BAB 12~ Melastik Ke Hatimu

5.2K 21 7
                                    


HAURA melangkah ke jendela. Kepalanya di dongak ke langit. Kelihatan beribu bintang menghiasi dada langit yang terbentang luas dan tidak ada penghujungnya itu. Mata di pejam rapat. Sesekali terasa angin malam membelai setiap helaian bulu romanya dan kesejukan mula terasa. Lengannya di gosok beberapa kali.

Keluhan panjang di hela bila melihat sebentuk cincin tersarung pada jari manisnya. Itulah cincin yang di sarung oleh bakal mentuanya petang tadi. Itupun kalau jadi mentualah.

Petang tadi, majlis berlangsung seperti yang di rancang cuma pihak lelaki sahaja yang bertukar. Ini betul-betul pertunangan koboi. Bila dia kata setuju, mak terus menelefon pihak lelaki. Dua jam kemudian sampailah beberapa orang dari pihak lelaki untuk menyarungkan cincin pada jari manisnya. Masa acara menyarungkan cincin, liar matanya mencari lelaki yang ingin di jodohkan dengannya, namun tidak kelihatan pun. Kata mak, lelaki itu tidak dapat menghadirkan diri dan hanya wakilkan keluarga sahaja.

Haura ketuk kepalanya beberapa kali menggunakan tangan. Menyesal pula dengan keputusan yang dah dia lakukan petang tadi. Bodohkan kau ni Haura! Kalau kau nak sakitkan hati Naim sekalipun, tak perlulah kau setuju dengan rancangan mak kau. Sekarang ni macam mana? Kau dah jadi tunangan orang yang kau langsung tak kenal. Nama pun kau tak tahu. Main redah aje kan!

“ Angah…”

Serta merta kepala Haura berpaling ke belakang bila ada yang menegur. Bila melihat along melangkah ke arahnya, dia kembali melemparkan pandangan ke luar rumah. Penyesalan masih bersarang di dalam hatinya. Ya, kali ini dia dah buat keputusan yang paling bodoh dalam hidupnya.

“  Angah okey?” soal Faida bila dia berdiri di sebelah adiknya. Dia bersimpati atas apa yang menimpa adiknya itu.

Bila difikirkan balik, pening kepala dia. Naim boleh pula buat hal sedangkan semuanya telah di rancang elok. Lepas tu muncul pula orang lain dan sarungkan cincin pada jari manis adiknya itu. Kejadian petang tadi seperti sudah di rancang oleh seseorang dan dia syak orang itu adalah mak. Tapi, kalau Naim tak buat hal, mesti rancangan mak tak berhasil. Semua ni sebab Naim! Naim terlalu cepat mengaku kalah.

“ Along tu, okey ke tak?” Haura cuba sembunyikan apa yang terbuku di hatinya. Dia tidak mahu memeningkan kepala orang lain dengan keputusan gila yang dia dah buat petang tadi.

“ Kenapa tanya along macam tu? Along okey” balas Faida dengan senyuman.

“ Along bahagia dengan Azzam?” soal Haura ingin tahu. Adakah kebahagian yang wanita itu dapat bila berkahwin dengan lelaki bukan pilihan. Mungkin nasib aku juga akan sama seperti along.

“ Bahagia” jawab Faida ringkas. Walaupun Azzam bukan lelaki pilihannya, namun dia sayangkan lelaki itu. Cuma kadang-kadang, dia terasa hidupnya terkongkong. Azzam terlalu menjaga setiap pergerakkannya. Nak keluar rumah pergi kedai pun tak boleh, inikan nak balik rumah mak sendiri. Semua kelengkapan rumah, Azzam sediakan tanpa perlu dia kesana kemari.

“ Baguslah kalau macam tu. Maknanya pilihan mak tak salah” gumam Haura perlahan.

“ Along nak beritahu something ni”

“ Beritahu apa?” soal Haura ingin tahu bila melihat kakak sulungnya mula tersenyum lebar. Bila tangannya di lekat pada perut wanita itu, terus dia berganjak beberapa tapak ke belakang.

“ Serius?” Haura inginkan kepastian. Bila Faida mengganguk, terus dia peluk tubuh itu. Macam tak percaya yang tak lama lagi dia akan mempunyai anak saudara.

“ Tahniah along! Dah berapa bulan?” seronok betul Haura rasa ketika ini. Terus hilang masalah yang sedang dia hadapi sekarang ini bila menerima berita gembira itu. Kalau ayah tahu ni, mesti ayah suka. Tak lama lagi ayah akan jadi datuk.

“ Baru tiga minggu. Awal lagilah” senyum Faida gembira. Dia sendiri tidak percaya yang dia sudah berbadan dua. Patutlah emosi dia mudah terganggu. Salah sikit, mulalah rasa nak menangis.

“ Ayah dah tahu?”

Faida gelengkan kepala. Buat masa sekarang ini hanya dia dan Haura sahaja yang tahu. Azzam pun belum di maklumkan lagi tentang ini. Dia pun baru sahaja tahu petang semalam semasa menemani ibu mentuanya ke hospital. Kalau dengan wanita itu, Azzam benarkan dia keluar. Masa itulah dia mengambil keputusan untuk membuat ujian kehamilan. Tak sangka positif.

“ Jom beritahu ayah” Laju Haura menarik tangan kakaknya keluar dari bilik. Tidak sabar dia ingin melihat reaksi ayahnya nanti bila mengetahui tentang kehamilan kakak sulungnya itu. Aku pula yang tak sabar nak dapat anak saudara. Seronoknya!


“ YAD…”

Langkah Ziyyad untuk terus naik ke tingkat atas terhenti bila ada yang memangil. Terus dia menukar arah menuju ke ruang tamu. Kelihatan ummi sedang menonton televisyen bersama dengan seorang lelaki muda.

“ Zarul? Bila balik?” soal Ziyyad bila melihat lelaki yang berada di sebelah ummi adalah adiknya. Itulah satu-satunya adik beradik yang dia ada.

Rasa macam dah lama tak jumpa adiknya itu. Maklumlah, masing-masing sibuk. Dia sibuk dengan kerja dan adiknya pula sibuk belajar. Rasanya dah tak lama lagi lelaki itu akan menamatkan pengajian.

“ Baru je, bang. Lambat abang balik kerja” Zarul segera menyalami tangan abangnya sebelum kembali duduk pada posisi asal.

“ Lepas balik dari kilang tadi, abang lepak dengan Lokman kejap. Itu yang jadi lambat tu” beritahu Ziyyad. Memang menjadi kebiasaan dia keluar bersama dengan Lokman sampaikan ada sesetengah orang berfikir di luar kotak tentang dia dan lelaki itu. Mungkin di sebabkan dia kurang melayan wanita-wanita di luar sana, jadi secara automatik dia di tuduh sukakan kaum sejenis.

Lantaklah nak kata aku geng kunyit sekalipun, yang penting aku tahu siapa aku dan aku masih di landasan yang betul.

“ Yad ada jumpa dengan abah? Dari tadi lagi ummi call, tapi tak berjawab. Risau pula hati ummi ni. Hari pun dah larut malam ni” soal Nik Shaima. Sekarang ini, nak jumpa dengan suami sendiri pun susah. Kadang-kadang tu suaminya langsung tak balik. Bila di tanya, katanya ada urusan di luar kota. Tak tahulah sama ada nak percaya atau tidak. Selama ini dia cuba berfikiran yang baik-baik sahaja.

“ Tak ada pula, mi. Abah pun dah lama tak datang jenguk kilang yang Yad jaga tu”  balas Ziyyad. Tubuhnya di sandar pada sofa. Ah… leganya bila dapat rehatkan tubuh. Penat betul dia bila terpaksa menghadiri dua mesyuarat pada hari yang sama.

“ Kamu pergilah berehat dulu, Yad. Bersihkan diri. Kamu tak solat isyak lagi kan?” arah Nik Shaima pada anak lelaki sulungnya itu. Dia nampak muka lelaki itu begitu kepenatan.

“ Yad naik dulu” Ziyyad meminta diri. Dia bangun dari duduk dan melangkah semula ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas. Memang dia belum menunaikan kewajiban yang satu itu.

“ Yad!”

Sekali lagi namanya di panggil dan langkah terhenti seketika.

“ Ummi dah buat apa yang Yad nak”

Ziyyad kuntumkan senyuman nipis pada bibir. “Terima kasih ummi”


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Melastik Ke HatiMuWhere stories live. Discover now