Air liur yang ditelan terasa pahit. Kotak kecil di atas meja kaca ruang tamu aku pandang lama.
Gila.
Syinta syinta syinta gilaaa ahh!
Wow wow.. Rilek sis. I tau you shoketh.
"Series la?" Aku cuba tanya sekali lagi. Mana tau dia main-main je kan?
Abang Firhad angguk. Matanya tak lepas dari memandang sinetron Indonesia bertajuk 'Peniaga Bakso Mati Kelaparan' tu. Tak silap aku, yang ni la yang cerita pasal jenazah termasuk dalam mesin pembancuh simen pastu berpusing-pusing tu kan?
Semuanya sebab dia jual bakso pakai santau. Tengok la azab dia cemana? Berpusing-pusing kau..
"Tapi.." Aku gigit bibir. Untuk apa dia bagi semua ni do? Aku tak kata aku tak perlukan. Benda ni memang wajib ada pada zaman sekarang. Zaman moden.
Tapi kenapa yang ni?
"Ambik je Farah. It's yours. Mama dengan papa yang bagi" abang Iz yang baru turun dari tingkat atas bersuara. Dia duduk sebelah abang Firhad dan join tengok sinetron tu.
Aku pandang kotak tu balik. Tangan yang terketar-ketar cuba mencapai kotak tu. Plastik yang membaluti dikoyak perlahan.
ASMR skett.. Mentang-mentang la baru keluar kedai.
Kotak bahagian atas ditarik dan terpampanglah skrin hitam yang masih berkilat, bersinar dan bermacam ber lagi.
Ya. Iphone gais.
Aku tau, semua ni berlaku secara tiba-tiba. Tapi kot ye pun..
TANYA LA AKU NAK PHONE APA. Aku mana reti pakai iphone siot. Dari zaman dia besar tapak tangan, sampai besar tapak kaki, aku tak paham cara guna dia.
Dan sekarang ni, diorang bagi aku phone ni? Yang tak ada butang back ni? Oh come on! Lepas ni apa pulak? Laptop tak berkeyboard? Jam tak bertali??
Ni semua hanat.
Tapi hanat ni aku punya kan?
So, aku ambik phone tu dan belek. Cover dia warna rosegold. Ni entah apa versionnya. Tahh aku taktau yang mana satu. Yang aku tau, dia jauh lebih besar dari phone lama aku.
Kalau letak sebelah, beza dia macam tokwan dengan cucu yang baru masuk tadika.
Plastik yang membalut skrin dan bahagian belakang dari calar aku tarik. Sekali lagi, bunyi ASMR yang mengasyikkan..
Butang on aku tekan lama. Lambang buah epal macam yang cikgu seni aku sempat ajar sebelum aku pindah, muncul.
Tak lama kemudian, acewah ayat baku semacam. Tak lama lepastu, skrin mula dipenuhi dengan wallpaper ikan emas dan nombor jam digital yang tunjuk pukul 8:32 AM.
Lah bodohnya. Sekarang dah pukul 4 lah siot.
Aku cuba slide skrin ke atas. Eh? Tak boleh pun. Aku slide ke bawah pulak. Ehh tahi apa ni? Cemana nak bukak siot?? Tak guna betul. Tu lah, kalau beli android kan senang? Ni tak, nak tunjuk kaya jugak beli iphone.
Tak paham aku!
"Aiyoo sis.. Let me help you lah" abang Fir yang entah sejak bila ada kat belakang aku ambik phone tu. Ditekan apa benda entah kat skrin tu dan dia bagi balik.
Haa baru nampak semua benda. Kamera, gallery yada yada~..
Aku buat keputusan bijak dengan betulkan jam dan tarikh dulu.
"Jap Farah. Dah letak simcard ke?"
Aku berhenti dari aktiviti mencari settings. Muka hensem abang Firhad dipandang.
Simcard?
"Abang lupa nak bagi tadi" abang Firhad bukak plastik atas meja dan keluarkan sekeping kad kuning. Ehh Digi laa!!
Wait.
"Tak boleh pakai yang lama ke?" Aku tanya abang Firhad. Yelah, kalau pakai yang lama tak ke memudahkan kerja aku? Boleh la aku chat Peah balik.
Abang Firhad nampak teragak-agak nak jawab. Dia pandang abang Fir dan abang Iz sekilas. Bibir dikemam.
"Alahh pakai je yang baru tu. Meh sini abang buat" abang Fir ambik phone aku dan bukak kotak tadi. Lepas dicari-cari sesuatu, besi bujur dan panjang dikeluarkan. Dicucuknya besi tu kat tepi phone aku dan benda tu terbukak and aku like-
WOWW.. Moden gila siot! Taktau la kalau benda ni dah lama, atau phone aku yang terlalu noob. Nak letak simcard pun kena bukak kat belakang then keluarkan bateri lagi.
Nampak tak betapa noob nya phone aku dulu?
Nampak? Nampak??
Kad tadi abang Fir patahkan sikit nak keluarkan simcard dia then dia letak kat benda tepi phone tu. Aku cuma pandang dengan muka penuh rasa teruja.
"Memory card letak mana?"
Abang Fir garu kepala. Adakah bagi dia, soalan aku ni macam persamaan kuadratik?
"Iphone tak guna SDcard, Farah. The storage is big enough. It has 256 gb-"
"Big enough for you to take the pictures of your entire life!" Abang Iz berkata penuh riang dan aku taktau kenapa english dia sangat broken dan dia suka guna perkataan entire.
Kenapa eh?
🐅🐆🐅🐆🐅
Lepas terima kenyataan yang aku tak boleh letak simcard, abang Fir settlekan phone aku sekali dengan password. Aku taknak letak fingerprint. Takut nanti kalau jari aku terputus, dia tak boleh detect jari aku, kan ke susah namanya?
Wah kuat overthinking betul lah kau.
Dan abang Fir jugak ajar aku cemana nak guna Siri. Macam bodo je nak bercakap dengan phone. Dah la dia boleh balas balik. Tak seram ke buat camtu?
Buatnya dia cakap hello kat aku malam-malam?
Terjun balkoni la aku.
Phone aku letak atas meja kecik atas karpet sekali dengan kotak dia tadi. Abang Iz ada bagi aku satu kotak kecik warna putih. Dalam tu ada earphone tapi tak ada wayar.
Gila la dia ni. Dah la suka guna perkataan entire, bagi aku earphone rosak pulak tu. Nak je aku lepuk-lepuk muka dia.
Aku termenung lama memikirkan nombor telefon Peah sebelum ternampak laci yang ada kat katil. Like, bawah katil tu ada laci yang bersambung dengan katil yang bersambung dengan laci yang bersambung dengan-
AHH APA KAU MERAPU NI, JENDOL?!
Laci tu aku tarik. Benda petak kelabu yang terletak elok dalam tu aku keluarkan.
Melihatkan lambang epal kat atas benda tu, aku dah tau. Laptop lol. Sejak bila benda alah ni ada kat sini? Tak ada tarikh luput ke kalau tak guna lama?
Aku cuba bukak laptop tu tapi bukak jelah. Tak on pun. Malas.
Ecewahh padahal dalam hati nak sangat bukak kan? Cuma tak tau je kan? Kan? Bajet ahh kau, Farah. Macam tahi unta.
Laci tadi aku tengok lagi. Ada satu lagi kotak kecik dalam tu. Dari luar, ada gambar jam kat kotak tu tapi aku taknak ambik kisah sebab ada benda yang lebih menarik perhatian aku.
Sekeping gambar.
Gambar baby yang kiut dan ada peluang untuk jadi model pampers.
Edited 12 Oktober 2020 [ 1.11 A.M. ]

ANDA SEDANG MEMBACA
Home | Ancestry ✔
Teen FictionSemuanya bermula bila aku tengah scroll IG dan ada sorang mamat ni dm aku. Yang bestnya tak ada angin ribut petir, dia tiba-tiba mengaku sebagai abang aku. Choii what in the k-drama world is this? Aku ingat dia main-main. Mana tau nanti aku beria ba...