24

2.2K 197 5
                                        

"Jangan henti bermain, jangan henti berseronok. Jangan lepaskan, nikmati setiap saat bersama OREO"

Skrin TV yang memaparkan iklan budak kecik mengganggu emaknya siapkan order, diperhati lama.

Mak kau tengah rushing tu, hanart. Kalau tak sempat, customer cancel order. Bila cancel order, mak kau tak ada duit. Bila tak ada duit, tak boleh beli makanan. Bila tak ada makanan, kau kebuluran. Bila kau kebuluran, kau mati.

Conclusionnya, kau pergi mati jugak cemana pun.

"Siapa je celup Oreo dalam susu zaman sekarang? Orang main jilat pastu bagi kawan je la" aku buat muka menyampah. Jam dinding diperhati sekilas.

Aku tengah tunggu dua ketul badak air sebenarnya. Mekap ke apa entah kat atas tu. Lama kemain nak turun.

Remote atas meja dicapai dan aku tutup TV untuk elak pembaziran elektrik sebelum bangun menuju ke dapur untuk berakfast.

Maksud aku, breakfast. Sarapan pagi.

Kerusi kat meja makan aku tarik. Tak payah susah-susah nak bayangkan, nah aku bagi. Make sure ada data nak loading ya.

Hohoho.

Tapi dalam tu tak ada makanan la

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tapi dalam tu tak ada makanan la. Atas meja sekarang ni, meja penuh dengan sarapan pagi orang hado-hado yang aku tak akan dapat kalau duduk rumah lama iaitu pancake.

Dengan madu, dan hirisan strawberi kat atas. Wauwau.

Mak aku dulu beli madu kat kedai eco je. Tu pun entah ori ke tak. Tau-tau je dah bersemut dalam peti ais.

"Yow Farouk Farouha Fawiyy!"

Kerusi sebelah aku ditarik. Muka abang Fir yang bersih mungkin sebab pakai Garnier Men dipandang dengan senyuman psiko.

Nak aku sumbat dalam lubang jamban ke apa ni? Pagi-pagi dah cari pasal.

"I'm JoWKeiNg, sisthorr" abang Fir pejam mata dan tangan diletak kat dada which is tempat tie dia bergulung.

Tak, bukan bergulung. Bukan jugak bergumpal. Ahh apa-apa jelah namanya. Yang segi tiga tu haa. Kat situ.

"Where's mama?" Abang Iz angkat kening sebelah. Tangan masih mengikat tie merah putih. Cekap. Sebijik macam abang Firhad haritu.

Dan harini, dia jugak yang tolong ikat tie aku HOHOHO. Almaklumla, tak reti. Sanggup aku tebalkan muka pergi ketuk pintu bilik dia pagi-pagi nak mintak tolong. Nasib baik dia dah bangun, dan baru habis solat subuh.

Baik idok abang aku?? Bakal imam siapa la tu.

"Tadi lepas masak pancake yang ke-8 keping, minum susu segar, basuh cawan, cium pipi Farah and pakai kasut, mama pergi kerja" terang aku dengan penuh detail. Bagus betul. Mungkin aku patut kerja sebagai personal assistant kepada seorang ceo yang hensem nanti.

Home | Ancestry ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang