Seperti jahilnya firaun suatu masa dahulu, begitu juga dengan jahilnya Dee pada masa sekarang.
Tak cukup dengan rampas asam Daniel kat kafe tadi, sekarang diorang berdua berebut dam aji yang dibawak oleh Among apa entah namanya tadi pulak. Mentang-mentang la sekarang budak form 3 boleh lek lek luu, semua benda diorang bawak nak hilangkan bosan.
Ada yang bawak ipad bhaii.. Advance la sikit sebab phone memang diorang bawak tiap hari.
Lain la aku ni. Phone petai ayayai tu pun tak mampu nak bawak, apatah lagi iPhone XYZ Max Giga Pro dengan 15 kamera tu.
"Bagi la I! Nak main dengan Lia ni!"
"No way! Aku pun nak main dengan Riyaz!"
"Ahh tak gentleman la you ni! Gi mati terjunam la sana!" Dee tepuk meja dan duduk tempat asal dia. Tadi dia duduk kat kerusi Bernadee. Almaklumla, geng makcik bawang.
"Nak tunggu aku gentleman dengan kau? Puii! Sampai tok aku kawin dua pun takkan jadi la!" Daniel menjerit dari kejauhan.
Dee jeling ke atas dan tekup telinga. Sebijik cam aku buat masa Peah membebel mintak kerja sekolah dulu.
Weii.. Rindu Peah.. Sepatutnya harini aku pergi IKEA dengan dia. Tapi tak sempat huhuu...
Baru ingat nak try trick dapatkan aiskrim banyak yang aku nampak kat IG haritu.
Lia yang dah buang blazer dia dan sangkut kat kerusi aku pandang sekilas. Nak kata panas, tak jugak. Ada aircon lima ketul dalam ni. Ahh.. Dia nak selimutkan kerusi kot.
"Farah"
Aku toleh belakang. Najib Irwan yang tengah hulur sekeping kertas elok berdiri belakang kerusi aku.
"Can i get your number?"
Yakkwiii baru datang dah ada peminat ke acaner ni? Wah wahh.. Aura kau eh, Farah. Mampu membuat lelaki tunduk kepadamu..
"Nak masukkan dalam group kelas"
Ohh.. Hmmm...
"Boleh bagi esok tak? Aku baru tukar number haritu. Tak ingat pulak" aku cuba tawar menawar dengan dia.
Kalau ikutkan sekarang, aku mana ada phone. Sebab si android cabuk tu takkan boleh bernyawa bila duduk kat sini.
"Esok cuti. Isnin aku nak, okay?"
Aku angguk dan si Najib kembali duduk di tempatnya. Sebelah Tan Cheng Pao. Budak basketball.
Lia la bagitau. Dia tu mulut banyak. Semua benda dia cerita kat aku. Pasal Jamal Adrien form 5 yang bercium dengan ular belakang sekolah la, pasal pakcik kafe yang dituduh guna milo tak ori la, dan yang paling hangat..
Pasal vice headprefect yang crush dekat Farhanna Mikaeyla tapi dikatakan bertepuk sebelah tangan. Heii siapa la tu. Takziah aku ucapkan.
"Te odio, Daniel!" Dee tiba-tiba menjerit buatkan Lia yang baru nak keluarkan phone dia dari dalam poket blazer terkejut. Dan phone dia jatuh atas lantai.
Fuuuu..
"Está bien. Yo también te odio" Daniel turut melaung membalas. Tangan naik menolak buah dam di atas meja. Muka poker teroks!
"Urgghh!!" Dee buat gaya ahli sihir yang stress sebab potion dia tak menjadi.
Tahi apa yang diorang cakap ni sebenarnya? Aku tak paham gila bodo. Jadi aku pandang Lia mintak pertolongan tapi dia cuma menggeleng.
"Quel est leur problème en réalité ?" Lia garu kening. Dagu kemudiannya ditongkat memandang Dee yang tengah meraung macam orang gila.
"Ils s'aiment bien mais ne veulent pas l'admettre" Aril yang duduk di depan aku membalas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Home | Ancestry ✔
Teen FictionSemuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku. Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai abang aku. Choii what in the k-drama world is this? Aku ingat dia main-main. Mana tau nanti aku beria ba...