tau, suatu hari nanti mesti akan ada kejadian yang akan memalukan diri aku di depan orang ramai, kat sekolah baru ni.

Tapi kenapa mesti harini?! Dah la semua orang tengok aku macam baru lepas bunuh makcik kantin.

Yang lagi best, akak yang tegur aku kat luar tadi baru lalu sebelah aku dan duduk di salah satu meja yang disusun berkumpulan.

Home | Ancestry ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang