Part 13 - Perkenalan

3.4K 369 31
                                                  

Dia mempercepatkan langkah sambil matanya tercari-cari wad yang menempatkan sahabat baiknya. Jambangan bunga yang dihiasi coklat dan sebakul buah-buahan dibawa dengan penuh berhati-hati. Tidak dapat digambarkan perasaan teruja apabila dikhabatkan oleh Andrea bahawa dia telah mendapat seorang lagi anak buah.

Tamat saja sesi persekolahan petang tadi, dia terus bergegas mencari buah tangan untuk dibawa. Dan disebabkan itu juga, keretanya rosak secara tiba-tiba. Time- time macam tu la dia nak buat hal. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menempah perkhidmatan grab. Hasilnya, dia sampai lambat dari masa yang dijanjikan.

Lambaian seseorang di luar wad bersalin membuatkan senyuman manis terukir di bibir itu. Susuk tubuh itu didekati lantas dihadiahkan sebuah dakapan erat antara satu sama lain.

"Faiha ! Rindunya dengan kau" kata Andrea setelah dakapan dileraikan. Dari tadi dia menunggu kedatangan gadis itu walaupun sudah diberitahu tentang kesulitan yang dialaminya. Timbul rasa kasihan melihat wajah keletihan sahabatnya. Namun begitu, bibir itu tak lekang dengan senyuman. Itu yang dia suka tentang gadis bernama Faiha Jannah.

"Kau apa cerita? Sihat?" Giliran Faiha pula bertanyakan khabar. Setelah sekian lama mereka tidak bertemu dek kerana kesibukan kerja masing- masing. Nah ! Sekali jumpa macam-macam cerita boleh keluar. Itu belum campur dengan Ain Amani lagi. Kalau bergabung, boleh meletup hospital ni dengan perangai masing-masing.

"Sihat sangat! Tengok ni, aku dah makin tembam" Andrea menarik narik pipinya, menunjukkan berat badannya semakin naik.

"Mahunya tak tembam, orang dah bahagia" Faiha mengangkat kening berkali-kali. Fawwaz Amsyar yang berada di sebelah Andrea hanya ketawa. Dia hanya diam dari tadi, memerhati gelagat dua orang gadis itu. Macam budak-budak !

"Tengok la siapa yang bagi makan. Mestilah tembam" tambah Fawwaz Amsyar. Sebelah tangannya melingkari pinggang isterinya. Perut Andrea yang masih kempis diusap perlahan.

Faiha Jannah membeliakkan biji mata memandang Andrea. Tangannya menutup mulut yang melopong luas. Nampaknya, banyak benda penting yang dia terlepas pandang. Dia lihat Andrea mengangguk kecil sambil tersenyum bahagia.

"Dah dua bulan" sambung Andrea. Gembira dia melihat reaksi teruja Faiha Jannah. Sahabatnya itu bila entah mahu tamatkan zaman bujang. Asyik sibuk je memanjang !

"Tahniah! Tak sangka sahabat aku ni dah nak jadi ibu. Sorry la, aku tak sempat nak pergi rumah kau. Sibuk sangat lately ni" Faiha mula rasa bersalah. Sebab itulah dia cuba sedaya upaya mencari ruang untuk diluangkan bersama sahabat- sahabatnya.

"Sorry naik lori. Aku nak merajuk" Andrea mencebikkan bibir sambil tangan disilangkan ke dada. Sengaja mahu mengusik sahabatnya itu. Dia faham akan tanggungjawab yang dipikul Faiha. Tugas sebagai seorang pendidik, bukannya mudah.

"Sebab aku tahu kau nak merajuk, nah aku bagi kau ni" jambangan bunga yang dihiasi coklat dihulurkan kepada Andrea. Dia kenal sangat dengan gadis itu. Hantu coklat yang pantang nampak coklat.

"Hehehe.. thank you babe ! Macam tahu tahu je aku mengidam coklat" jambangan itu diambil lalu dipeluk erat. Bagaikan tidak mahu dilepaskan kepada orang lain.

"You mengidam coklat? Kenapa tak bagitahu I? Boleh I belikan untuk you, sayang" kata Fawwaz Amsyar prihatin.

"Eleh.. kalau I bagitahu pun you bukannya bagi makan kan? Kalau Faa tak bawak, sampai kesudah air liur I meleleh tengok coklat" Andrea menjeling geram. Over protective sangat si suaminya itu. Nak makan itu tak boleh, nak makan ini tak boleh. Semua tak boleh ! Katanya, tak baik untuk baby. Takut kalau berlaku perkara yang tidak diingini. Maklumlah, anak pertama lah katakan.

Faiha menggeleng perlahan melihat pergaduhan suami isteri itu. Macam macam perangai la dua orang ni. Dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now